Archive for the ‘Motivasi Kejayaan’ Category
Kata-kata motivasi untuk minda
“Exercising our brains systematically ways is as important as exercising our bodies. In my experience, “Use it or lose it” should really be “Use it and get more of it”.- Dr. Elkhonon Goldberg.
Dr. Elkhonon Goldberg adalah pakar kajian minda yang terkenal dari fakulti perubatan, Universiti New York juga merupakan professor bidang neurology di universiti yang sama. Dia terkenal dalam bidang neuropsychologist iaitu bidang yang mengkaji kaitan antara minda dan kejayaan manusia.
Lebih banyak kita menggunakan minda kita, maka lebih kuat minda kita jadinya.
Lebih banyak kita gerakkan minda, lebih banyak kita mendapat manfaatnya. Kita akan jadi makin berjaya.
Lebih banyak kita tak gunakan minda dan tak menerokai kelebihan-kelebihan minda, kita tak akan ke mana-mana, tak berjaya mencapai apa-apa, tak dapat mengubah apa-apa di dalam hidup kita.
Manfaat paling ketara, Anda mudah untuk mengingati sesuatu, Anda mempunyai gerak hati yang kuat, Anda dapat memberi cadangan yang bernas yang jauh lebih bernas dari cadangan-cadangan lain.
Imaginasi Anda akan jadi semakin tinggi hingga menyebabkan Anda boleh membayangkan sesuatu yang sukar untuk dibayangkan oleh orang lain, maksud saya Anda boleh melihat sesuatu output yang belum dapat dibayangkan oleh orang lain. Disebabkan itu, orang lain akan menganggap Anda seseorang yang penting.
Mereka menjadikan Anda menjadikan Anda orang penting yang mesti ada tiap kali nak buat apa-apa keputusan. Ini membangkitkan kuasa pengaruh, menjadikan mereka hormat pada Anda.
Bangunan menara berkembar Petronas, Litar F1 Sepang, CyberJaya, Wawasan 2020 dimulakan oleh seorang lelaki yang banyak menggunakan mindanya, Dr Mahathir Mohammad.
Untuk kita membina kecemerlangan diri, banyak-banyakkan guna minda kita.
Banyakkan membaca, banyakkan berfikir cemana nak memajukan diri, banyakkan menafsir perkara-perkara yang kita lalui dan yang kita lihat setiap hari. Setiap situasi, benda dan perkara mesti ada motivasi tersirat disebaliknya.
Bercakap-cakap dengan diri sendiri dapat mencetuskan semangat
Cara paling mudah untuk kita bermotivasi pada diri sendiri adalah dengan bercakap ngan diri kita sendiri di dalam hati. Cakapkanlah apa saja pada diri Anda sendiri untuk membangkitkan rasa bersemangat yang amat kuat.
Bina attitude ‘you can do it‘. Katakan pada diri Anda berkali-kali, you can do it, you can do it, you can do it.
Jika Anda sedang merasa sukar ketika melakukan sesuatu, gunakan cara ini. Beri semangat pada diri sendiri dengan mengatakan di dalam hati..“aku boleh buat, aku boleh buat, aku boleh buat”.
Kenapa mesti 3 kali? Sebab, 3 kali lebih power daripada hanya 1 kali.
Macam kita makan juga..3 kali makan lebih banyak isinya dari cuma 1 kali makan. Cara lain untuk memotivasikan diri, gunakan ayat seperti ini..”orang lain boleh buat, aku pun boleh buat. Aku boleh buat, aku boleh buat, aku boleh buat!!.”..
Mula-mula buat teknik ni, perubahnya tak berapa ketara tapi bila dah selalu selepas dua tiga hari, Anda akan terasa perubahannya. Ini kerana minda kita amik masa untuk menghadam lalu memahami perkara-perkara baru. Bila minda dah faham, minda akan mengatur sistem saraf dan aliran darah supaya jadi seleras dengan kemahuan Anda.
Jadi, tiap kali Anda kata “aku boleh buat” tetiba ada timbul keyakinan tinggi yang Anda memang boleh buat, sebab Anda nampak orang lain boleh buat. Bila buat, Anda tak akan rasa ragu-ragu langsung.
Tiap kali Anda rasa tertekan sebab rasa sukar, katakan pada diri “aku boleh buat” ..Gunakan perkataan “aku boleh” lalu sesuaikan dengan situasi Anda supaya Anda jadi lebih bersemangat.
Motivasi dari orang sibuk
Setiap hari saya selalu berjumpa dengan orang yang sibuk.
Saya tertanya-tanya sendiri apa yang membuat diorang sibuk? Ke sana ke mari asyik terkejar-kejar.
Yang pasti, saya melihat diorang tak hiraukan langsung kesesakan jalan raya, kesesakan tempat berjalan, perangai pejalan kaki lain yang seolah-olah menghalang perjalanan mereka juga tak hiraukan betapa cepatnya masa berlalu.
