Archive for the ‘Motivasi Cinta’ Category

PostHeaderIcon Bagaimana untuk merubah diri jadi baik dalam perhubungan sesama manusia

seorang pembaca menaip mesej ini di ruang Yahoo Messenger:

“salam cik shueq, cik shueq saya mmg nak berubah. dah tanam dlm diri utk jadi lebih baik. tapi bile kita try to be nice to people, dorg harapkan yg lebih, terutama org terdekat. kkdg nak closekan relationship tu jadi lebih renggang. macam getah. makin kita nak baik, nak rapat jd makin jauh. kkdg makin nak jd baik, makin jahat kita jadi  please bro kkdg rase nak give up! rase cam dah x de sape…”

Untuk kita nak berubah jadi lebih baik dalam perhubungan sesama manusia, kita perlu ada contoh ikutan. Sebagai orang Melayu beragama Islam, contoh ikutan paling baik adalah Nabi Muhammad s.a.w.

Kaji sikap Baginda, ikuti lalu praktikkan menjadi sikap sendiri. Saya cadangkan, baca buku motivasi bertajuk “Menjadi Seperti Muhammad” terbitan PTS, ditulis oleh Aa Gym.

Kita sudah mencuba untuk jadi baik pada setiap orang di sekeliling kita, tapi sikap baik kita tu bertahan sekejap saja kerana kita jadikannya sekejap, bukan bertahun-tahun lamanya. Sikap yang baru ambik masa untuk diterima orang sekeliling, mungkin berminggu, mungkin berbulan-bulan.

Ia juga mengambil masa untuk diterima oleh diri kita sendiri. Untuk menjadi baik dalam masa yang lama, jangan pernah cuba berhenti berbuat baik, berkata yang baik-baik, berfikir yang baik-baik, bersangka yang baik-baik.

Terus meneruslah baik. Nampakkan yang Anda tekad mahu berubah jadi semakin baik lalu terus menerus bertambah baik.

Masalahnya..kiita dah berbuat baik, tapi fikiran kita dan hati kita penuh dengan sangkaan-sangkaan buruk berisi rasa sangsi. Kesannya, kebikan kita tu dibalas dengam keburukan-keburukan yang kita tak sangka. Apa yang kita buat mesti mau selari dengan apa yang kita fikir dan apa yang kita rasa.

Biar kita buat baik lalu perbuatan kita tu membuat kita rasa bahagia, membuat kita merasa gembira. Andai kata kita berbuat baik kemudian kita merasa tertekan setiap kali melakukan kebaikan, itu petanda besar kita langsung tak dapat mengubah diri kita menjadi lebih baik.

Hati kita masih kotor. Kita perlu lebih banyak mencuci hati supaya jadi lebih bersih.

Orang sekeliling amik sedikit masa untuk menerima perubahan Anda kerana mereka tertanya-tanya apa sebabnya dan untuk apa tujuannya. Perubahan yang dibuat tu biarlah berterusan, elak untuk jadi sekejap-sekejap saja. Barulah orang sekeliling boleh terima kemduian barulah diorang boleh jadi rapat ngan Anda.

Orang baik susah dicari. Apabila Anda berkelakuan baik, bersikap baik dan memilih untuk bercakap yang baik-baik sahaja, Anda ibarat sebutir emas di dalam lautan lumpur. Ramai orang akan dekat ngan Anda, baik sebaik-baiknya pada Anda.

