• Download Free eBook 7 Muka Surat| 18 Comments

    Anda dah boleh download eBook 7 Muka Surat .
    Ia bukan laporan khas atau pakej eBook, cuma eBook mini free untuk Anda. Buat edisi pertama, saya perkenalkan diri dan iMotivasi. Sebab, saban hari ramai pembaca baru masuk ke sini.
    Print eBook 7 Muka Surat lalu berikan pada sesiapa saja. Kandungan dalam ebook 7 Muka Surat berlainan dari [...]

  • Email| 3 Comments

    Jujur dari hati saya minta maaf, personally sebab tak dapat membalas setiap satu email dihantar pada saya. Walaupun saya jarang online, inbox email saya di imotivasi@gmail.com tetap menerima 20-30 email pembaca setiap hari.
    Hari banyak ketika hari Isnin hingga Jumaat, biasanya dua kali ganda lebih banyak ketika hari Sabtu dan Ahad.
    Antara isi kandungan email [...]

  • 7 Muka Surat| 17 Comments

    Berita baik pada pembaca setia iMotivasi.
    Baru-baru ini saya selesai menyiapkan eBook 7MukaSurat. Saya pilih nama itu sebab eBook mini yang saya tulis ni hanya ada 7 muka surat , mengandungi panduan-panduan motivasi untuk kita merubah diri bermula dari saat bangun pagi.
    eBook 7MukaSurat adalah jawapan kepada permintaan ramai pembaca iMotivasi, khususnya pembaca yang meminta eBook percuma [...]

  • Dua Situasi Yang Mencabar Fikiran Positif| 20 Comments

    Bagi Anda yang telah berjaya membentuk diri sendiri membina sikap positif, tindakan positif dan fikiran positif, tahniah diucapkan. Terus positif!
    Untuk kekal positif, terlebih dahulu kita perlu tahu bagaimana dan situasi apa yang akan kita hadapi nanti. Orang yang berfikiran positif sentiasa berdepan dengan banyak cabaran kerana setiap hari akan berjumpa banyak situasi yang kadangkala menyebabkan [...]

  • Terima Kasih Atas Segalanya Biar Selalu| 15 Comments

    Ramai dari kita anggap duit gaji, kereta, rumah, jodoh dan dapat memenuhi keperluan biologi adalah rezeki. Tapi, kita lupa pada perkara lain yang sebenarnya juga adalah rezeki.
    Kita lupa jiran-jiran kita, tempat kerja, komputer yang kita gunakan, air yang setiap pagi bertugas menyegarkan kita, supermarket tempat kita membeli-belah, juga katil yang bertugas merehatkan tubuh kita selepas [...]

  • Syukur Dengan Perbuatan| 7 Comments

    Pernah tak Anda melihat orang kaya rajin menderma pada rumah-rumah kebajikan dan badan-badan amal? Sebab apa dia buat begitu?
    Itu adalah tanda kesyukurannya pada nikmat-nikmat pemberian Tuhan. Dia menganggap dia dijadikan kaya kerana Tuhan mahu menyalurkan kekayaan kepada orang-orang disekeliling dirinya yang kurang mampu dan masih hidup sederhana.
    Untuk melahirkan rasa bersyukur di atas kekayaan mereka, mereka [...]

  • Kata-kata Motivasi 28| 6 Comments

    Firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat ke 31 yang bermaksud…
    "Dan Allah mengajar kepada Adam nama (benda-benda) keseluruhannya kemudian mengemukakannya kepada para malaikat".
    Sebelum Nabi Adam dilantik menjadi khalifah di muka bumi, baginda telah diajar dengan pelbagai ilmu terlebih dahulu. Tugas sebagai seorang khalifah amat berat, memerlukan persediaan mental sebelum menggalas tanggungjawab yang diberikan. Jika tanpa [...]