Apabila kita sudah fokuskan minda untuk mencapai kejayaan, secara automatik kita akan rasa banyak lagi yang masih kurang – ilmu masih kurang, usaha pun masih kurang. Oleh kerana kita merasa semua tu masih kurang, kita berusaha sedapa upaya memperbaikinya, kasi tambah mana-mana yang kurang.
Kesannya, kita jadi sibuk.
Kita pun tak perasan yang kita sibuk kerana kita merasa itu sesuatu yang normal pada diri kita. Lagipun, kita cepat terbiasa dengan kesibukan.
Sibuk memajukan diri lebih baik dari sibuk menjaga hal orang. Sibuk berfikir kejayaan diri lebih baik dari sibuk memikir keburukan orangserta memburuk-burukkan kejayaan orang lain.
Orang yang berusaha nak berjaya, dia pasti tidak akan sibuk menjaga tepi kain orang kerana dia sudah cukup sibuk memajukan dirinya sendiri.
Sebaliknya, orang yang tak berusaha nak berjaya, dia pastinya akan lebih banyak menjaga tepi kain orang dan sibuk bercakap hal orang lain dari berfikir memperbaiki dirinya sendiri.
Kasi OK yang tak OK
Mahukah Anda mengubah hidup Anda sekarang ni untuk menjadikannya lebih baik?
Sudah tentu Anda mahu, kan? Untuk itu, Anda kena ada strategi dan kemudian, Anda kena laksanakan strategi Anda.
Hari Ahad ni, ramai orang bersantai-santai. Di waktu santai sebegini, eloklah kiranya kita meluangkan masa mengkaji balik sejauh mana pencapaian kita dan setakat mana dah pencapaian kita.
Ambil sehelai kertas A4.
Tanya diri Anda dengan soalan ini, “apa yang aku rasa tak ok dalam hidupku?”. Tulis soalan tu sebagai tajuk.
Kaji aspek-aspek kehidupan Anda dalam perhubungan, ibadah, kekeluargaan, kelilmuan, pekerjaan dan akhirnya, kewangan. Kita bukan nak pandang belakang ke masa lalu cuma nak meneliti aspek-aspek hidup yang kita perlu perbaiki.
Tulis perkara-perkara yang Anda rasa itu kekurangan Anda, misalnya Anda susah nak buat pilihan, anda teragak-agak, Anda terlalu gopoh, Anda kurang teliti, Anda kerap berbohong atau mungkin Anda kurang bijak mengatur masa Anda sehingga segala-galanya menjadi kelam kabut. Tulis lebih dari 25 perkara yang Anda kurang puas hati dengan hidup anda.
Dalam ibadah misalnya, tulis apa yang Anda rasa tak ok, contohnya Anda selalu terlepas sembahyang Subuh, kurang khusyuk, kurang bersembahyang sunat, selalu sembahyang lewat, kurang membaca Al-Quran. Tu semua contoh saja untuk panduan Anda.
Dalam perhubungan, tanya diri Anda apa yang Anda rasa tak OK.
Mungkin, Anda rasa ada kawan Anda jadi kurang senang dengan sikap Anda. Mungkin, Anda pernah terlepas cakap atau terlebih gurau hingga orang terasa. Kaji, teliti, perhati kemudian tekadlah memperbaiki. Semua kesilapan kita tu, ada peluang untuk diubah lalu ditambah baik.
Kita sentiasa ada peluang kedua untuk memperbaiki diri kita dan memperbaiki kehidupan kita keseluruhannya. Habis peluang kedua, akan ada lagi peluang ketiga, peluang keempat dan peluang-peluang seterusnya.
Berubahlah, supaya dengan itu Anda mampu cemerlang, berjaya, bahagia seperti orang lain yang Anda nampak. Peluang sentiasa ada, cuma rupanya berbeza-beza, munculnya tak disangka-sangka.
Lihat ke atas lihat ke bawah
Sehebat-hebat Anda, ada orang yang lebih hebat daripada Anda. Sepandai-pandai Anda, sebenarnya ada orang lebih hebat daripada Anda.
Sebodoh-bodoh Anda, ada orang yang lebih bodoh daripada Anda. Sesusah-susah Anda, ada orang yang lagi susah daripada Anda, cuma Anda saja lum jumpa.
Pengajaran dari situasi ini adalah:
1. Bila kita tahu ada orang lebih hebat, lebih pandai daripada kita, dekatilah dia lalu pelajari sebanyak mungkin ilmu dari dirinya.
Mungkin dia mengajar dengan cara yang kasar, jadi Anda kena tahan hati serta bersabar. Mungkin juga dia akan mengajar dengan cara yang lembut, jadi anda kena berbesar hati dengan kelembutannya. Belajarlah supaya Anda jadi orang yang luas ilmu pengetahuan. Elak belajar semata-mata untuk bersaing atau untuk mengalahkan seseorang yang lain.
