Blog iMotivasi Berjaya Mencapai 1111 Subscribers
Salam pembaca blog, moga Anda sihat sejahtera hendaknya.
Terima kasih yang tak terhingga dari saya kerana dengan sokongan berterusan dari Anda, blog motivasi ini kini berjaya mencapai 1111 subscribers.
Bagi sebuah blog yang masih baru, ia satu pencapaian lain dari yang lain. Kejayaan ini merupakan bukti bahawa blog-blog motivasi kini semakin diterima oleh pengguna internet berbahasa Melayu.
Kejayaaan ini juga terlalu peribadi bagi saya, kerana saya telah mencapai matlamat saya yang pertama! Dalam carta matlamat yang saya lukis, ada 6 lagi level yang mesti saya capai.
Matlamat seterusnya, saya mahu membawa blog iMotivasi maju ke depan, membuka lebih banyak pendedahan kepada pihak media. Dengan itu, ia menyuntik lebih banyak inpsirasi buat blog-blog motivasi yang lain.
Kejayaan kecil ini membuat saya semakin bersemangat, semakin lancar menulis dan semakin rancak berkongsi ilmu-ilmu motivasi dengan Anda. Selepas ini, Anda akan menyaksikan perubahannya secara bertahap.
Apa-apapun, saya tak tahu nak kata apa, cuma Terima Kasih…
Berani Berubah Untuk Berjaya!
May 18th, 2008 at 12:34 pm
Shueqry,
Tahniah di atas pencapaian Anda..yang turut membanggakan semua Blogger Motivasi yang lain.
Salam kekayaan,
THINKERICH
http://www.pemikirkaya.com
Motivasi:Kekayaan,Kewangan&Peribadi
May 18th, 2008 at 2:05 pm
salam motivasi
May 18th, 2008 at 2:28 pm
wah seronoknya.. saya pon tumpang berbangga.. hehe lama ta tanya khabar
apa apa pon syabas diucapkan
May 19th, 2008 at 12:12 am
Hai Shueqry,
Tahniah! Tahniah! dan Tahniah!
Usaha Shueqry selama ini tidak sia-sia.
Kebetulan saya juga berkongsikan sedikit pencapaian peribadi saya dalam blog saya di
http://attractingyourgoals.com/mission-accomplished/
Saya telah menggunakan masa setahun untuk mencapai matlamat ini.
Semoga kejayaan sentiasa bersama kita semua.