  • Syukur Dengan Hati| 7 Comments

    Kategori syukur ada 3 kategori. Syukur dengan hati, lidah dan anggota. Syukur dengan hati adalah dengan mengucap syukur kepada Tuhan diam-diam di dalam hati, tanpa melibatkan kata-kata atau nada lafaz suara dengan nada berbisik.
    Syukur dengan hati boleh dilakukan bila-bila masa di kala Anda sedang memerhati sesuatu, berfikir atau sedang bercakap dengan seseorang.
    Syukur adalah sebagai rasa [...]

  • Misi Baru| 3 Comments

    Kini iMotivasi berhijrah ke level baru dengan misi baru. Selepas penyucian rohani pada Ramadhan lalu, kesedaran timbul untuk membangunkan anak bangsa, menunjukkan mereka jalan kepada perubahan diri. iMotivasi lebih dari sekadar sebuah blog biasa.
    Walaupun perjuangan mendidik anak bangsa melalui Internet bukan sesuatu yang mudah, namun ia boleh dilakukan secara bertahap. Untuk itu, blog iMotivasi [...]

  • Kurang Bagus| 3 Comments

    Usah merasa diri kita lebih bagus dari orang lain. Kenapa ya? Sebab kita akan terdorong menjadi orang temberang yang suka menunjuk-nunjuk. Bila kita dah suka menunjuk, orang di sekeliling akan mula menjauh, kita jadi kurang disenangi.
    Selain itu, usah merasa diri kita lebih bagus sebab Allah akan menemukan kita dengan orang yang lebih bagus dari kita.
    Misalnya, [...]

  • Kata-kata Motivasi 27| Leave a Comment

    "Teguran membina adalah teguran yang pedas. Teguran meruntuh adalah teguran yang memuji".
    Kawan yang sebenar-benar kawan adalah yang berterus terang, walaupun apa yang terucap dari kata-katanya pahit, kasar dan pedas. Kita harus mengaku, sebagai manusia kita tak suka dengar keburukan diri sendiri, tapi lebih suka dengar kehebatan kita, lebih-lebih lagi bila dipuji orang lain.
    Kita tak tahu [...]

  • Manusia Berjaya| 10 Comments

    Apa maksud manusia berjaya? Manusia berjaya adalah mereka yang mempunyai wawasan atau visi masa depan. Hidup mereka ada matlamat, ada cita-cita.
    Cemana pula jika kita tak ada matlamat? Adakah kita bukan manusia berjaya? Bukan manusia berjaya, tapi masih belum berjaya atau berada jauh dari kejayaan.
    Manusia berjaya mempunyai cita-cita tinggi. Mereka mampu melihat jauh ke hadapan dalam [...]

  • Kata-kata Motivasi 26| 13 Comments

    Dr Tuah Iskandar berkata, "mempercayai diri Anda lemah sebelum terbukti Anda benar-benar lemah adalah kelemahan Anda yang paling lemah".
    Kita adalah apa yang kita fikirkan. Jika kita fikir yang kita ni lemah, tak boleh buat dan tak ada potensi, maka itulah yang akan kita jadi.
    Apa yang ada di fikiran dan yang selalu kita fikir berulang kali, [...]

  • Kata-kata Motivasi 25| 2 Comments

    Dr Fadzilah Kamsah berkata, "usah asyik salahkan orang lain, tapi gali di mana kekurangan diri"
    Seringkali bila terjadi sesuatu perbalahan kecil di antara kita dan rakan sekerja, kita dengan kawan-kawan, dengan adik beradik atau dengan ibu bapa, kita terbiasa menyalahkan mereka, sebab ketika itu kita tak puas hati.
    Pada mata kita, jika mereka tak buat salah, tentu [...]

  • Cara Lawan Sikap Panas Baran| 1 Comment

    Orang yang panas baran , jadi cepat marah sebab dia tak terbiasa untuk bersabar. Sabar baginya satu perkara remah. Ego dalam dirinya tercabar, sebab itu dia cepat naik angin. Jadi panas berapi.
    Ego adalah sebahagian dari nafsu. Untuk melawan nafsu, hanya dengan puasa dan bersabar. Bersabar, jika dikaji maksud sebenarnya adalah ‘menahan diri’. Puasa pula, menahan [...]