PostHeaderIcon Motivasi Cinta – bagaimana caranya untuk kita lupakan seseorang yang mengecewakan kita dalam cinta?

seorang pembaca iMotivasi menaip pertanyaan ini di Yahoo Messenger:

salamm..

dear shueqq.. i reli need ur advice.. bgaimanakah caranya utk kita lupakan seseorang?? adakah it is all about time?.. and da only way is by waiting?

scara ringkasnya critanya bgini… setelah dikecewakan oleh my 1stlove yg telah bertahan selama 7 tahun… saya telah “jatuh” dan rebah.. byk terkorban.. kesihatan sy..result xm.. kwn2.. akhrnya tanpa sy sdari saya telah fall in-love dgn seorang a very humble guy.. dan pd hari saya ingin berterus terang dgnnya mrupakan hari yg sama dia tersenyum menyapa saya menyatakan dia telah menetapkan tarikh pernikahan……………. saya ucap tahniah..dan berlalu pergi..tahan teksi dan terus balik ke kg… tika itu ada ‘hujan’ yg turun membasahi wajah ku..

waalaikum salam..

saya tumpang simpati atas situasi yang berlaku. Nyatalah walaupun awak sukakan dia, dia sudah ada yang punya. Ginilah, awak kena terima situasi tu. Elak dari rasa terpukul, terkasima atau kecewa. Anggaplah situasi tu hasil yang salah dalam perjalanan awak mencari cinta yang membahagiakan awak.

Honesttly said, kita sebagai manusia, tak akan dapat melupakan seseorang di masa lalu.

Melainkan, kita banyak ingat sesuatu yang lain, banyak mengingat seseorang yang lain serta menumpukan perhatian sepenuhnya pada perkara-perkara yang jauh lebih penting dalam hidup kita. Kita cuma boleh kurangkan ingatan terhadap orang yang kita nak lupakan tu.

Untuk kita dapat lupakannya sekaligus, agak mengambil masa. Bergantung pada kesungguhan kita.

Its not about time, there are several ways instead of waiting.

Its about WHAT WE DO.

Carilah pengganti, bahagiakanlah diri.

Yang dulu tu dululah, elak untuk selalu mengingat lagi.

Ubah mindset.

Anda ada hak untuk mengecap bahagia!

Bila Anda sudah berjumpa pengganti lalu Anda bahagia dengannya, Anda akan dapat terima perpisahan dulu sebagai sebahagian dari sejarah hidup Anda. Lama-kelamaan, ingatan Anda terhadap orang-orang di masa lalu serta situasi-situasi di masa lalu akan mengurang sedikit demi sedikit, menghilang, menghilang lalu menghilang habis.

Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Carilah kumbang yang betul-betul punya kumbang. Lelaki ada banyak jenis.

Dalam dunia serba maju hari ini, asal disebut perkataan ‘lelaki’ mesti kita terbayang seorang jantan yang ego, panas baran, pemarah, pembohong, penipu, pentingkan diri sendiri. Nak cari lelaki yang humble, baik, mengambil berat dan bertimbang rasa sudah menjadi satu perkara yang amat susah untuk dilakukan.

Bila dah jumpa lelaki yang baik, pastinya jarang yang ‘available’.

Seorang lelaki yang baik ditakdirkan untuk berjumpa gadis yang baik.

Jika Anda seorang gadis dan Anda mahu ditemukan dengan seorang lelaki yang  baik, Anda sendiri kena baik dulu. Baik dari segi perbuatan, kata-kata, perilaku, perangai, baik akhlak dalaman, baik di hati, baik di fikiran.

Pengganti ada di mana-mana. Look with your heart, feel with your eyes.

Rasailah kehadiran cinta walaupun sebenarnya si dia yang Anda cari-cari masih belum ada. Mencari ngan hati, merasai kehadirannya ngan mata, iaitu membayangkan rupanya selalu dan membayangkan seolah-olah dia ada di sebelah Anda selalu.

Our feelings is a strong magnet. Emosi kita apabila digabung dengan imaginasi akan membuat kita bertemu dengan seseorang secvara kebetulan, serupa dengan yang selalu kita imaginasikan.

Lebih kerap kita berimaginasi, lebih kerap kita merasai kehadirannya, lebih besar kemungkinan Anda dapat bertemu dengan dirinya secara kebetulan. Orang yang dimasa lalu tu, lupakan saja.

Dah berlalu, dia dah pergi dari hidup kita. Bukalah ruang untuk orang lain masuk ke dalam hidup kita pula.

