iMotivasi

impianmu, inspirasiku…

Blog motivasi tumbuh membiak

Blog motivasi sekarang dah semakin banyak.

Kebanyakan blog-blog motivasi itu dikendalikan oleh orang perseorangan, kebanyakannya wanita. Masih belum ada blog motivasi yang di kendalikan oleh sebuah pasukan dan blog pula dipunyai oleh syarikat besar.

Fenomena ini masih belum ada, tapi mungkin akan ada dalam 2 tahun lagi.

Pada tahun 2007, saya menjangkakan 3 tahun selepas tu banyak blog-blog motivasi akan tumbuh ‘membiak’ serta membesar sedikit demi sedikit.

Jangkaan saya betul!

Sekarang, itulah yang terjadi. Impian saya adalah menjadi blogger sepenuh masa. Anda pasti tahu sebab saya banyak menyebutnya di artikel lalu.

Selepas bersembahyang Subuh, saya mahu meluangkan masa membaca artikel-artikel motivasi di internet kemudian menulis artikel untuk saya kongsikan dengan kawan-kawan saya di blog motivasi kendalian saya.

Saya suka mencari artikel pembangunan diri untuk saya memperbaiki diri sendiri dari segi sikap, tindakan, attitude. Minat inilah yang menyebabkan saya menyimpan ratusan artikel, kemudian timbul keinginan mahu berkongsi artikel itu dengan kawan-kawan, akhirnya merebak menjadi sebuh blog.

Saya mahu menjadi blogger sepenuh masa sebab saya suka menulis apa yang ada di fikiran, selain ada kebebasan masa untuk membaca lebih banyak artikel-artikel motivasi. Menjadi pakar motivasi? Mungkin, tapi saya sebenarnya tak mahu menjadi seornag pakar motivasi.

Saya tidak tahu bila impian kecil saya untuk menjadi blogger sepenuh masa itu akan menjadi realiti. Yang saya tahu, saya tetap membayangkannya sepanjang masa, setiap hari, setiap saat, setiap ketika.

Azizi Abdullah

Namanya saya kenali melalui sebuah novel milik bapa saya.

Ketika saya kecil, bapa saya ada menyimpan beberapa karya Azizi Abdullah. Ketika itu cuma kami tiga beradik saja. Saya, Ani dan Farah. Ani dan Farah sekarang bekerja menjadi guru mengikut jejak langkah bapa. Ani dipanggil ustazah oleh anak muridnya, Faha dipanggil ‘teacher’.

Abdullah adalah nama bapa saya. Maksudnya, hamba Allah. Nama bapa saya serupa dengan nama bapa Nabi Muhammad s.a.w.

Bila adik lelaki saya lahir, bapa kami menamakannya dengan nama Azizi. Terkejut bukan kepalang saya. Sebab nama adik saya itu akan menjadi Azizi Bin Abdullah.

Ketika bersekolah adik saya ni kerap menggunakan nama Azizi Abdullah pada buku-buku sekolahnya. Setiap kali terpandang nama itu, bapa saya tersenyum bangga. Entah berapa kali saya ternampak senyuman terukit di bibirnya.

Semua itu kenangan ketika zaman ‘muda’ saya. Entah macam mana, saya terserempak dengan blog Azizi Abdullah. Dialah penulis tersohor negara keminatan bapa saya. Mata saya terus ‘terpacak’ pada blog ini kerana disitulah saya dapat melihat wajah Azizi Abdullah buat pertama kali dalam hidup.

Tulisan Azizi Abdullah di blognya masih berbisa sepertimana dia menulis karya-karyanya satu ketika dulu. Blog Azizi Abdullah berkata mengenai kehidupan, tafsiran ikut perspektifnya sendiri dan ungkaian hijab yang ada dari kalangan kita tidak mengerti.

Blog kendaliannya ini terselit motivasi. Kena fikir dulu, sebab motivasinya adalah motivasi-motivasi tersirat, dipenuhi sulaman-sulaman agama.

Ia agak berat bagi bacaan seorang remaja. Tapi bagi orang bekerja dan orang yang dah berumahtangga, pasti dapat memahami apa yang cuba dia sampaikan.

Lawati blog kendalian Azizi Abdullah di http://aziziabdullah.blogspot.com

Blog artikel motivasi – Sang Mentari

Mentari maksudnya ciptaan Allah yang menyinari.

