iMotivasi

impianmu, inspirasiku…

Motivasi kerja – tip motivasi bagaimana untuk meminati kerja yang Anda tak minat langsung [bahagian dua]

Ada orang jadi minat pada kerja yang dia langsung tak minat sebab dia di cabar oleh orang lain.

Bukan setakat dicabar bahkan dihina, dicaci maki bahkan disumpat seranah.

Kemarahan yang terbit akibat dari dicaci, dihina tu bertukar menjadi motivasi yang amat kuat. Motivasi kerja camni memang power sebab kita desak diri kita bekerja kuat untuk membuktikan yang kita ni mampu untuk mencapai sesuatu pencapaian hebat.

Andai kata Anda rasa motivasi jenis gini sesuai buat diri Anda, teruskan. Saya panggil motivasi jenis camni sebagai ‘kemarahan positif‘. Kita melempiaskan kemarahan pada perbuatan positif, iaitu dengan berusaha keras membuktikan sesuatu.

Kita akan kerap berjumpa ngan orang-orang yang dengki pada kita atau memandang rendah pada keupayaan kita walaupun kita langsung tak kacau hidup dia. Orang camni kita tak boleh elak, ada kat mana-mana.

Andai Anda sedang melalui situasi yang sama dan Anda merasa tertekan sebab orang lain pandang rendah pada Anda kemudian Anda tertekan sebab Anda tak minat kerja Anda sekarang ni, tukar rasa ‘marah’ pada orang tu menjadi pendorong untuk Anda membuktikan padanya yang Anda ni pekerja rajin,bijak, produktif.

Buktikan yang Anda mampu capai apa yang orang sebelum ni tak pernah capai.

Buktikan Anda boleh buat perkara yang sebelum ni orang lain langsung tak pernah buat.

Bila Anda sudah berjaya membuktikan sesuatu, Anda sudah berjaya mencapai sesuatu, orang-orang sekeliling yang memandang rendah pada Anda akan jadi ‘diam’.

Ada juga yang akan terus bising, bercakap-cakap di belakang Anda. Hakikatnya, orang jenis begitu takkan pernah mencapai apa-apa kemajuan.

Biarkan saja mereka. Yang penting Anda.

Anda mesti teruskan usaha mencemerlangkan diri dalam kerjaya Anda sekarang ni. Bila Anda sudah menemui faktor pendorong seperti yang saya katakan tadi, Anda akan merasa bersemangat untuk bekerja.

Bila sudah bersemangat bekerja, segala cabaran, permasalahan, dugaan dan tekanan Anda dapat lalui dengan jayanya.

LiveStrong!

Motivasi kerja – tip motivasi bagaimana untuk meminati kerja yang Anda tak minat langsung

Masalah sesetengah orang adalah, mereka mendapat kerja yang mereka tak minat, langsung tak minat bahkan membuat mereka merasa kurang bersemangat simply sebab tak minat.

Masalah ni banyak berlaku terutama dalam diri fresh graduate yang baru saja masuk ke alam pekerjaan dan bagi orang yang baru berpindah kerja. Jika Anda mendapat kerja yang berlainan dari minat Anda dan Anda mahu tahu cara untuk membuat Anda minat pada kerja yang langsung Anda tak minat, berikut adalah tips motivasi untuk anda.

Kaji kerja tu, cari kebaikan-kebaikan yang ada di dalamnya.

Selidiki tugasan yang diberikan dengan rasa ingin tahu. Lama-kelamaan perasaan ingin tahu tu bertukar menjadi keseronokan mendalam yang amat mengasyikkan.

Tiap kali Anda melaksanakan tugasan kerja, Anda tidak akan rasa terbeban tapi rasa seronok sebab Anda mahu tahu perkara baru yang Anda akan jumpa nanti. Tiap kali bekerja, elak memikir kesusahan melaksanakan kerja.

Kaji, cari perkara-perkara baru yang Anda masih belum tahu kemudian perbaiki pengetahuan yang ada sudah pelajari dari rakan-rakan sekerja, bos, ketua mahupun dari ketua jabatan Anda.

Elak terlalu cepat berpuas hati dengan ilmu serta kemahiran kerja yang  sedia ada. Elak merasa diri sudah pandai. Belajar dan latih diri menggali perkara-perkara baru mengenai jawatan Anda, tak kiralah apapun ia.

Jika Anda terus menerus melakukan hal ni, motivasi kerja Anda akan timbul secara automatik, tak perlu dicari-cari lagi.