Untuk kita membuka pintu untuk menyambut pada orang baru, kita perlu menutup pintu pada orang lama, supaya ada cukup ruang di hati kita. Hati kita ni, kalo orang lama masih ada kat situ kemudian orang baru pulak masuk kat situ, ruang hati kita akan jadi sesak.

Kita akan jadi keliru dalam bercinta. Kita nak bahagia ngan pasangan kita sekarang tapi kita asyik ingat orang lama. Tak adillah untuk orang baru.

Sedangkan, orang lama tu hanya wujud di ingatan kita saja. Lebih baik ‘halau’ orang lama untuk memberi ruang yang lebih besar pada ‘orang baru’.

Dari mesej yang diterima, awak ada dua kekecewaan. Nak melupakan dengan cepat tu boleh, tapi awak perlukan semangat yang kuat  digabung dengan rasa bahagia yang amat kuat.

Carilah pengganti cepat-cepat supaya awak boleh bahagia. Dari rasa bahagia tu, moga ia dapat memadam kepahitan-kepahitan di masa lalu, memadam sedikit demi sedikit, satu persatu.

Tiap kali awak kesunyian, awak akan teringat balik orang lama. Carilah cepat-cepat pengganti yang baru sebagai pengelak pada kesepian.

Hmm..teringat lagu Siti Nurhaliza – Melawan Kesepian. Jawapan saya dalam artikel ni banyak di ilhamkan dari lagu itu.

Saya bersedia membantu Anda andai kata Anda dilanda permasalahan cinta. Add Yahoo Messenger saya di shueQry[at]yahoo[dot]com. Tak boleh taip ikut nama email asal, nanti penuh YM saya ngan mesej spam.

PostHeaderIcon Valentine

Valentine
Hari kekasih bukan hanya sekadar disambut pada hari Valentine.
Hari Valentine sekadar jenama untuk meraikan cinta pada kekasih sedangkan Anda dan sesiapa saja berpeluang untuk memberi penghargaan pada kekasih Anda setiap hari. Anda boleh menyatakan cinta dalam berbagai cara halal.
Buruk atau baiknya Hari Valentine bergantung pada kita, iaitu orang yang menyambutnya dan orang yang mendengar nama Hari Valentine tu. Haram atau tidak hari Valentine bergantung pada kita, cemana kita memandangnya dari perspektif agama, dari perspektif cinta atau dari perspektif sosial. Isu Haru Valentine ni sebenarnya dibangkitkan setiap tahun.
Siapa nak sambut, sambut.
Asal masih dalam batas-batas agama.
Tak nak sambut sebab haram, sudah.
Jangan sambut. Kan simple gitu?
Tak perlulah kita memperlekehkan mahupun mengomen orang yang menyambut Hari Valentine. Tak perlulah kita memandang hina pada orang yang meraikan Valentine.
Biasakan diri bersangka baiklah dengan sesuatu perkara walau buruk cemanapun ia.
Bila kita bersangka buruk pada sesuatu walaupun sedikit, kesannya kia akan terbiasa untuk bersangka buruk pada perkara-perkara lain, dari sekecil-kecil perkara hinggalah ke sebesar-besar perkara.
Moga dari sikap suka bersangka baik tu kita ditemukan dengan orang yang baik-baik serta ditemukan dengan situasi yang baik-baik. Tak le hidup kita asyik ditemukan dengan masalah saja kesan dari sikap kita yang suka bersangka buruk dan berkata buruk tentang sesuatu perkara.
Anda ada 364 hari lagi untuk meraikan cinta, jika Anda memilih untuk tidak menyambut Valentine.
Niatkanlah cinta tu sebagai pembakar semangat untuk Anda, pendorong untuk Anda beribadah dengan lebih rajin, bekerja dengan lebih rajin, belajar dengan lebihhrajin serta menjadi seseorang yang serba-serbinya rajin. Tak salah bercinta.
Tak salah meraikan cinta, cuma raikanlah dengan cara yang kita rasa selesa.
Sebaik-baik cinta adalah cinta yang diikat oleh akad nikah, halal di sisi agama. Bila kita bahagia bercinta, serta merta kita akan merasa gembira. Bila kita sudah merasa gembira, kita akan bersemangat sentiasa.

