iMotivasi

impianmu, inspirasiku…

Rahsia cinta – komitmen dua hati

Cinta adalah komitmen di antara dua hati.

Komitmen ni adalah persetujuan untuk memberi, menghadiri, setia, percaya. Rahsia bahagianya cinta adalah wujudnya komitmen berterusan di antara kedua-dua belah pihak iaitu pihak lelaki dan pihak perempuan.

Saya merujuk cinta yang saya katakan sekarang ini sebagai cinta orang bujang. Sebab dalam ratusan masalah cinta yang diajukan pada saya kebanyakannya adalah masalah cinta lelaki bujang dan gadis-gadis bujang. Itu lum cerita lagi masalah cinta yang dialami oleh pasangan suami isteri.

Kita tak perlu memaksa diri untuk menyamakan diri kita dengan pasangan kita atau kekasih cinta kita. Pada peringkat awal perhubungan cinta, usah terlalu memaksa diri mencari banyak persamaan antara kita dengan pasangan kita.

Sebaliknya, hargailah keunikan kita dan keunikan kekasih kita. Terima kelainan yang ditampilkan oleh kekasih kita tu.

Pada peringkat permulaan, kita hanya akan dapati ada sedikit persamaan – iaitu rasa ingin menyayangi antara satu sama lain. Jangan terlalu berkecil hati sebab sikap kita, selera kita atau pekerjaan kita tak banyak yang sama dengan pasangan kita. Persamaan akan muncul sedikit demi sedikit seiring dengan peredaran masa dan peredaran hubungan cinta dari tahun ke tahun.

Cinta adalah komitmen dua hati, biasanya dari dua orang yang berbeza sebagai cara untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Kebahagiaan cinta tak semestinya memerlukan kesamaan atau keserupaan selera, sikap, jumlah gaji, jawatan, jenis kerjaya, tempat asal, filem kegemaran, lagu kesukaan atau kenderaan pilihan.

Kita perlu saling menerima kelainan-kelainan pasangan untuk kita menjadi komited pada cinta.

Tip cinta – pasang matlamat bercinta

Dalam hampir kesemua artikel motivasi yang saya tulis, saya selalu menekankan kepentingan matlamat. Beri ingatan pada diri sendiri supaya selalu menulis matlamat Anda. Tetapkan apa dia dan jangan ubah-ubah selagi matlamat yang Anda tulis tadi tu belum berjaya dicapai.

Dalam menikmati cinta kita tetap perlukan matlamat supaya cinta kita memberi kebahagiaan mendalam pada diri kita. Barulah ada maknanya cinta tu.

Tak ada matlamat bercinta, maka tak akan kekal bahagia di hati kita. Sebabnya, kita seolah-oleh tak mahu meletak kebahagiaan cinta tu lama-lama di dalam hati. Asyik bertukar-tukar.

Bila tidak ada matlamat cinta, Anda akan terdorong untuk bermain-main ketika bercinta dengan kekasih Anda. Cinta Anda tak sampai ke jinjang pelamin, sekadar putus begitu saja.

Kemudian Anda akan cari orang lain lagi, bercinta lagi, putus cinta lagi. Selepas itu, cari lagi orang lain, bercinta lagi, putus lagi. Bila nak ada penyudahnya? Bila nak kawinnya?

Mulai sekarang, mari kaji balik cinta kita selama ni. Tanya diri Anda sekarang di dalam, Anda bercinta untuk apa? Adakah untuk:

1. Merasa bahagia sahaja tanpa ada penyudah dengan nikah..
2. merasa bahagia, menyudahi perhubungan cinta dengan nikah, bina keluarga sendiri, bercinta sebagai sebuah keluarga.
3. Sekadar suka-suka, hanya mahu tahu mempelajari saikologi cinta.
4. Membuktikan pada kawan-kawan Anda ada ramai peminat dan ramai pasangan. Sekali petik, sepuluh yang datang!

Cinta lahir dari hati, masuk ke emosi lalu meresap ke fikiran. Untuk kita berjaya menjadi seorang pencinta pada pasangan kita, kita perlu pasang matlamat. Pasanglah matlamat untuk:

a. Membahagiakan orang yang Anda cintai.
b. memberi yang terbaik untuk pasangan Anda.
c. upgrade hubungan cinta Anda ke level seterusnya – BERNIKAH.
d. Melebihkan peranan Anda pada pasangan, bukan mempersoalkan hak dan keutamaan.
e. Terima pasangan Anda seadanya dia, terima kekurangannya, kagumi kelebihannya.

Saranan saya, masukkan matlamat point ‘a’ hingga ke matlamat point ‘e’ sebagai sebahagian dari matlamat Anda dalam bercinta. Matlamat memandu usaha kita dalam mencari bahagia bercinta. Tak ada matlamat, kita akan hilang arah.

Novel motivasi – Ayat-ayat Cinta

Dalam banyak-novel yang saya baca, saya suka panggil novel Ayat-ayat Cinta sebagai novel motivasi terutama jika Anda seorang lelaki. Novel motivasi Melayu jarang ditulis dengan gaulan sinar motivasi kerana kebanyakan novel ditulis mengikut tema cinta, persahabatan, kekeluargaan, permusuhan atau ketidaksefahaman.