2. Sesusah-susah Anda, sebodoh-bodoh Anda (jika Anda merasa Anda kurang pandai), Ada orang yang lagi bodoh dan lagi susah dari Anda.
Ubah kehidupan mulai saat ini juga. Setiap orang ada hak untuk merasai kejayaan. Rugilah kita kalo asyik berada dalam kesusahan dan kebodohan juga kekurangpandaian yang berkekalan. Ubahlah hidup kerana hanya kita saja yang boleh mengubah tahap hidup kita sendiri, bukan orang lain.
Jika Anda merasa hidup Anda susah, ada orang lain yang hidupnya lebih susah daripada Anda, cuma Anda belum jumpa. Jadi, bersyukurlah ngan hidup Anda yang sedia ada sekarang ni.
Untuk kita mencetus perubahan hidup, lihat ke atas kita. Lihat orang-orang yang berada di tahap atas iaitu orang-orang berjaya, bos-bos dan taiko-taiko besar. Lihatlah supaya kita ada semangat untuk menjadi seperti mereka lalu merasai cetusan inspirasi untuk kita mencapai tahap pencapaian mereka.
Untuk kita mencetus keinsafan supaya kita mensyukuri betapa OK nya hidup kita, lihat orang-orang yang berada di bawah kita iaitu orang-orang biasa yang hidupnya cari duit di waktu pagi, kasi habis duit diwaktu pagi tu juga. Kita kena bersyukur kerana kita tak menjadi seperti mereka. Kita perlu bersyukur, sebab sekurang-kurangnya kita tak lah sesusah mana seperti susahnya mereka.
Jangan terlalu bangga denagn kedudukan Anda sekarang, elak terlalu bangga dengan tahap pendapatan yang anda ada sekarang juga dengan kejayaan-kejayaan yang Anda dah capai. Capailah lebih banyak kejayaan, kemudian dalam masa yang sama, ajak orang lain untuk turut berjaya sama-sama Anda berusaha mencapai kejayan. Dalam perjalanan menuju kejayaan, selalulah lihat ke atas dan selalulah lihat ke bawah.
Tujuannya, supaya kita sedar siapa kita, apa gunanya kita.
Motivasi kejayaan – 3 tips bagaimana untuk menjadikan Al-Quran sebagai sumber motivasi kejayaan
Caranya:
1. Bukak kitab suci Al-Quran secara rambang dan baca halaman pertama yang Anda buka. Biasakan membaca 1 halaman Al-Quran dalam sehari.
2. Selepas membaca, fahami maksud ayat yang Anda baca dengan merujuk pada tafsir Al-Quran. Ingat nama surah Al-Quran yang Anda baca tadi.
3. Kemudian ambil tafsir Al-Quran lalu cari ayat yang Anda baca. Fahami maksudnya. Fikirkan, hadamkan, ingat selalu. Anda akan mudah ingat maksud ayat Al-Quran yang Anda baca jika Anda membaca 1 halaman sehari. Minda kita senang mengingati perkara-perkara yang simple.
Bila dah biasa mengamalkan teknik ni lebih dari 3 kali dengan kerelaan hati didorong oleh NIAT untuk mencari cetusan motivasi dalam usaha nak mencapai kejayaan, Anda akan merasai getaran semangat yang luar biasa.
Anda tiba-tiba berani.
Anda tiba-tiba merasai kemahuan tinggi yang membuak-buak, panas menggelegak. Kemahuan itu mendorong Anda mahu berjaya dalam apa yang Anda usahakan sekarang ni.
Bila Anda lakukan secara istiqamah, kesannya jauh lebih mendalam dari membaca buku-buku motivasi biasa.
7 sebab kenapa orang benci membaca buku
7 sebab kenapa orang tak suka membaca buku:
- Dia anggap membaca ni samalah ngan belajar. Belajar cukup le setakat kat sekolah aje.
- Asal membaca je, rasa mengantuk. Asal mengantuk je, mesti time membaca.
- Benci meletak matlamat dalam hidup.
- Kurang merasa kemanisan membaca.
- Kurang mahu memperbaiki hidup.
- Ego, berkata membaca tak perlu. Belajar dari pengalaman sudah cukup.
- Tak nampak kepetingan ilmu dalam usaha mencapai kejayaan dalam pelajaran, pekerjaan, perniagaan, kewangan, perhubungan, ibadah dan kekeluargaan.
Tanya diri sendiri, Anda bagaimana? Kurang minat membaca buku?
Ketahuilah hakikat bahawa jika Anda nak mencapai kejayaan, nak tak nak Anda kena melatih diri membaca setiap hari. Dengan membaca, Anda akan dapat tahu lebih banyak perkara untuk menjadikan Anda semakin dekat dengan kejayaan diidamkan.
Cara paling bagus adalah dengan meluangkan masa paling kurang 1 jam setiap hari, paling kurang 2-3 bab dalam sehari. Lama-kelamaan minat membaca tu akan timbul dengan sendirinya. Buat masa ni, biasakan diri membaca sebuah buku seminggu.