Hari kekasih bukan hanya sekadar disambut pada hari Valentine.

Hari Valentine sekadar jenama untuk meraikan cinta pada kekasih sedangkan Anda dan sesiapa saja berpeluang untuk memberi penghargaan pada kekasih Anda setiap hari. Anda boleh menyatakan cinta dalam berbagai cara halal.

Buruk atau baiknya Hari Valentine bergantung pada kita, iaitu orang yang menyambutnya dan orang yang mendengar nama Hari Valentine tu. Haram atau tidak hari Valentine bergantung pada kita, cemana kita memandangnya dari perspektif agama, dari perspektif cinta atau dari perspektif sosial. Isu Haru Valentine ni sebenarnya dibangkitkan setiap tahun.

Siapa nak sambut, sambut.

Asal masih dalam batas-batas agama.

Tak nak sambut sebab haram, sudah.

Jangan sambut. Kan simple gitu?

Tak perlulah kita memperlekehkan mahupun mengomen orang yang menyambut Hari Valentine. Tak perlulah kita memandang hina pada orang yang meraikan Valentine.

Biasakan diri bersangka baiklah dengan sesuatu perkara walau buruk cemanapun ia.

Bila kita bersangka buruk pada sesuatu walaupun sedikit, kesannya kia akan terbiasa untuk bersangka buruk pada perkara-perkara lain, dari sekecil-kecil perkara hinggalah ke sebesar-besar perkara.

Moga dari sikap suka bersangka baik tu kita ditemukan dengan orang yang baik-baik serta ditemukan dengan situasi yang baik-baik. Tak le hidup kita asyik ditemukan dengan masalah saja kesan dari sikap kita yang suka bersangka buruk dan berkata buruk.

Anda ada 364 hari lagi untuk meraikan cinta, jika Anda memilih untuk tidak menyambut Valentine.

Niatkanlah cinta tu sebagai pembakar semangat untuk Anda, pendorong untuk Anda beribadah dengan lebih rajin, bekerja dengan lebih rajin, belajar dengan lebihhrajin serta menjadi seseorang yang serba-serbinya rajin. Tak salah bercinta.

Tak salah meraikan cinta, cuma raikanlah dengan cara yang kita rasa selesa.

Sebaik-baik cinta adalah cinta yang diikat oleh akad nikah, halal di sisi agama. Bila kita bahagia bercinta, serta merta kita akan merasa gembira. Bila kita sudah merasa gembira, kita akan bersemangat sentiasa.

PostHeaderIcon Motivasi cinta – hikmah sikap jujur

Jika niat Anda bercinta semata-mata untuk merasa bahagia kemudian dari rasa bahagia tu Anda niatkan untuk beroleh suntikan motivasi untuk bersemangat dalam apa jua yang Anda lakukan, Anda sedang menarik cinta yang membahagiakan. Sebaliknya, jika Anda bercinta semata-mata mahu melengkapkan keperluan biologi juga didorong oleh nafsu, cinta tak bertahan lama. Mungkin akan berakhir dengan sengsara!.

Dua sebab mengapa ramai orang berkahwin memilih untuk berpisah adalah kerana sudah tidak ada persefahaman, tidak ada kejujuran. Anehnya, orang yang banyak duit pun ramai jugak yang bercerai-berai simply sebab sudah tidak percaya dengan kejujuran pasangan.

Duit bukan persoalan. Cinta adalah komitmen dua hati. Selagi dua hati tu saling jujur antara satu sama lain, perkara-perkara berkaitan akan mengikut secara automatik dengan sendirinya. Ini termasuk sikap toleransi, sikap pemaaf dan sikap bertimbang rasa.

