iMotivasi

impianmu, inspirasiku…

Dr Fadzilah Kamsah di Facebook

Jika Anda peminat Dr Fadzilah Kamsah seperti kami dan Anda mempunyai akaun Facebook, kini Anda boleh menemui Dr Fadzilah Kamsah di laman Faceboknya sendiri.

Apa yang ada di situ?

Petikan hadis Nabi, cover depan buku-buku motivasi popular tulisan Dr Fadzilah Kamsah (termasuk petikan artikel beliau dari majalah Solusi terbitan Telaga Biru) serta aktiviti-aktiviti terkini beliau.

Anda boleh klik pada butang “Like” untuk menyertai ribuan peminat beliau di ruang Facebook.

Bilakah agaknya Dr Tuah Iskandar akan membina laman Facebook (FB) miliknya seperti laman FB Dr Fadzillah Kamsah?

Petua Dr Fadzilah Kamsah – mencuci hati dengan bacaan selawat

Sebelum tidur, amalkan selalu membaca selawat nabi paling kurang dalam kiraan 100 kali.

Menurut Dr Fadzilah Kamsah, cara ini dapat memurahkan rezeki, menenangkan fikiran yang runsing serta membuat orang sayang pada kita.

Orang yang hatinya bersih, pasti disenangi orang lain walau di mana jua dia berada.

Kesan jangka masa panjang, bacaan selawat dengan kerap membuat fikiran kita bebas dari unsur-unsur fikiran negatif, membuat kita sentiasa bersangka baik pada situasi-situasi dalam hidup kita.

Sikap suka bersangka baik dapat dibina dengan mengamalkan bacaan selawat. Rutin ini dapat mencetus sikap berfikiran positif, iaitu sikap yan paling perlu dalam usaha kita membina kecemerlangan.

Blog Dato’ Dr. Hj Fadzilah Kamsah ‘hilang’

Dulu, saya pernah ada cerita yang pakar motivasi kita, Dr Fadzilah Kamsah ( saya lebih selesa menggunakan panggilan itu) ada memiliki sebuah blog Wordpress beralamat di http://www.FadzilahKamsah.com

Laman blog Dr Fadzilah Kamsah memaparkan aktiviti-aktiviti beliau. Kat situ kita leh baca kat mana seminar terbaru dia, kem motvasi terbaru kendalian Dr Fdzilah Kamsah, ada jugak ditulis ke mana dia akan pergi untuk menghadiri undangan ceramah.

Sayangnya blog Dr Fadzilah Kamsah dah ‘hilang’.

Maksud saya, apabila Anda mencari blog Dr Fadzilah Kamsah melalui Yahoo! atau Google, Anda akan ditemukan dengan sebuah laman web yang putih melepak, kosong tanpa ada apa-apa isi.

Sebagai peminat Dr Fadzilah Kamsah, saya agak kecewa dengan situasi ini. Kita tunggu saja apa yang akan keluar nanti di laman web tu.

Dia punya domain name sudah ngam, tapi sayangnya blog beliau kurang di isi dengan artikel-artikel motivasi seperti yang kita sebagai peminatnya harap-harapkan nak baca.

Kata-kata motivasi Dr Fadzilah Kamsah

“Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati: Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.”

Kata-kata motivasi kali ni dipetik dari “artikel motivasi bertajuk 17 Petua Mencuci Hati karya asal oleh Dr Fadzilah Kamsah.

Hati yang bersih memancarkan gelombang positif yang amat kuat, lantas mempengaruhi orang sekeliling dan situasi-situasi menjadi positif sama. Sebaliknya, hati yang kotor akan memancarkan gelombang negatif yang amat kuat, menukarkan orang-orang sekeliling menjadi negatif juga membuat situasi-situasi pada saat kita berada tu menjadi negatif. Kesannya, kita jadi murung, tertekan, tiada kegembiraan dan menjalani hidup penuh dengan tekanan.