Kepenatan mental dari kerja

Alhamdulilah..berjumpa lagi kita di laman blog iMotivasi. Dalam ruang motivasi kerja hari ini, saya ceritakan sikit keadaan saya di sini.

Anda apa khabar?

Minggu ni saya agak kepenatan. Bukan penat fizikal, tapi penat mental.

Selepas waktu kerja, saya balik ke rumah, mengharugi kesesakan lalu lintas, bersesak-sesak di dalam bas lalu sampai di bilik tidur dengan penuh kelelahan. Rupanya penat mental dua kali ganda lebih hebat dia punya ‘cobaan’ dari penat fizikal.

Petang kemarin, saya tertidur dengan baju kerja masih tersarung di badan. Siap ngan stokin di kaki (penat punya pasal, stokin tak nak bukak, terus tertidur).

Bila bangun pagi tadi, dah dekat masuk waktu sembahyang Subuh. Saya dapati baju di badan saya masih lagi baju kerja kemarin! Apa sudah jadi? Diri saya jadi kurang terurus.

Makan malam tak sempat, mandi pun tak sempat. Inilah penangan kepenatan mental.

Memberi penghargaan buat diri sendiri sebagai pencetus motivasi kerja

Ada satu cara untuk membangkitkan motivasi kerja dalam diri Anda.

Apa dia? Memberi penghargaan buat diri sendiri.

Bila Anda berjaya menyelesaikan satu tugasan kerja dengan cukup hebat dan bagus sekali bahkan dipuji, itulah masa yang sesuai untuk Anda memberi penghargaan buat diri sendiri. Ambil masa seketika untuk melakukan hal ini.

Luangkan masa 1 minit atau 5 minit untuk memberi penghargaan buat diri Anda. Lakukan dengan membisikkan kata-kata di dalam hati khusus untuk diri anda. Misalnya:

“syabas, kau dah dapat selesaikan kerja yang bagus hari ini”. (kata-kata ditujukan buat diri sendiri)

“good job!” (sambil tersenyum bangga dengan pencapaian diri sendiri)

“wow! aku dapat buat kerja tadi tu ngan cukup baik!”. (kata-kata penghargaan buat diri sendiri)

“syabas! bagus kerja tadi. Aku rasa aku boleh buat ngan bagus lagi di lain kali”.

Penghargaan-penghargaan yang kecil sebegini memberi impak yang amat besar, terutama pada tahap motivasi Anda di tempat kerja.

Anda akan bersemangat melakukan kerja, bahkan merasa yakin Anda dapat melaksanakan apa saja tugasan kerja dengan cukup bagus sebab Anda dah merasai kehebatan Anda melaksanakan tugasan di masa lalu.

Minda kita ni bila kita dah melalui sesuatu, akan membuat kita merasa yakin untuk melakukan hal yang sama di lain kali, apatah lagi bila mendapat pujian dari kengkawan atau bos kita.

Kita akan bertambah-tambah yakin jadinya.

Sikap kawan di tempat kerja mempengaruhi tahap motivasi kerja kita

Kawan di tempat kerja boleh mempengaruhi tahap motivasi kerja.

Bila kita dekat dengan orang yang rajin, bersemangat serta suka dengan kerja yang dilakukannya, serta merta kita juga akan terjangkit tabiat yang sama. Kesannya, kita akan turut jadi bermotivasi seperti dia.

People see, people do.

Apabila kita selalu berada dekat dengan orang yang malas bekerja, melaksanakan tugasan seadanya dan kurang ada inisiatif untuk memajukan diri, kesannya kita akan turut terjangkit perkara yang sama. Kita akan selesa dengan sikap seperti dirinya, maka kita juga akan jadi malas bekerja, suka melaksanakan tugasan seadanya dan kurang ada inisiatif untuk memajukan diri dalam bidang kerja sekarang ini.

Untuk menikmati keseronokan bekerja, Anda perlu berkawan rapat dengan orang suka dengan kerjanya. Elakkan berkawan dengan orang yang selalu mengomplen-ngomplen pasal kerjanya, mengomel-ngomel dan menampakkan kemalasan sebab Anda akan terjangkit perkara yang sama. Sampai bila pun Anda tak akan dapat merasai motivasi kerja.

Sikap orang lain boleh mempengaruhi kita tanpa kita sedari. Nak cemerlang dalam bekerja, kita kena dekat-dekatkan diri dengan orang yang cemerlang sikapnya, yang ada motivasi kerja. Barulah kita merasa ada dorongan motivasi ketika bekerja sebab kita nampak kawan kita sendiri bersemangat bekerja di depan mata kita.