Bila Yang Diingini Tak Menjadi
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Shueqry di sini.
Dalam kehidupan seharian, kekadang apa yang kita nak terjadi, tak menjadi.
Apa yang perlu dilakukan? Quit and stop? Oh tidak ..
Dalam bisnes, walaupun kita sudah usaha 100%, tapi kekadang masih lagi tak tercapai matlamat.
Dalam kerjaya, walaupun kita sudah beri komitmen 100% tapi performance masih lagi di takuk lama. Jika Anda berada di dalam situasi sebegini, jangan mudah putus asa dan jangan mudah mengalah.
Walaupun rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Lain orang lain ketahanannya.
Orang-orang cemerlang takkan pernah berhenti dan berehat selagi matlamat mereka tak tercapai.
Terapkan sikap ‘goal oriented’ dalam diri Anda, sebabnya, ia akan memacu diri Anda ke arah kecemerlangan. Usaha dari luar dan dari dalam, gunakan sepenuhnya ilmu-ilmu kuasa minda untuk menjadikan Anda mampu merealisasikan matlamat Anda.
Akhir sekali, be PERSISTENT.
Nabi Muhammad s.a.w. berdakwah menempuh banyak dugaan, cabaran dan tentangan, tapi oleh kerana persistence dan usaha konsisten dalam menyebarkan dakwah, Islam mampu tersebar dengan meluas.
Apa akan jadi jika Nabi Muhammad s.a.w. berputus asa sebab cabaran super hebat yang diterimanya? Sudah tentu agama Islam tak berjaya di sebarkan dan usaha dakwah baginda berhenti di tengah jalan.
Walau apa jua yang Anda usahakan sekarang ini ..
Walau apa jua yang Ada kerjakan sekarang ini ..
Hanya ada 3 perkataan dari saya untuk Anda,
Doa saya, moga Anda cemerlang hendaknya.
- Shueqry -
all for one, one for all
Anda Boleh Dapat Apa Saja Yang Anda Mahukan
Tip Membina Matlamat
Tip Memvisualkan Matlamat Anda
Tip Menetapkan Masa Dalam Membina Matlamat
Tip Berkomunikasi Dengan Minda
Soalan-soalan Positif
Komen Anda?
July 30th, 2007 at 3:32 pm
Goal oriented. Salah satu daripada perkataan yang hampir saya lupakan. terima kasih kerana membangkitkan konsep itu semula dari minda ku.
Hidup ini adil dan akan terjawab akhirnya.
July 30th, 2007 at 3:52 pm
Raymond,
thanks to you too, rajin Raymond ke sini .. tq!
Sebab kalau goal oriented, kita akan ada pemacu untuk maju ke hadapan, kalau takde, kita tak tahu ke mana mahu di tuju.
- Shueqry -
July 30th, 2007 at 9:19 pm
Betul tu goal oriented perlu ada untuk kita maju ke hadapan dan menetapkan sasaran…
er shueqry … saya telah tag anda dalam post comment blog saya hari ini…
harap jangan marah sebab mengetag tanpa kebenaran…