PostHeaderIcon Blog motivasi – iHumaira

Jika Anda mencari-cari gabungan di antara blog motivasi dan blog personal seorang wanita, saya suggest Anda kunjungi laman blog iHumaira di web address http://ihumaira.blogspot.com. Terbaca blogspot dot kom, teringat blog motivasi lama saya yang juga menggunakan blogspot dua tahun lalu!.

Berikut adalah dua sebab kenapa saya suka blog ni (bukan sebab kerana blogger tu seorang wanita):

1. Selain menulis artikel-artikel motivasi, dia ada jual tafsir Al-Quran. Bahkan saya percaya dia seorang yang rajin membaca Al-Quran. Artikel-artikel yang ditulisnya disampaikan dalam bahasa yang santai, penuh rendah diri dan teratur diselang-seli dengan beberapa petikan ayat-ayat Al-Quran.

2. Kata-katanya ditulis terus dari hati. Membaca nukilannya seolah-olah membuat kita terasa damai berdampingan dengannya. Stail penulisan blogger iHumaira agak sama dengan stail Aa Gym – santai, menyejukkan hati.

iHumaira ada menulis satu perkara yang semua orang bujang selalu fikir.

Apa dia? Baca kat artikel ni:

http://ihumaira.blogspot.com/2009/11/kerana-engkau.html

OK tak blog motivasi ni?

Jika diberi 5 bintang, berapa bintang Anda bagi?

6 Responses to “Blog motivasi – iHumaira”

  • Dhana4 says:

    Salam..
    Bagus jgk blog nie,byk hadis2 ditulis dan tajuknya pun menarik. Tentang org yg masih single ditulis dgn cukup baik dan mengharukan. Satu luahan yg mewakili perasaan org2 yg single, dan ianya memberikan semangat dan kekuatan utk tidak merasa rendah diri serta melihatnya dgn penuh hikmah… Ya betullll,mari kita lihat apa jua perkara yg mendatang dari sudut yg positif saja agar kita kekal ceria dan bersemangat wajah =)
    Sy nk bg 3 bintang…

  • Iqone_Dinie says:

    salam..dgn lahirnya byk lagi blog2 motivasi boleh menjadikan sumber bg org2 yang memerlukannya..seperti yang shueqry pernah tulis…sumber2 motivasi amat payah untuk dicari semasa mula2 menulis di imotivasi nie..
    Salam perjuangan harmoni buat kawan2 samada online@offline….

  • ShueQry says:

    ya, betul! time tu susah betul nak jumpa blog-blog motivasi macam yang ada hari ini..syukurlah dah ada diorang, saya tak keseorangan lagi memotivasikan ramai orang di ruang internet berbahasa Melayu.

  • nadwah says:

    assalamualaikum
    pertama kali posting comment kat sini. selalu jadi silent reader je. anyway, terima kasih to saudara shukri. motivasi sangat mudah n very practical. keep it up.
    terima kasih cadangan yang bagus. sudah pun berkunjung ke blogspot tersebut. tapi saya nak beri satu lagi singgahan blog yang menarik. ditulis oleh seorang isteri kepada ustaz zaharuddin. Uzar.net
    dan blog isteri dia http://www.ummuhusna99.blogspot.com/. baru berblog since march 2009 tapi dengan nasihat penuh hikmt, lebih seratus ribu dh view blog nya. sekadar berkongsi.

  • sitiLavender says:

    Sy suka mencari himpunan motivasi. Bile terjumpa blog ni..rase damai.. mmg pengolahan ayatnya rase dekat di jiwa..
    Sy kasi 4.5 bintang … all the best.. teruskan perjuangan dan perkongsian….

Leave a Reply

Sponsor
Artikel percuma ke email

Masukkan alamat eMail Anda untuk mendaftar bagi menerima penghantaran artikel motivasi percuma tiap kali ada artikel baru dikeluarkan

Khidmat pantas oleh FeedBurner

Subscribe RSS? Klik di sini

Statistik email + RSS Feed

Pembaca terkini
Himpunan artikel