Archive for the ‘Motivasi Belajar’ Category
Motivasi belajar – dekatkan diri dengan buku
Jika Anda seorang pelajar dan anda mahu berjaya dalam pelajaran, Anda kena membentuk diri menjadi seorang insan yang dekat dengan buku. Tak kisalah orang nak cakap apa pasal Anda, biarkan saja. Cakapan orang hanya boleh mengkritik tapi tak akan dapat mengganggu Anda selagi Anda memilih untuk membiarkan saja cakapan mereka. maafkan cakapan-cakapan mereka jika Anda terasa, lupakan dan teruskan mengejar matlamat Anda.
Untuk menjadi seorang pelajar berjaya, dekatkan diri dengan buku. Baca banyak kali supaya Anda ingat apa yang dah dipelajari tanpa perlu menghafal setiap satu point-point penting. Biasakan diri untuk membawa sebuah buku ke mana-mana saja Anda pergi.
Kebanyakan pelajar takut untuk digelar kaki buku atau ulat buku sebab mereka takut akan kehilangan kawan. Dalam usaha mencapai kecemerlangan dalam pelajaran, nak ke tak nak Anda kena terima hakikat Anda kena berkorban, termasuklah mengorbankan masa untuk ‘hanging out’ bersama kawan-kawan. Kawan yang sebenar-benar kawan adalah kawan yang tak memilih kawan, walau siapapun Anda, walau apapun yang Anda lakukan.
Nak berjaya dalam pelajaran di universiti kita tak boleh tertekan
Anda berjaya masuk ke universiti sedangkan kelulusan Anda tak sepower mana. Pastu, mak dan ayah Anda orang susah dan Anda adalah satu-satunya harapan mereka untuk mencetus perubahan hidup. Anda takut nanti seandainya Anda tak berjaya skor habis dalam peperiksaan universiti, Anda akan menghampakan mereka.
Anda tertekan dengan situasi ni. Jika saya menjadi Anda, saya akan pinggirkan rasa tertekan tu. Saya akan berusaha memupuk minat pada pelajaran-pelajaran yang saya kena ambik pada semester tu di universiti tempat saya belajar.
Kita akan mudah untuk cemerlang dalam pelajaran jika kita seorang yang suka belajar, suka membaca, suka berkepit dengan buku ke mana-mana. Sesusah cemanapun hidup Anda, jangan fikir dulu hal-hal kesusahan tu sebab Anda akan tertekan.
Anda tak boleh nak fokus dengan pembelajaran. Nak bukak buku pun mesti takde semangat punya.
Fokuskan untuk membina minat belajar kerana dari situ Anda bleh skor habis dalam peperiksaan universiti. Memang kita nak berjaya sebab nak membalas jasa mak dan ayah kita, tapi bila di universiti seboleh mungkin fokuslah untuk diri sendiri dulu, sebabnya apa jua yang kita usahakan sebagai seorang pelajar hasilnya tu tetap akan mengalir pada mak dan ayah kita nanti.
Tugas Anda sebagai pelajar universiti, belajar, belajar, belajar. Ingat hukum sebab dan akibat. Kita rajin belajar hari ini, dah tentu kita akan berjaya jadi pelajar cemerlang bila dah tamat nanti.
Dengan itu dah tentu kita boleh apply kerja kerajaan yang bagus, kemudian dengan gaji dari kerja tetap kita tu kita boleh membina kehidupan yang dua kali ganda lagi bagus dari taraf kehidupan kita sebelumnya. Mak dan ayah akan gembira dengan kejayaan kita bahkan berbangga apabila menceritakan kisah kita pada sesiapa saja.