Law Of Attraction – untuk menarik sesuatu Anda kena membayangkannya selalu
Allah swt maha berkuasa. DIA menunjukkan kuasanya dalam setiap aspek kehidupan kita supaya kita menjadi orang yang berfikir. Law Of Attraction adalah hukum alam. Ia dicipta untuk memudahkan kita, untuk mencemerlangkan kita.
Jika Anda baca buku The Secret lalu fikirkan sedalam-dalamnya MENGAPA Law Of Attraction ni ada, ia wujud untuk memudahkan kita.
Syaratnya cuma satu. Fikiran Anda kena dipandu ke arah yang baik-baik supaya Anda dapat bertemu dengan yang baik-baik, benda yang baik-baik, situasi yang baik-baik, perkara yang baik-baik, orang yang baik-baik.
Law Of Attraction respon pada emosi Anda.
Emosi pula cepat dipengaruhi oleh perkataan-perkataan kita iaitu perkataan yang ada di minda, di hati, di fikiran dan di jiwa. Perkataan yang banyak kita ulang-ulangkan akan membangkitkan bayangan minda yang tertentu, membuat kita membayangkan sesuatu. Dah banyak kali saya ulang hal ni.
Bila kita membayangkan sesuatu, kita akan terdorong membayangkannya disertai alunan emosi, diselang-seli dengan perkataan-perkataan di dalam hati. Untuk membuat Law Of Attraction respon pada kemahuan Anda, Anda kenalah selalu membayangkan kemahuan Anda tu.
Anda kena bercakap mengenainya selalu, berfikir mengenainya selalu, mengimajinasikannya selalu dan berbincang mengenainyaselalu. Kesemua perbuatan tu membuat minda Anda terarah kepada apa yang Anda mahu.
Ia akan mendominasi fikiran Anda.
Apa yang kita banyak fikirkan, banyak kita cakapkan, banyak kita bayangkan, itulah yang ditarik datang pada kita tanpa kita sedari. Semuanya berlaku di belakang tabir dan berlaku secara senyap-senyap saja.