Kita sebagai manusia berisiko untuk cepat berubah, sama ada berubah ke arah kebaikan atau berubah ke arah keburukan (tanpa kita sedari). Untuk mengelakkan sikap anda berubah menjadi sikap negatif, minta pasangan Anda mengkriti perubahan negatif Anda kemudian anda pula kena latih diri untuk menerima setiap kritikan yang Anda terima.

Ubah diri, bina peribadi.

PostHeaderIcon Motivasi cinta – si gadis meluah cinta

Jika Anda seorang gadis dan Anda meminati seorang jejaka, beranikan diri meluahkan cinta Anda padanya. Gadis-gadis sekarang ramai yang berpendidikan, ‘tech literate’ dan berkeyakinan tinggi. Sebelum Anda kehilangan orang yang Anda suka hingga Anda tak sempat meluah cinta pada si dia, luahkan sekarang selagi peluang masih ada.

Apabila seorang gadis meluah rasa cinta pada seorang jejaka, sebenarnya cara tu tak salah selagi perilakunya dan perbuatannya tak melanggar batas-batas syariah. Dari membujang terlalu lama, baik luah awal-awal. Leh kawin awal-awal. Untuk mengecap kebahagiaan, kekadang kena berani.

Dari segi agama, mana-mana agama tak melarang gadis memulakan dulu sesebuah perhubungan cinta. Syaratnya, bila bernikah nanti biarlah bernikah secara sah dan biarlah pihak lelaki yang memulakan lamaran, bukan pihak perempuan. Luahkan saja, biar perkara lain berlaku sendiri.

Tarik minat si dia, sebelum gadis lain menarik minatnya.

PostHeaderIcon Motivasi cinta – 5 tips bagaimana untuk menarik pasangan idaman Anda [bahagian dua]

Dalam artikel lepas, sebagai pembuka bicara saya kongsikan pengalaman sebenar saya bagaimana saya dapat berkenalan dengan gadis-gadis manis secara kebetulan. Kali ni saya akan kongsikan tips bagaimana untuk menarik pasangan idaman Anda. Caranya…

1. Hati Anda kena dibersihkan selalu.
Lakukannya dengan selalu beristighfar, zikir dan kawal ego dalam diri Anda. Bila bercakap, latih diri untuk bercakap dengan JUJUR.

2. Sirami hati dengan cinta, pandang cinta dari sudut positif.
Elak mengatakan cinta ni penuh derita. Cinta akan menjadi apa yang Anda anggap padanya. Jika Anda anggap cinta tu menyusahkan, menyesakkan jiwa dan hanya akan memberi derita, itulah yang akan jadi. Jika Anda anggap cinta tu membahagiakan Anda, membuat Anda bersemangat, itulah yang akan jadi.

3. Kagumi orang yang sedang hangat bercinta.
Doakan mereka, doakan kesejahteraan hidup mereka. Anda akan merasa bersemangat untuk mencari cinta supaya Anda hidup bahagia seperti mereka. Apa yang kita lihat, alami dan perhati, kita akan terdorong untuk melakukan perkara yang sama.

Anda, jika Anda sedang bercinta dengan seseorang pada hari ini, sekarang ini, saya doakan moga Anda berbahagia hendaknya. Ini bukan doa main-main atau doa yang dibuat-buat, bahkan saya selalu mendoakan Anda walaupun saya tak tulis kat dalam blog ni. Seorana kawan yang baik adalah kawan yang selalu mendoakan kawannya. Saya melatih diri melakukan perkara tu.

4. Jujur, pamerkan diri Anda seadanya.
Bagi lelaki, jika duit Anda cuma sedikit dan kerja Anda tak sehebat mana, jujurlah pada pasangan Anda. Jangan berlagak kaya dan berlagak menjadi lelaki berjaya. Andai kata Anda baru dapat kerja, katakan begitu bukan berkata Anda seorang pegawai bergaji besar simply kerana Anda nak gadis tu tertarik ngan Anda.