Kandungan artikel-artikel motivasi dalam blog Sang Mentari amat menyeronokkan untuk di baca. Boleh dikatakan sudah hampir setiap hari saya membuka laman blog ini lalu ‘menjamah’ setiap isi yang ada di dalamnya.

Blog motivasi Sang Mentari di kendalikan sepenuhnya oleh Ezairy Mohd.

Saya memilih blog Sang Mentari sebagai ‘featured blog’ untuk minggu ini sebab saya amat tertarik membaca artikel-artikel tulisannya, sesuai dengan keinginan Ezairy untuk mengajak kita menerobos sempadan minda.

Sebagai tanda persahabatan, saya telah memasukkan nama blog Sang Mentari di dalam senarai ‘Geng Motivasi’ di bawah kategori Motivasi Umum. Kini, bertambah lagi satu blog bermanfaat untuk bacaan harian Anda.

Lawati blog Sang Mentari di:

http://sangmentari.wordpress.com/

Blog motivasi – blog kuasa minda separa sedar kendalian Mohd Rozani Pawan Chek

Mungkin Anda dah pernah baca buku motivasi popular bertajuk Kuasa Minda Separa Sedar terbitan PTS. Paling tidak pun Anda mungkin pernah ternampak muka depan buku tu di sebuah kedai buku.

Buku Kuasa Minda Separa Sedar dikarang oleh seorang penulis terkenal yang nama penuhnya adalah Muhammad Rozani bin Pawan Chek.

Selain menulis buku dan memenihi undangan ceramah, dia juga ada mengendalikan sebuah laman blog. Nama blognya agak panjang tapi senang untuk diingati.

Taip aje perkataan “kuasa minda separa sedar” kat Google atau Yahoo, memang akan jumpa ngan blog dia.

Web addressnya : http://kuasamindaseparasedar.blogspot.com/

Kat blog ni Anda akan jumpa beberapa maklumat penting yang dia tak sampaikan dalam buku. Berbaloi masuk laman blog dia sebab Anda boleh hubungi dia dan mengenalinya dengan lebih dekat.

Blog ni jarang diupdate, mungkin disebabkan oleh kesibukan pemiliknya.

Kita kena hormati kesibukannya kerana kita juga kadangkala ada kesibukan tersendiri.

Anda dan rakan-rakan, jemput melawati blog kendalian saudara Muhammad Rozani bin Pawan Chek dan sebagai petanda kedatangan Anda, letaklah beberapa komen di laman blognya.

Blog motivasi – Faizal Yusup

Faizal Yusup

Blog motivasi Faizal Yusup amat menarik perhatian saya.

Sebab, seperti blog Abg Bent, buah fikiran Faizal Yusup matang, berkarisma dan artikelnya sungguh bermanfaat. Kandungan blog motivasi ni amat padat dengan artikel-artikel pembangunan diri.

Motto blog motivasi kendalian Faizal Yusup adalah “hidup kenal cool, hati kena mulia”.

Pada pendapat saya, motto tu bukan sekadar motto bahkan terserlah di setiap baris-baris kata yang ditulis oleh Faizal Yusup. Saya lebih selesa memanggilnya abang Faizal.

Saya amat gembira mengenali abang Faizal sebab dia mengisi kekurangan saya – saya tak dapat gi ceramah, menulis buku dan menjalankan kem motivasi sendiri secara berterusan. Kebetulan lokasi saya di Sabah, jadi memang agak terhalang dari segi jarak dan masa.

Jika Anda berada di area semenanjung kemudian Anda mahu menjemput seorang blogger motivasi yang juga merupakan pakar motivasi datang berceramah ke tempat Anda, saya merekemenkan abg Faizal.

Kata-kata ni saya petik dari blog kendalian beliau:

“Sebenarnya kalau difikirkan kebanyakan masalah yang datang melanda diri kita adalah disebabkan oleh kesalahan diri kita sendiri”.

Dari pengalaman, saya mengakui hal itu.

Jika Anda kurang pasti apa nama blognya, saya ada letak link di ruang “Geng Motivasi” sebagai rujukan.

Alamat blog motivasi kendalian Faizal Yusuf adalah:

http://faizalyusup.blogspot.com