Archive for the 'Law Of Attraction' Category

Think And Grow To Success

July 26th, 2008

Saya selalu berkata, apa yang kita fikirkan, itulah yang akan ditarik datang pada kita. Kesannya, kita menjadi apa yang kita fikirkan.
Konsep ni sama dengan apa yang dicerita dalam buku Think And Grow Rich. Bila kita berfikir tentang kekayaan dan membayangkan kita kaya walaupun ketika itu kita bukan orang kaya langsung, serta merta kita akan berjumpa [...]

Apa Makna Evolusi Yang Ada Motivasi

July 24th, 2008

Dari apa yang saya tahu, evolusi maksudnya berubah, kata serapan dari perkataan Inggeris “evolution”. Evolusi melambangkan perubahan kepada sesuatu yang baru.
Evolusi berlaku dari dalam menghala ke luar. Bila dah berlaku evolusi, orang di sekeliling akan perasan perubahannya kerana kesan dari evolusi itu cukup menonjol.
Evolusi berlainan dengan inovasi, di mana inovasi bermaksud merubah sedikit sesuatu yang [...]

Law Of Attraction Dalam Diri Anda

July 21st, 2008

Saya dah lama berehat dari nulis pasal Law Of Attraction.
Untuk nak faham pekebendanya Law Of Attraction, lihat di sekeliling Anda.
Bila Anda teringat seseorang secara spontan, tiba-tiba beberapa hari kemudian, atau beberapa minit kemudian dia call, terserempak, terjumpa atau tiba-tiba mengingat Anda begitu saja.
Bila Anda ingat sesuatu yang menjadi idaman Anda, igauan Anda, siang dan malam. [...]

Debat Isu Harga Minyak Terkandung Satu Motivasi Tersirat

July 18th, 2008

Saya ada menonton live streaming di Internet debat intelektual isu harga minyak di antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Datuk Shabery Cheek. Thanks pada Labanon sebab berkongsi laman web yang ada siaran live streaming di Internet.
Thanks juga pada pembaca iMotivasi, Shakeerah Sharif. Saya tak tahu yang debat tu ada siaran langsung.
Seperti Irfan Khairi, saya jarang [...]

Lutut Yang Makin Sembuh Menyuntik Motivasi

July 16th, 2008

Salam pembaca iMotivasi.
Saya doakan moga Anda makin mantap dengan motivasi dari sehari ke sehari.
Dengan adanya blog motivasi yang baru ni, saya menulis dengan semangat yang baru, dipacu oleh inspirasi baru. Tak semestinya kita akan melupakan motivasi yang lama, tapi, kita upgrade menjadi yang baru.
Saya panggil blog motivasi ni dengan nama iMotivasi 2.0. Ada target baru [...]

Reliti Proses Pemindahan iMotivasi Yang Baru

July 13th, 2008

Salam pembaca iMotivasi, moga makin bersemangat hendaknya.
Sedikit coretan realiti. Saat menaip untuk post kali ni, saya belum makan dari pagi, memang mencabar sungguh.
Bukan sebab tak ada makanan, tapi kurang ada masa nak keluar beli makanan yang sudah dimasak.
Bayangkan selepas kepenatan berbasikal, dengan perut yang lapar saya terpaksa bertahan sehingga tengahari, tak sempat mandi dan tak [...]

Kata-kata Motivasi #2

July 13th, 2008

“When Love And Skill Works Together, They Will Produce A Golden Masterpiece” (John Ruskin)
Kata-kata motivasi kali ni lebih kepada keseronokan bekerja.
Bila love, passion dan keseronokan digabung bersama kemahiran, maka apa jua yang terhasil pasti berkualiti. Itulah yang dimaksudkan dengan perkataan “Golden Masterpiece”.
Personally, passion saya adalah pada motivasi. Saya jadi cukup teruja, gembira dan melompat keriangan [...]

