iMotivasi

impianmu, inspirasiku…

Perangkap fikiran negatif

Tiap kali Anda memandang sesuatu, terlihat sesuatu atau merasai sesuatu, minda Anda akan memberi respon tersendiri. Fikiran yang positif akan sentiasa memberi respon-respon positif.

Misalnya, jika Anda menaiki bas awam dengan tambang satu ringgit, kemudian Anda memberikan duit kertas RM5 kepada si pemungut tambang bas dan dia tidak memulangkan bakinya sebanyak RM4, apakah respon Anda?

Bagi kebanyakan orang, mereka akan mintak balik baki Rm4 tu dengan perasaan marah, tidak puas hati. Walaupun hanya RM4, tapi RM4 tu tetap duit.

Tak gitu? Sedar tak sedar, kita melatih diri kita mengarah kepada mindset kekurangan.

Kita risau RM4 tu tak dipulangkan semula. RM4 melatih minda kita untuk meminta balik, bukannya memberi. Ini mengakibatkan minda kita terbiasa memberi respon negatif sebab kita terbiasa meminta balik tanpa pernah ada niat untuk memberi. Kita mempersoalkan HAK, bukan PERANAN kita sebagai orang yang memberi.

Orang yang berfikiran positif memiliki mindset ‘memberi’. Jika dia berada dalam situasi di atas, dia akan redha dan meniatkan RM4 tadi tu sebagai pemberian ikhlas. Sedekahlah senang cakap.

Nampak tak? Perkara yang sekecil ni sebenarnya mempengaruhi sikap positif dalam diri kita. Dari mana datang yang besar kalau tidak dari yang kecik-kecik? Mesti bermula dari yang kecil-kecil dulu kan.

Jadi, ambil perhatian. Kena alert sentiasa. Perangkap fikiran negatif sentiasa ada di mana-mana.

Berdisiplin dalam menjaga fikiran

disiplinDalam artikel lalu saya ada kata kita akan mengalami kesukaran mengawal tanggapan-tanggapan liar yang ada di fikiran kita.

Pada peringkat permulaan, kita akan merasa agak sukar. Sebab, kita sudah terbiasa dengan tanggapan-tanggapan liar tu dan ia menjadi sesuatu yang normal buat kita. Dalam diri kebanyakan orang, kita sudah terbiasa melayan tanggapan-tanggapan liar.

Dalam hidup, setiap perkara mesti ada DUA.

Baik dan buruk, siang dan malam, positif dan negatif, lelaki dan perempuan. Begitu juga dengan sangkaan-sangkaan kita.

Ada sangkaan-sangkaan buruk, ada sangkaan-sangkaan baik. Kita lebih banyak terdorong untuk bersangka buruk sebab setiap hari kita join orang lain tengok berita yang buruk-buruk, berkata hal yang buruk-buruk, berfikir yang buruk-buruk serta berkata yang buruk-buruk terutama ketika saat kita sakit hati pada sikap seseorang.

Untuk melatih diri kita supaya sentiasa bersangka baik, kita perlu berdisiplin. Tak ada cara lain lagi melainkan berdisiplin. Kita boleh mintak orang lain menilai kita dan mengkritik kita supaya kita boleh tahu kita ni berdisiplin ke tidak.

Elak untuk membiarkan fikiran-fikiran negatif dan tanggapan-tanggapan negatif menguasai Anda. Tiap kali Anda dapati fikiran Anda mengarah kepada fikiran negatif, tukar cepat-cepat. Buang sangkaan-sangkaan buruk dan fikiran-fikiran buruk. Semua tu termasuk dalam kategori fikiran negatif. Kena sedar ya.

Anda perlu mengingatkan diri sendiri, kena selalu ‘alert’ dengan fikiran Anda terutama ketika Anda sedang bersendirian atau ketika fikiran melayang. Berhati-hati dengan apa yang kita selalu fikirkan.

Fikiran buruk menarik situasi-situasi buruk ke dalam hidup kita lalu membuatkan hidup kita penuh dengan masalah-masalah yang tak pernah berkesudahan.

Minda separa sedar – musuh paling kuat adalah tanggapan liar dari minda kita sendiri

minda separa sedarMusuh yang paling kuat adalah diri kita sendiri terutama minda separa sedar kita. Bukan orang lain.

Mengapa saya kata minda separa sedar kita adalah musuh kita yang paling kuat?

Sebab kita berdepan dengan masalah besar – kita tidak dapat mengawal tanggapan-tanggapan liar yang masuk ke minda kita dan yang menyerang fikiran kita.

Dalam bahasa Inggeris, tanggapan-tanggapan liar ni dipanggil ‘thoughts’. Tanggapan-tanggapan ni semua masuk ke fikiran kita lalu membuatkan kita terfikir benda-benda yang kita tak nak fikir secara tiba-tiba, terutama berkaitan situasi-situasi buruk.

Tanggapan fikiran boleh menjadi perkara yang bermanfaat buat diri kita.

Caranya, kita perlu bersangka baik, berfikiran positif dan berattitude positif. Bukan sehari dua, tapi sepanjang masa sepertimana yang saya ingatkan Anda selalu. Lebih kerap kita bersangka baik, lebih cemerlang kita.

Namun disebalik tu semua tanggapan di fikiran kita boleh menjadi musuh yang amat kuat kuasanya. Tanggapan-tanggapan negatif susah kita nak kawal, kerana sebagai manusia, kita cepat merasa sangsi pada sesuatu.