Material hanya akan dapat menarik hati seorang gadis untuk sementara.

Tapi, sinaran hati dapat menarik perhatian seorang gadis dalam masa yang lama hingga gadis tu tak cukup tidur hanya kerana teringatkan Anda. Dari pengalaman sendiri, saya mengakui hal ni.

Jika sinaran hati Anda masuk ke dalam hatinya, dia akan sanggup membuat apa saja untuk membuat Anda selalu ada disampingnya. Contoh? Dia akan sanggup meng’sponsor’ kredit prepaid nombor telefon Anda hingga mencapai jumlah RM70 sehari. Tak percaya Itulah yang terjadi pada saya.

Seorang lelaki yang sederhana, yang selalu tak cukup duit tapi jujur itu lebih baik dari lelaki kaya tapi selalu berbohong hingga berdusta-dusta.

5. Visualisasikan rupanya, ciri-ciri peribadi idaman Anda.
Kita mungkin takkan tahu rupa sebenar si dia. Tapi kita boleh pilih rupa cemana yang kita mahu. Bayangakan selalu rupa pasangan idaman Anda. Bayangkan warna anak matanya, bentuk keningnya, bentuk bibirnya, bentuk mukanya, gaya senyumannya, bunyi getaran suaranya, rasai aura dirinya seolah-olah dia ada disebelah Anda, sentiasa mendampingi Anda.

Bayangkan sekerap mungkin, selama mungkin. Tanya diri Anda, apa perasaan Anda ketika Anda membayangkan semua tu?

Jika Anda hepi, itu maknya Anda sedang mengeluarkan gelombang emosi positif yang akan menarik gelombang serupa dikeluarkan oleh gadis-gadis disekeliling Anda. Seseoranng yang mencari akan berjumpa dengan seseorang lain yang turut mencari secara kebetulan. Likes attract likes!.

Jika Anda ragu-ragu, itu maknya Anda sedang mengeluarkan gelombang emosi negatif. Ini bahaya. Untuk mengatasinya, fikir apa dia ciri-ciri idaman yang Anda mahu ada, kemudian tulis di atas kertas. Selepas tu, baca banyak kali lalau bayangkan. Langkah seterusnya, bayangkan sekerap mungkin. Teknik ni melatih minda Anda untuk menarik orang yang ada ciri-ciri tu.

PostHeaderIcon Motivasi cinta – 5 tips bagaimana untuk menarik pasangan idaman Anda

Dalam topik motivasi cinta, saya nak menyentuh masalah jati diri ramai di kalangan kita yang merasa rendah diri sebab menjadi seorang yang ’single’. Bila menjadi seorang teruna yang single atau gadis yang single, sebenarnya kita tak perlulah merasa rendah diri.

Sebab, masa single ni le  kita kena gunakan untuk perbaiki diri sendiri – perbaiki diri dari segi penampilan, pemakaian, gaya percakapan, kerjaya, kewangan, ibadah dan kekeluargaan sebelum kita ditemukan dengan jodoh kita, sebelum kita dinikahkan secara sah. Allah swt dah sediakan jodoh untuk kita. Paling penting, kita kena perbaiki diri kita ni dulu dalam segala aspek, iaitu aspek-aspek kehidupan yang saya katakan tadi.

Setiap kali saya bangun pagi, saya memasang tekad untuk memperbaiki diri sendiri secara berterusan. Dalam English ia dipanggil Constant and Never Ending Imporvement (CANi). Falsafah ni dipelopori oleh Anthony Robbins. Bila kita kuatkan tekad untuk memperbaiki diri sendiri, perkara-perkara lain akan diatur untuk menjadi baik agar sesuai dengan diri kita.