Sorakan Yang Cukup Memberi Motivasi

July 12th, 2008

Saya benar-benar gembira hari ni.
Ketika berbasikal ke tempat kerja pagi tadi, di pekan Petagas saya bertemu dengan sekumpulan kanak-kanak yang bersorak bila saya melintas. Mereka mengangkat kedua-dua tangan sambil melompat-lompat girang.
Melihat keriangan mereka, saya sungguh teruja!
Bersemangat saya jadinya. Mereka mungkin menunggu bas sekolah atau mungkin satu rombongan sekolah.
Mereka bersorak melihat saya berbasikal laju, seronok betul, [...]

Hujan Yang Memberi Motivasi

July 10th, 2008

Cuaca di kota kinabalu sekarang asyik hujan. Tiap kali saya balik jam 11.30 malam, mesti hujan turun.
Hujan memberi suntikan motivasi yang tersendiri. Hujan ibarat masalah dan cabaran yang muncul dalam hidup kita.
Ketika berbasikal balik, saya lihat ramai penunggang motor memilih untuk berteduh di bus stop menunggu hujan reda, sampai sesak bus stop tu. Terkasima saya [...]

Petua Untuk Terus Kekal Bertenaga

July 9th, 2008

Kita seringkali cepat penat, mengantuk dan kurang bertenaga tiap kali sedang belajar, bekerja atau membaca.
Kesannya, pergerakan kita lambat, kurang produktif dan paling teruk, kurang semangat!
Saya kongsikan 3 petua bagaimana untuk terus kekal bertenaga dari pagi sampai ke malam. Pertama, pastikan Anda selalu bersenam.
Senaman ringan sudah memadai untuk melancarkan perjalanan darah. Jenis senaman yang saya [...]

Bagaimana Saya Menulis Blog Motivasi

July 9th, 2008

Saya ditanya bagaimana saya boleh menulis blog dengan begitu baik dan bagaimana tulisan saya boleh menaikkan semangat sesiapa jua yang membacanya.
Saya terkejut membaca soklan ni sebab di minda saya, blogger lain lebih hebat tulisannya dari saya.
Bahkan, membaca tulisan mereka setiap hari membuat saya bertambah-tambah kagum. Terasa diri saya masih banyak ketinggalan, dari situ tak berhenti [...]

Emosi Penggerak Kejayaan

July 9th, 2008

Seorang bapa pasti akan buat apa saja untuk menyelamatkan anaknya yang hampir lemas.
Seorang ibu pasti akan sanggup mengharung jerit payah kehidupan semata-mata mahu memberi anaknya makan.
Mereka melakukannya kerana emosi. Emosi itu ada dalam kasih sayang, cinta dan rasa memiliki.
Seorang kekasih juga sanggup berkorban apa saja untuk si dia yang disayangi.
Emosi boleh menjadi penggerak kejayaan. Emosi [...]

Artikel Ke 555 dan Subscribers iMotivasi Mencapai 1300 Orang

July 8th, 2008

Sejak blog motivasi ini di mulakan, dah banyak yang saya pelajari dan banyak juga kegagalan yang saya tempuhi. Personally, semua mengajar saya supaya be strong, cekal dan punya matlamat diri.
Ada ramai blogger yang menjemput saya menjadi guest blogger di blog mereka. Saya meminta maaf sebab saya hanya fokus pada blog iMotivasi sahaja, selain dari tugas [...]

Segalanya Boleh Berubah

July 8th, 2008

Saya selalu kata, kita adalah apa yang kita fikirkan. Fikir susah, apa yang kita buat semuanya jadi susah.
Fikir senang semuanya akan jadi senang, mudah dan mesti boleh buat punya. Segalanya boleh berubah.
Cuma, tak ramai boleh bertahan lama. Perubahan yang kita inginkan memang boleh terjadi. Selain dari mindset seperti di atas, perlu ada usaha lebih lagi.
Kebanyakan [...]

