Bila Si Dia Dah Sakit Hati Apa Nak Buat?
Saya mengakui, asal kita maju sikit, lebih sikit, advance sikit, ada orang akan cepat sakit hati, cemburu, menyampah dan geram ngan kita.
Lantas, dia akan mempamerkan rasa sakit hatinya tu (rasa tak suka) di depan kita. Kita tak kacau dia, dia pulak yang sibuk-sibuk nak kacau kerja kita, apa yang kita buat dan semua kelakuan kita. Andai Anda dalam keadaan begini apa nak buat?
Ada dua cara. Cara sejuk dan cara panas.
Cara sejuk, Anda buat donno saja. Buat tak tau saja. Dia sakit hati ngan kita, biarlah dia sakit hati. Sampai bila-bila pun, dia akan terus sakit hati sendiri.
Jika dia lontarkan kata yang pedas-pedas, yang menyindir, biarlah dia lontar, biarkan dia geram sendiri. Anda buat donno saja. Senyum pun boleh juga!.
Ketika menggunakan cara ni, Anda perlu keraskan hati, tebalkan telinga dan tinggikan sabar. Anda mesti LUPAKAN habis kata-kata mulutnya yang menghiris hati Anda, yang memedaskan telinga Anda dan yang menyentap semangat Anda. Lupakan selupa yang mungkin, buang jauh-jauh, sejauh yang mungkin.
Sebab, bila dilayan, motivasi jadi turun dibuatnya. Sukar untuk Anda jadi bermotivasi semula.
Jadi, untuk nak jadi bersemangat tingi, baik lupakan saja. Jangan layan. Anda sendiri yang akan susah bila merasa akibatnya. Tul tak?
Cara panas, bila Anda lawan cakapnya. Cara ni kurang berkesan. Ia boleh membawa pertengkaran yang lebih hebat.
Jika Anda memutuskan untuk menggunakan cara panas, pastikan yang Anda benar-benar dah berjaya, dah kaya, dah ada pengaruh dan ada kehidupan yang mantap, lebih mantap, lebih hebat dari orang yang sakit hati dengan Anda tu.
Bila dia sakit hati sendiri ngan kemajuan Anda, dia akan cepat sedar siapa dia kerana dia banyak ketingggalan berbanding Anda. Last-last, dia akan diam sendiri. Anda pula, semakin maju, semakin berjaya dan semakin berpengaruh.
Orang yang bermotivasi adalah orang yang memilih untuk mengambil yang baik saja, melihat yang baik saja dan mendengar yang baik saja.
Mereka mengelak untuk memikir perkara-perkara yang membuat mereka sakit hati, kerana mereka tahu ia menurunkan motivasi lantas membuat mereka jadi ‘down’ satu hari. Bagaimana dengan Anda?
Hidup perlu kuat, perlu ada visi dan perlu ada matlamat. Anda perlu kuat semangat, kuat kesabaran, kuat usaha.
Untuk menjadi pemenang, Anda perlu berubah menjadi kuat. Mulai hari ini, hijrahkan diri, kasi upgrade dari diri Anda yang kemarin.
Be strong. LiveStrong!
July 4th, 2008 at 9:46 am
salam shueqry…
mereka-mereka yang berpandangan begini adakala dan kadang-kadang ada baiknya.kerana mereka-mereka ini sebenarnya membuat kita berfikir-fikir bagaimana cara untuk mengatasi sikap-sikap sebegitu.bukan menggalakkan dan menyokong tapi kalau nak ambil dari segi positifnya
July 4th, 2008 at 2:25 pm
Zailam, betul.
Kekadang mereka nampak apa yang menjadi sempadan diri kita.
August 10th, 2008 at 12:02 pm
ada org mara kat saye sebab salah cakap. tp sampai sekarang dia tak nak kwn dgn saye. ape bole saye lakukan utk memulihkan hubungan kami?
August 11th, 2008 at 12:25 pm
As,
Pada pendapat saya, gini caranya…
1. jumpa dia dan minta maaf sungguh-sungguh
2. Walaupun dia tak nak jumpa, gunakan cara lain, misalnya surat bertulis tangan atau sms
3. ataupun, pesan ngan kawan-kawan dia yang kamu benar-benar minta maaf dan menyesal sebab terlepas cakap
4. beritahu dia yang kamu bersedia memulihkan hubungan yang telah keruh
5. beritahu dia, awak yang sebenarnya bersalah ..
Lama kelamaan bila hatinya dah sejuk, dia akan datang jumpa awak juga.
November 14th, 2008 at 9:44 pm
emmm…
camne plak kalo lam hubungan cinta???
kalo ternyata kite ada buat slh, ngaku n dah sgt nyesal tp tetap jgk x di maapkan???
bagaimana kah lg care untuk memujuk hati nyer kembali???
November 15th, 2008 at 12:31 pm
isha,
pujuk hatinya kmbali…emm..tunjukkan yg isha betul2 dah berubah (dari melakukan kesilapan yg sama)..
kalo dia still taknak maafkan..
emm…biarkan dia sejuk sendiri..
orang tgh marah, tgh kecik hati kalo kita ckp apa pun takkan jalan nyer..makin melonjak “ego” dia lagi ada..
hehe…boleh terima ke idea ni?
November 16th, 2008 at 9:55 am
shemmi,
emmm telah ku cuba untuk memujuk hati nyer kembali… tp die tetap juge begitu… no respon! but now, i dah xmemujuk lagi, i cume wish moning n nite jer tiap2 ari… n he still d same… give me no respon!!! huaaaaaa…
November 18th, 2008 at 4:47 pm
Emmm….kcianye.Pren,tak yah la nak penatkan otak nak fkir ttg awek atu balak korang tue..u tak letih ke asyik pujuk je?Biarkan jela…tpi maslahnya,kot2 dia dah ade orang baru.Hehehe..jangan sedih ek.Relax……..