Maksudnya, bila kita membentuk diri sendiri agar menjadi baik, persekitaran kita akan mengatur dengan sendirinya untuk menjadi baik, sesuai dengan sikap kita. Alam semesta amat ‘friendly’. Tugas Anda sekarang adalah untuk meneliti mana-mana aspek hidup Anda yang perlu diperbaiki kemudian tekadlah untuk memperbaikinya sebaik mungkin, sebagus mungkin.

Tulis dan fikir, selepas tu bertindaklah memperbaikinya.

Bagi saya, saya mahu terus menerus memperbaiki diri dalam aspek ibadah, ilmu, kemahiran, kewangan dan kekeluargaan. Saya amat bersyukur sebab dari blog iMotivasi ni saya berkenalan rapat dengan ratusan orang yang mahu memperbaiki diri sendiri. Ada yang banyak melakukan kesilapan di masa lalu, ada yang melakukan beberapa kesalahan berat di masa lalu. Saat ini dan waktu ini adalah peluang yang sesuai untuk kita bersama-sama memperbaiki diri.

Cinta sebenarnya indah.

Cinta adalah pencetus motivasi yang paling kuat. Saya mengaku setiap hari saya banyak kali terserempak dengan gadis-gadis cantik, manis dan sering tersenyum pada saya. Orang senyum ngan kita, kita terima dan balaslah balik. Pada saya tu rezeki saya, pembakar semangat di waktu pagi.

Hingga saya tertanya-tanya, hensem sangat ke saya ni?

Itulah bukti yang menyatakan, apabila hati sudah dipenuhi cinta, maka ia akan cepat menarik lebih banyak cinta datang pada Anda. Ia datang tanpa disangka-sangka, semuanya berlaku secara kebetulan. Saya merasa amat bertuah!

Owh, jangan bersangak buruk! Saya bukanlah playboy atau lelaki jalang, atau seorang Muslim yang kurang cemerlang. Tapi, saya cuma praktikkan apa yang saya baca dari berbagai buku motivasi dan berbagai laman web yang saya jumpa. Saya terserempak dengan ramai gadis-gadis manis sebab saya menarik mereka menggunakan Law Of Attraction, kuasa minda dan gambaran visualisasi.

Apa yang kita selalu fikirkan, itulah yang ditarik datang pada kita.

Ini bukan sekadar cakap, saya dah banyak kali melaluinya. Dari situlah saya berani berkata, apa saja boleh terjadi. Anything is possible!

Mereka menjadi rakan-rakan saya kerana hati saya mahu bersahabat dengan gadis-gadis manis ni, bukan untuk menguasai mereka, menarik perhatian mereka atau mengurat mereka untuk dijadikan kekasih saya. Bukan. Niat akan menentukan hasil (output) perbuatan kita.

Just be yourself, right? Maka itulah yang saya lakukan. Saya tak pandai mengurat, tapi saya pandai bersahabat. Saya mahu mereka merasa selesa berkenalan dengan saya.

Sebelum ni saya memang ada menulis ciri-ciri gadis idaman yang saya mahukan. Pertama, dia mestilah bertudung. Kedua.. (ops..hal ni terlalu personal. Mungkin saya akan didedahkan di lain kali). Ketiga, dia mesti pandai memasak sebab saya lelaki yang kuat makan. Syarat wajib ni!

Ciri-ciri tu bukan sekadar diingat dan dibayangkan tapi saya tulis pastu dibaca banyak kali dalam sehari. Jika Anda seorang lelaki bujang dan belum berpunya, nak menarik pasangan idaman terlebih dahulu Anda sendiri kena bersihkan hati, kemudian siraminya dengan cinta.

(ikuti sambungan artikel ni di bahagian dua)

Sponsor
Artikel percuma ke email

Masukkan alamat eMail Anda untuk mendaftar bagi menerima penghantaran artikel motivasi percuma tiap kali ada artikel baru dikeluarkan

Khidmat pantas oleh FeedBurner

Subscribe RSS? Klik di sini

Statistik email + RSS Feed

Pembaca terkini
Himpunan artikel