Motivasi kejayaan – hati-hati dengan perampas impian
Dulu nombor 23 di kaitkan dengan David Beckham, itu ketika zamannya di Real Madrid.
Hari ini, nombor 23 adalah petanda kepada masuknya hari ke 23 kita di bulan Jun 2010.
Dah masuk setengah tahun kita berada dalam 2010.
Setakat ini, bagaimana dengan usaha kita?
Tanya diri kita, usaha kita makin rajin atau masih macam biasa?
Kita sebagai manusia terdedah kepada perampas impian.
Perampas impian ni membuat kita lupa pada impian kita, lantas menjadikan kita tidak bersemangat berusaha mencapai impian kita.
Siapa dia perampas impian tu?
Dia adalah sesiapa saja yang tidak bersetuju dengan impian yang kita mahu capai kemudian mempengaruhi orang lain untuk turut sama memperlekehkan impian kita.
Hati-hati dengan orang sebegini, kerana mereka biasanya ahli keluarga kita sendiri, bahkan boleh jadi orang yang kita cintai.