Blog Intelligi
Salam pembaca blog, moga Anda sihat sejahtera hendaknya. Ini blog post yang ke 404.
Kesibukan kerja yang melanda membuat saya lupa blog motivasi ni. Buat kali ketiga saya dan kawan-kawan sebilik berpindah rumah lagi. Baju tak banyak, cuma susunan buku yang berlambak..
Perkenalkan blog Intelligi, sebuah blog kelolaan Afiqme. Pertama kali masuk ke sini membuat mata saya terpegun.
Pada pandangan saya, blogger ini memang professional. Buktinya, hari ni blog Intelligi ada 153 subcribers dan design blognya juga amat unik, jarang ada sepertinya.
Ada banyak kelainan yang ditonjolkan. Sedar tak sedar, setiap hari saya masuk ke sini untuk mempelajari perkara baru dari sudut berbeza.
Apanya yang berbeza?
Bagi saya, ayat yang ditulis membuatnya unik. Nak tahu cemana uniknya, masuk dulu ke blog Intelligi.
DikMal juga ada menulis review mengenai blog Intelligi di sini..
Anda juga akan menemui beberapa artikel motivasi, antara yang dah saya baca adalah artikel bertajuk “Lepaskan Masalah” dan “Law Of Attraction”.
Kata-katanya sangat menarik “”Sentiasa berfikiran positif itu mempercepatkan lagi hidup anda untuk menikmati kebahagiaan dan memikirkan sesuatu yang negatif akan membuatkan anda rasa dunia berjalan dengan sangat perlahan.”
Jadi, fikiran mana yang Anda pilih, positif atau negatif?
Fikir yang positif, minda Anda menarik suasana yang positif, mencipta situasi positif, menarik orang-orang positif dan menemukan Anda dengan benda-benda positif.
Saya banyak bercerita tentang Law Of Attraction di artikel-artikel lepas.
Cuma, tak ramai orang tahu bagaimana nak maintain berfikiran positif dan bagaimana nak mantain motivasi. Resolusinya, motivasi tak ada kerana dalam diri kita kurang rasa seronok.
Satu lagi, kita kurang rasa bersyukur dan kurang memaafkan orang yang menyakitkan hati kita. Kesannya, banyak emosi negatif terkurung di dalam minda, lalu menghalang motivasi dan keseronokan muncul di dalam diri Anda.
Kesimpulannya, kita adalah apa yang kita fikirkan.
March 31st, 2008 at 7:34 pm
terima kasih atas review anda shueqry … sangat dihargai! semoga anda terus sukses!