Selain sangsi, timbul keraguan, kegusaran dan rasa skeptikal. Sikap-sikap negatif inilah yang menjadi musuh utama buat diri kita dalam usaha kita menjaga kepositifan diri. Minda separa sedar kita terdedah kepada rasa sangsi, kegusaran dan rasa skeptikal.

Untuk mengawal ‘thoughts’ yang bersimpang-siur di dalam minda kita dan di fikiran kita, kita perlu:

1. Mengamalkan meditasi pendek paling kurang 3 kali sehari, paling best 1 kali setiap 1 jam kecuali pada waktu Anda sedang tidur.

2. Melatih diri untuk berada pada tahap emosi yang amat tenang. Be calm, be cool. Bukan seminit dua tapi sepanjang masa.

3, Berzikir selalu untuk memandu hati supaya sentiasa Allah Yang Maha Esa. Hati mudah untuk dihinggapi bisikan syaitan yang akhirnya membentuk fikiran-fikiran liar, mendorong sikap suka berburuk sangka.

4. Mengucap istighfar setiap kali Anda dapat Anda berburuk sangka pada sesuatu atau pada seseorang.

Saya mengajak Anda untuk sama-sama berlatih mengawal fikiran, mengawal tanggapan-tanggapan liar yang masuk ke dalam minda kita.Bentuk fikiran menjadi positif supaya kita menjadi orang yang berfikiran positif, lantas membuat kita mencapai tahap pencapaian cemerlang yang sebelum ni sukar dicapai oleh orang lain disekeliling kita.

Bermotivasikah aku?

Tiap kali Anda rasa anda malas dan kurang bersemangat, cuba tanya diri Anda dengan soalan ini: “bermotivasikah aku?”

Tanya dan terus tanya.

Selepas tu, diamkan diri sekejap dan jangan fikir apa-apa.

Jawapannya akan muncul selepas itu dalam bentuk kata hati atau signal biologi – Anda menguap dan tetiba merasa letih yang amat.

Tiap kali Anda tanya “bermotivasikah aku?” Anda sedang menghantar signal kepada tubuh badan Anda.

Signal ni dihantar akan meminta respon dari hati dan jasmani Anda.

Jika hati berkata YA, Anda akan cepat merasa bermotivasi.

Anda tetiba rasa bersemangat.

Anda akan tiba-tiba teringat apa yang Anda nak capai. Anda jadi rajin.

Jika jasmani berkata YA, Anda akan segera bingkas, mengelak dari malas.

Anda lebih banyak terbayang bantal, selimut dan katil dari matlamat Anda.

Jika Anda menguap dan bertangguh-tangguh, itu maknanya hati dan jasmani Anda memberi signal negatif.

Tafsirannya, Anda tidak bermotivasi.

Lakukan mental check sepanjang masa.

Caranya, tanya diri Anda dengan soalan “bermotivasikah aku” untuk merasai sejauh mana tahap motivasi Anda – rendah atau tinggi.

Mandi sebagai terapi minda separa sedar

motivasi mandi

Waktu mandi di awal pagi adalah waktu yang paling baik memberi sinar motivasi pada diri sendiri. Katakan dengan penuh bersemangat yang Anda mahu lakukan yang terbaik hari ini. Selepas itu, kotakan pada yang Anda kata.

Lakukan kerja dengan penuh bersemangat, bukan dengan penuh malas. Niat kita bila digabung dengan perbuatan akan menghasilkan impak yang amat kuat. Selain berniat, kita perlu seiringkan dengan perbuatan.

Niat sekadar niat takkan dapat mencetuskan apa-apa perubahan apabila niat tu tidak direalisasikan melalui perbuatan. Jika Anda berniat mahu jadi insan cemerlang, Anda perlu bertindak cemerlang. Kena rajin, kena sanggup bekerja keras dan sanggup berkorban. Baru ada kemajuan!

Ketika Anda sedang mandi pagi, tutup mata seketika lalu katakan pada diri Anda: “aku mahu buat yang terbaik hari ini. Aku mahu, aku mahu, aku mahu!”. Selepas Anda selesai mengatakan ayat tu pada diri Anda, buka mata. Anda akan rasai kehangatan semangat yang mula menyala dalam diri Anda.

Air yang membasahi tubuh Anda akan membuat jiwa Anda menyerap kata-kata semangat yang Anda ucapkan tadi. Syaratnya, jangan fikiran hal-hal buruk yang terjadi kemarin, sehari yang lepas atau di tahun-tahun lalu.

Kata-kata yang ada dijiwa akan diserap masuk ke minda separa sedar. Kesejukan yang kita rasai dari air membuat minda separa sedar kita berada pada getaran emosi yang tenang, iaitu pada tahap alpha. Ketika minda menjadi tenang, minda separ sedar mudah menyerap setiap kata-kata kita yang kita bisikkan di dalam hati dan yang kita mainkan di fikiran.

Jadikan rasa bersemangat mendominasi Anda. Jangan campur adukkan dengan fikiran-fikiran liar mengenai masa lalu Anda dan kenangan-kenangan pahit Anda.

Elakkan rasa sakit hati, geram ataupun rasa tak puas hati kerana ketiga-tiga sikap tu akan memadam api semangat yang wujud di hati Anda. Hati kita ni amat sensitif pada emosi, gambaran minda dan tanggapan kita.

Kawal perkataan-perkataan yang selalu kita ucapkan. Kawal gambaran-gambaran minda yang selalu kita mainkan, jangan pernah membiar ia memainkan situasi lalu yang pahit walaupun sedikit kerana ia akan mencemarkan motivasi kita yang kita nak bina di waktu awal pagi, di saat kita sedang mandi.