Pekerja Kontrak Yang Bersemangat

July 8th, 2008

Salam pembaca iMotivasi, moga Anda memulakan hari ini dengan penuh semangat!
Ketika berbasikal tiap hari ke tempat kerja, saya berjumpa dengan bermacam ragam orang. Melihat perilaku mereka membuat saya sering berfikir kenapa, sebab apa, mengapa dan bagaimana.
Satu yang pasti mereka, mereka ada pekerjaan masing-masing dan sesuatu yang mereka usahakan. Di ini saya ternampak motivasi tersirat dalam [...]

Harapan

July 6th, 2008

Salam pembaca iMotivasi, kali ini saya mencoret sedikit catatan di ruang realiti.
Jumaat lalu saya berjumpa doktor untuk scan kepala lutut. Cuma ada 2% kadar penyembuhan dari minggu lepas . Ligamen yang terkeluar di belakang lutut tu dah kurang membengkak, walaupun sakitnya masih membuat saya selalu mengalirkan air mata.
Dalam tiga minggu lagi, lutut saya dijangka sembuh [...]

Sebab Apa kita Perlu Percaya Pada Diri Sendiri

July 6th, 2008

Kita akan rasa ‘down’ setiap kali orang mengkritik kita, apa yang kita buat dan apa yang kita impikan. Setiap perkataan mereka menghiris hati, menurunkan semangat.
Tetapi, andai di minda kita tetap mahu mencapai kejayaan dalam pelajaran, kerjaya dan perniagaan, kita perlu tahan hati, mesti mau sabar melupakan segala apa yang mereka katakan.
Di sinilah sebab mengapa kita [...]

Minda Kita Kuat Kuasanya

July 5th, 2008

Minda kita sangat kuasanya. Ia menurut apa saja yang Anda masukkan ke dalamnya melalui fikiran Anda. Dalam usaha memburu kejayaan dalam pelajaran, kerjaya dan perniagaan, ilmu teknikal masih tak mencukupi.
Tetapi, ia perlu di sertakan dengan ilmu kejayaan. Maksud saya, di samping Anda mendalami bidang Anda sekarang, Anda mesti tahu cara memanfaatkan minda dan cara bagaimana [...]

Motivasi Ada Di Mana-mana

July 5th, 2008

Salam pembaca iMotivasi.
Moga memulakan hari dengan penuh bersemangat dan penuh motivasi. Saya sungguh bersemangat hari ini.
Ramai dari kita asyik turun naik motivasinya. Tapi, tahukah Anda, motivasi ada di mana-mana? Ia ada di depan mata, cuma Anda yang tak nampak.
Motivasi tak naik-naik sebab Anda tidak ada sesuatu yang boleh menjadi penyuntik motivasi. Kita perlu bijak menafsirkan [...]

Menunjuk Atau Mengejar Matlamat

July 4th, 2008

Saya kongsikan perbandingan di antara sikap menunjuk dan mengejar matlamat. Sebab semasa berlatih tiap hari di kolam renang tahun lalu, saya selalu melihat kedua-dua sikap ini.
Orang yang baru pandai berenang, ramai yang saya lihat dah berlagak kononnya dia laju berenang, pantas dan nafasnya tahan. Lalu, terpamer sikap bangga di air mukanya. Sedangkan kami yang menjadi [...]

Bertenang Lebih Baik Dari Tertekan

July 1st, 2008

Sebaik-baik cara untuk menangani stress adalah dengan bertenang. Sebab, dengan bertenang, minda dapat bekerja dengan lebih baik dan lebih efektif.
Bila stress, fikiran menjadi buntu, bingung dan keliru. Anda takkan tahu apa yang perlu di lakukan.
Kesannya, Anda cenderung melakukan kesilapan, lebih teruk lagi, melakukan kesalahan yang Anda kesali seumur hidup.
Cemana nak bertenang? Anda hanya perlu mengawal [...]