iMotivasi

impianmu, inspirasiku…

Motivasi diri – jadilah diri Anda sendiri bukan menjadi seperti orang lain

Soalan paling kerap ditanya pada saya:

“cemana awak dapat jumlah subscribers yang begitu ramai sedangkan blog awak blog motivasi saja?”

Jawapannya, tulislah sesuatu terus dari hati.

Be personal, be what you are!

Andai kata kita ada peluang berkawan di alam sebenar, Anda akan dapati saya adalah lelaki pendiam yang cuma tahu banyak pasal buku, suka membaca novel, minat pada komputer dan perisian.

Dua sukan yang saya tahu bermain dengan baik hanyalah berbasikal dan renang. Apa saja sukan yang melibatkan bola, konpom saya kurang mahir punya.

Well, thats me!

Saya cuba mengikuti gaya lelaki lain tapi tak boleh, tak menjadi, membuat saya tidak selesa. Saya terima diri saya sebagai seorang ‘nerd‘ – kurang bergaul, kurang bercakap dan lebih banyak meluangkan masa bersama komputer berbanding manusia biasa.

Di sebabkan itu, saya tekad memperbaiki diri.

Sekarang saya masih lagi seorang nerd, tapi semakin mahir menyesuaikan diri dengan keadaan, situasi, orang sekeliling dan topik perbualan dibincangkan, tanpa perlu berbohong untuk menampakkan saya lebih pandai, saya ini lebih banyak tahu (dan buat-buat tahu!).

Ingatlah, tonjolkan diri Anda, bakat Anda, kelainan Anda, kerana di situ ada kekuatan tersembunyi yang akhirnya membuat Anda jauh lebih maju dari orang lain di sekeliling Anda.

Just be what you are, not what your friends are.

SempoiHosting.com – sempoi + sporting

Kami menggunakan hosting dari SempoiHosting.com.

Sepatutnya akaun hosting kami sudah di ‘banned’ sejak 14 Julai lagi sebab akaun iMotivasi telah tamat tempoh pada hari itu.

Yang herannya, blog iMotivasi tetap ada walaupun akaun hosting kena diperbaharui.

Jika tanah adalah tapak untuk sebuah rumah berdiri, ruang hosting adalah tapak untuk sebuah blog berdiri, membesar dan terus membesar (er, maksud saya, dari segi kandungan artikelnya).

Terima kasih pada SempoiHosting kerana membenarkan blog ini ‘up on air’. Thank You!

Kami di iMotivasi amat merekemenkan perhidmatan hosting dari Sempoihosting.com, sebab selama berurusan dengan mereka, layanan pada pertanyaan kami amat memuaskan, selain perkhidmatan sebagus penyedia hosting lain.

Laman web SempoiHosting adalah di http://www.SempoiHosting.com

Beramai lebih baik

Syukur alhamdulillah saya masih di beri peluang untuk berblog. Saya amat bersyukur kerana selama ni,  iMotivasi tidak di ‘block’ oleh mana-mana organisasi kerajaan.

Dalam pada itu juga saya mendapat banyak respon positif melalui email, meminta supaya artikel-artikel dalam blog iMotivasi di perbaharui dari semasa ke semasa. Well, actually we were working on it!

Seorang saja tak cukup, mujur ada beberapa orang rakan yang boleh membantu. Berdua lebih baik, two heads are better than one! Bagaimana dengan beramai-ramai? Sudah tentu itu dua kali ganda lebih baik!

Pakar motivasi – beza dengan blogger motivasi

Post kali ini adalah sebagai respon saya kepada nota rakan baik saya, saudara Osman Affan di Facebook Notes beliau.

Selama ini, selama mengendalikan sebuah blog motivasi, saya tidak pernah memanggil diri saya sebagai motivator, pakar motivasi mahupun panggilan lain serupa dengannya.

Saya banyak menggelar diri saya sebagai blogger motivasi, yakni orang yang mencari artikel-artikel motivasi, mengolahnya semula lalu memaparkan artikel-artikel motivasi itu di sebuah blog.

Nak menjadi seorang pakar motivasi,rasanya saya kurang layak, sama ada dari segi akademik mahupun dari segi pencapaian hidup. Saya masih muda!

Ketahuilah saya juga seperti Anda, orang yang suka membaca artikel-artikel motivasi. Sangat suka, hingga menyebabkan saya banyak membeli lalu membaca beratus buku-buku motivasi.

Lama-lama kelamaan minat membaca buku motivasi bertukar menjadi minat menulis artikel-artikel motivasi lalu menerbitkannya di sebuah blog untuk bacaan secara percuma.

Kemudian saya mendapati blog tempat saya menerbitkan artikel tu mendapat puluhan pengujung yang selalu membaca artikel-artikel motivasi kendalian saya.

Dari puluhan orang, jumlahnya bertukar menjadi beratus.

Dari beratus, jumlahnya bertukar menjadi ribu.

Untuk membaca Facebook Notes tulisan saudara Osman Affan, klik link berikut:

http://www.facebook.com/notes/osman-affan/nota-buat-trainer-mengapa-motivator-tidak-menggelarkan-diri-mereka-motivator/141737065842646

Yang hujan turun lagi

Dalam minggu ni Kota Kinabalu asyik basah dengan hujan lebat terutama di waktu petang. Hujan tidak memberi masalah pada saya, kerana pada tanggapan saya hujan cuma hujan, yakni air.

Tatkala berjalan menuju ke rumah dalam suasana hujan, kita boleh melihat berbagai reaksi berbeza pada wajah ramai orang. Ada yang tak suka hujan turun, ada yang redha, ada yang bersyukur. Begitulah kita ni, langsung tidak pernah puas dengan apa yang ada.

Manusia dikurniai nafsu, keinginan untuk memiliki lalu menikmati sesuatu. Oleh kerana kita ada keinginan untuk mahu memiliki dan menikmati sesuatu, kesannya kita tidak pernah merasa puas.