  • Raya Kedua| Leave a Comment

    Raya kedua agak tenang sedikit. Setelah saya bertanya pada beberapa orang pembaca, mereka memberi cadangan biarlan iMotivasi memfokus sepenuhnya pada artikel-artikel motivasi, kurang memaparkan kisah realiti penulis blognya sebab fokus akan lari. Fikir punya fikir, betul juga.
    Blog lama saya di Blogspot.com masih ada, masih berfungsi seperti biasa. Oleh kerana domain name blog itu menggunakan nama [...]

  • Latih Diri Kaya Idea| 1 Comment

    Kekadang ada orang yang tak suka membaca, tapi kaya benar dengan idea . Idea adalah buah fikiran, pendapat atau ilham yang terbit dari sesuatu.
    Bagaimana nak melatih diri kaya idea walaupun kurang membaca dan kurang berfikir? Tekniknya, lihat orang yang jauh lebih susah daripada Anda. Lihat saja dulu, tanpa fikir apa-apa atau cakap apa-apa [...]

  • Raya Pertama| 6 Comments

    Kisah raya saya kali ni cukup penuh dengan kesibukan. Malam raya tu, kami serumah tidur lewat sebab masih sibuk menyiapkan kerja-kerja rumah. Kami adik beradik tak dapat nak siapkan kerja awal-awal sebab kami berganti-ganti menjaga anak buah kami yang cukup aktif!
    Tahun ni saya, bapa ngan adik-adik lelaki beraya di pulau, kampung halaman bapa, mak dan [...]

  • Bahagiakan Pagi Raya Anda Dengan 7 Petua| 9 Comments

    Bagaimana nak bahagia dan bersemangat di pagi raya? Ikuti 7 petua di bawah…
    1. Pada malam raya, ucap syukur dan wujudkan rasa berterima kasih pada Allah kerana Anda masih sempat merayakan Aidilfitri tahun ini. Pada pagi raya, niat dalam hati Anda mahu hari itu hari yang gembira buat Anda.
    2. Sebelum ke masjid, minta maaf pada ibu [...]

  • Artikel Motivasi Terbit Seperti Biasa| 2 Comments

    Walaupun rakan-rakan blogger saya hampir kesemuanya bercuti raya, namun iMotivasi tetap akan menerbitkan artikel-artikel motivasi seperti biasa. Kami mendoakan kebahagiaan Anda di hari raya mulia ini.
    Sebab, kebahagiaan Anda adalah kebahagiaan kami. Saat Anda jadi bersemangat, itulah penyuntik semangat buat kami juga. Eh, siapa pula kami yang saya sebutkan?
    Tak ada sesiapa, cuma saya dan blog iMotivasi. [...]

  • Hantar Ulasan Buku Motivasi Anda Ke iMotivasi| 2 Comments

    Berita baik. Saya dan blog iMotivasi membuka ruang pada rakan-rakan, mana-mana penulis blog dan pembaca iMotivasi untuk menghantar ulasan buku-buku motivasi yang telah Anda baca atau yang ada Anda miliki.
    iMotivasi amat berbesar hati menerima ulasan-ulasan buku motivasi terkini daripada Anda, terutama jika Anda salah seorang dari pembaca tetap iMotivasi. Ulasan buku motivasi Inggeris juga diterima, [...]

  • Mengapa Anda Huruf A Ditulis Besar| 5 Comments

    Sejak saya mula menulis blog dari Mac 2007, saya menulis perkataan Anda dengan huruf kecil lalu menjadi "anda" seperti yang ada di majalah, artikel, blog, suratkhabar, risalah atau makalah.
    Tulisan saya berubah selepas baca buku The Secret lebih dari dua kali. Antara banyak-banyak buku motivasi yang ada dalam koleksi saya, The Secret adalah satu-satunya buku dibaca [...]

« Previous PageNext Page »