Jika Anda sedang mencari-cari novel motivasi yang best untuk dibaca, saya rekemenkan baca dulu novel Ayat-ayat Cinta. Isi kandungannya dan jalan ceritanya mendorong Anda berubah, menjadi seperti Fahri. Fahri adalah watak utama novel Ayat-ayat Cinta.

Dia seorang lelaki yang amat baik, hafaz Quran, datang dari keluarga sederhana, tutur katanya baik dan mengambil berat pada orang-orang disekeliling. Sikapnya yang amat mengambil berat tu telah membuat hati beberapa orang gadis tertarik padanya dalam diam. Mereka adalah Maria, Noura, Nurul, Aisyah.

Di antara keempat-empat gadis itu, Aisyah berjaya bernikah dengan Fahri hingga menjadikan Maria, Nurul dan Noura kecewa tanpa rela. Wali Aisyah merisik Fahri melalui Syeikh Usman, guru kelas Quran yang diikuti Fahri. Fahri tidak tahu Aisyah berasal dari keluarga usahawan Turki yang amat kaya.

Mungkin, kisah hidup Fahri menikah dengan seorang agdis kaya secara tiba-tiba adalah bukti Allah maha penyayang. Allah swt memberi balasan rahmat melimpah ruah dari sumber yang tak disangka-sangka pada hamba yang dikasihinya juga pada hamba yang berusaha mendekatkan diri padanya.

Bila Anda ada keinginan mahu berubah, mahu menjadi baik dan mahu membina karisma, bacalah Ayat-ayat Cinta. Ia membuat jiwa Anda tenang. Membaca novel ni sekali macam tak cukup.

Selesai membacanya, Anda akan merasa cukup puas serta timbul keinginan yang cukup kuat mahu berubah jadi lebih baik.

Tip cinta – selidiki hati kita

Dah lama saya tak muncul di iMotivasi. Berbagai pertanyaan diajukan kepada saya. Saya ok ke, sihat ke. Kenapa lama senyap saja.

Sebenarnya tak le lama betul menyepikan diri. Tugas saya kan sekarang dah banyak di belakang tabir. Bagi peluang pulak dengan kawan-kawan untuk menonjolkan diri.

Dalam beberapa hari ini saya membaca sebuah eBook pemberian seorang kawan. eBook itu adalah panduan dalam bercinta. Topiknya mengkhusus pada hal-hal perhubungan cinta, bagaimana memperbaiki hubungan cinta, bagaimana menyuburkan rasa cinta. Bagi Anda yang sedang hangat bercinta, eBook (eBuku) ni amat bagus.

Tak salah orang single bagi nasihat pada orang sedang bercinta asalkan nasihatnya logik serta membuat si pendengar nasihat nampak jalan penyelesaian masalah. Saya single.  Jangan tak tau saya banyak menyetelkan ratusan masalah orang bercinta.

Punca masalah-masalah tu semua hanya satu – HATI.

Selidi hati kita. Kaji balik apa niat kita bercinta. Jika cinta kita bermasalah, inilah masanya kita kena selidiki hati kita. Niat kita bercinta apa – nak bahagia dalam hidup or just for fun?

Tip cinta – perlu cinta dibuktikan dengan benda, duit dan pegangan tangan yang ringan-ringan?

Cinta sifatnya subjektif – bergantung pada orang yang sedang bercinta.

Jika dia memilih untuk bercinta stail ‘open’ dengan berpegang-pegang tangan dan tidak ambil kisah orang lain selesakah tidak dengan sikap sebegitu, maka itu haknya. Kita boleh membantah, tapi sudah tentu menimbulkan ketidaksenangan kita dan dirinya.

Jika dia memilih untuk bercinta stail orang beragama – berjumpa di tempat awam dalam jarak yang terbatas dan dengan pandangan mata yang terkawal, itu juga haknya. Apabila kita memandang cinta jenis begini dari perspektif agama, maka itulah yang sebaiknya.

Soalnya, perlukan cinta kita kita buktikan powernya dengan membelikan benda, duit dan pegangan tangan yang ringan-ringan? Jawapannya, terpulang pada yang empunya diri. Saya tak membenarkan, tak juga menghalang sebab perkara ni dah berlaku kat mana-mana.

Tak semestinya kita bercinta, kena belikan pasangan kita macam-macam. Buat ikut kemampuan. Andai kata rasanya tak mampu,tak perlu buat. Just bersederhana saja.

Buktikanlah cinta mengikut kemampuan kita. Nikmatinya cinta seadanya, sebab kita bercinta bukan sehari dua, bahkan untuk tiga puluh tahun akan datang dalam umur kehidupan kita. Terima ia dan nikmati cinta seadanya, sebab itu membuat kita merasa lebih bahagia.

Teringat sebuah kata pepatah Inggeris – dont celebrate too early.