Nak bahagia, nak berjaya, nak gembira, kita perlu ubah persekitaran kita menjadi positif. Kita boleh ubah semua tu bermula dengan rajin-rajinkan diri mencuci hati simply dengan memprogram minda 7 saat sebelum kita tidur.

Elak memberi ruang pada kemalasan

Berjumpa kita di blog iMotivasi ni pada hari Sabtu. Hari ni hari Sabtu. Jika Anda online pada hari ini semata-mata nak membaca artikel-artikel di internet atau untuk menambah ilmu, syabas saya ucapkan. Saya kagum dengan motivasi Anda yang mahu terus menerus menambah pengetahuan.

Pada hari Sabtu camni, ada jugak di antara kita yang pergi bekerja. Staf supermarket, jururawat, pekerja kontrak, cleaner majlis perbandaran, petani, nelayan, diorang sume turun bekerja di hari Sabtu. Tengoklah betapa hebatnya diorang. Dikala orang lain sedang bersantai dan bermalas-malasan depan TV, diorang bantai bekerja habis-habisan semata-mata nak mencari rezeki.

Jika Anda terserempak ngan orang dari golongan masyarakat camni, seboleh mungkin elak untuk memandang rendah pada diorang. Dari titik peluh dioranglah barang-barang keperluan kita sentiasa ada terutama makanan dan keperluan diri. Dari hasil titik peluh petani, bekalan beras kita tak pernah kehabisan. Dengan kerja keras staff supermarket tu, barang-barang keperluan kita sentiasa ada. Tinggal ambik je pastu bayar.

Jangan sesekali memandang rendah pada kerja-kerja rendah dan pekerja-pekerja bertahap rendah yang waktu kerjanya pakai shift, waktu kerjanya pulak tiap hari – cuma sehari aje cuti dalam seminggu. Sebaliknya, kagumilah mereka supaya motivasi diri Anda sentiasa ada.

Sekarang saya tetap bekerja tiap hari dan saya dah janji pada diri sendiri yang saya hanya akan berhenti bekerja ketika melaksanakan aktiviti-aktiviti agama, bersukan, ketika bersembahyang, ketika tidur dan ketika berehat seketika selepas makan.

Walaupun tangan saya tak bekerja, fikiran saya tetap bekerja – mengerah idea dan merangka strategi. Diam-diam kita, biar diam yang berisi. Entah cemana, waktu tidur saya boleh tertukar kepada 4-5 jam sahaja tiap hari dan saya jarang merasa mengantuk pada waktu siang.

Selagi masih boleh tenaga muda ni dikerah, selagi tu saya akan melatih diri untuk kuat bekerja. Dr Tuah Iskandar pun kuat bekerja sebab itulah saya mahu contohi dia. Dia lagi hebat, 5 kerja dia buat dalam 1 masa. Saya? Baru ada 2,. Tak caya cakap saya, bukak buku Membina Imaginasi Cemerlang, baca kat dalam. Tak pun, bukak buku Jika YA Katakan YA. ADa tu dia tulis kat dalam.

Setiap orang ada kehebatan tersendiri. Tumpukan fikiran kita pada aspek-aspek kehebatan tu supaya kita ada dorongan motivasi untuk mencipta kehebatan, jika boleh dua kali ganda lebih hebat dari usaha hebat orang-orang yang kita lihat.

Sebagai penyuntik motivasi, saya tak pernah menyesal hidup saya ditakdirkan untuk menjadi hidup yang sangat sibuk kerana saya percaya ada orang dua kali ganda lebih rajin bekerja daripada saya, dua kali ganda lebih sibuk daripada saya. Bahkan, saya percaya kesibukan itulah yang akan melatih diri kita untuk menjadi orang yang kuat berusaha. Elak memberi ruang kepada kemalasan, sikit-sikit tu boleh.

Artikel seterusnya, tajuk dia best sikit. Malas cara bijak.