iMotivasi

impianmu, inspirasiku…

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-53 – juara Qari dan Qariah

Johan Qari untuk pada acara Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-53 adalah peserta Wilayah Persekutuan, Wan Ainuddin Abdullah, berumur 28 tahun. Johan Qariah pula adalah peserta dari Johor, Nor Azrah Ayub, 32 tahun.

Pada tahun 2010, Sabah kali ketiga menjadi tuan rumah pada acara Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan selepas tahun 1989 dan 2000. Peserta Qari dan qariah dari Sabah tidak berjaya menggondol tempat juara atau naib juara.

Masuk ke jam 10 malam, pengunjung Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-53 semakin kurang sebab perlawanan live piala dunia di antara pasukan Jerman dan Argentina sudah bermula.

Andai kata tidak ada perlawanan bola sepak Piala Dunia, ramai pengunjung pasti akan bertahan hingga ke jam 11 malam.

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali ke-53 – suasana majlis penutup

Suasana di ruang legar Wisma MUIS semakin sesak bermula selepas Isyak.

Acara penutupan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-53 (2010) baru saja bermula sebentar tadi.

Hadirin menyanyikan lagu Kebangsaan, lagu Negeri Sabah di iringi paluan muzik pancaragam tentera.

Selepas itu pula hadirin masih berdiri apabila mendengar alunan lagu Asmaul Husna nyanyian anak-anak muda berbaju Melayu biru. Tersenyum sakan beberapa orang daripada mereka, bangga!.

Selepas itu, hadirin dihiburkan dengan nyanyian lagu nasyid.

Mengapa kumpulan nasyid kontemporari seperti Raihan, Rabbani, InTeam atau Hijjaz tidak di undang untuk memberi persembahan? Lagu-lagu mereka lebih sedap serta lebih selesa di dengar sebab selalu berkumandang.

Petang tadi bandaraya Kota Kinabalu di simbahi hujan lebat lebih kurang jam 3 petang. Beberapa kawasan di landa banjir kilat terutama di kawasan pusat bandar, Inanam, Likas.

Ramai sungguh pengunjung membanjiri acara penutup Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-53. Terlihat beberapa gerai pameran Jabatan-jabatan kerajaan Negeri Sabah sudah tutup awal, mungkin kerana kakitangan berkenaan tidak mahu terlepas peluang untuk masuk ke Dewan Saadah. Beberapa gerai makanan sesak di serang pelanggan yang mahu menjamu selera dari Maghrib tadi.

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-53 meninggalkan kenangan tersendiri buat penduduk di sekitar kota Kinabalu. Dulu Sabah pernah menjadi tuan rumah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan tapi ketika itu musabaqah di langsungkan di stadium Likas. Baru kali ni saya sempat merasa cemana meriahnya Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan secara  ‘live and unedited’.

Ruang duduk di dalam Dewan Saadah agak sempit kerana dewan itu hanya mampu memuatkan kapasiti kecil. Mungkin terhad dalam lingkungan 2000-3000 orang saja. Dari cakap-cakap orang di sekeliling saya, mereka agak kecewa sebab musabaqah kali ni di adakan dalam sebuah dewan kecil.

Ramai pengunjung memasuki Dewan Saadah sebelum waktu Maghrb lagi hanya kerana mahukan tempat duduk untuk acara ‘live’ penutupan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke-53.

Peluang sebegini mungkin hanya ada 10 tahun sekali!

Di ruang legar, pihak pengurusan Wisma MUIS menyediakan 3 projektor dengan layar skrin besar untuk tontonan pengunjung. Selain tu ada disediakan tv kecil berdekatan pintu masuk dewan.

Tempat duduk disediakan percuma. Ketika artikel ini ditulis saya melihat kesemua kerusi itu penuh di duduki pengunjung. Tak dapat masuk ke Dewan Saadah, duduk di luar melihat skrin besar pun dah cukup puas hati.

Pengujung di berikan makanan percuma.

Mereka cuma perlu mengambil kupon makanan kemudian mengambil bakul makanan dari zon-zon yang disediakan. Makanan percuma ni di berikan oleh syarikat-syarikat swasta beroperasi di sekitar Kota Kinabalu. Ada dari syarikat katering, syarikat perkhidmatan bas dan syarikat perabot.

Wartawan tak kurang sibuknya.

Kelihatan beberapa orang wartawan media duduk di dalam dewan sambil sibuk menaip menggunakan laptop masing-masing. Ada yang sibuk mencatat. Pintu masuk dewan menjadi sempit apabila ramai orang berdiri lama di situ menyaksikan persembahan.

Saya dan kawan-kawan memang sudah menjangka kesesakan pengunjung pada malam penutup Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-53 malam ini.

Walaupun merasa tidak selesa di landa kepanasan dan kepenatan, kami amat berpuas hati sebab kami sempat menyusup masuk pada malam pembukaan ketika Nazrey Johani memberikan persembahan. Berdiri bulu roma mendengar suaranya.

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke 53 (2010) – malam penutup

Pada saat artkel ini ditulis, hari ini adalah hari terakhir Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Kebangsaan kali ke 53 (2010) berlangsung di Dewan Saadah, Wisma MUIS Kota Kinabalu.

Saya meluangkan masa seharian bersama bapa dan adik bongsu berjalan di sekitar Kota Kinabalu. Dah lama tak berjalan begini lama, penatnya luar biasa.

Malam ini adalah malam penutupan. Seawal Maghrib, ruang legar bangunan Wisma MUIS sudah sesak dengan pengunjung. Masing-masing datang dengan kecerian terpamer di wajah.

Yang bujang melirik-lirik mencari bakal pasangan, lelak yang sudah berpunya berkira-kira mahu menambah satu lagi ‘cawangan’. Suasana menjadi seperti Aidilfitri Pertama!

Kita akan tahu siapa dia Juara Qari dan Juara Qariah dalam Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ini.

Qari dari Sabah, Haji Abdullah adalah rakan bapa saya, bertugas menjadi guru (ustaz) di SK Tanjung Kapor, Semporna, Sabah. Dia masih bujang dan lahir pada tahun 1978. Jika Anda baru sampai di blog iMotivasi ini, saya sebenarnya berasal dari Semporna, Sabah. Bapa saya masih bertugas menjadi guru di sekolah yang saya sebutkan tadi.

Dalam kesesakan ramai orang berkunjung ke Majlis Tilawah Al-Quran ni, saya terlihat tiga orang blogger wanita membuka laptop lalu mengupdate blog masing-masing. Ketiga-tiganya manis bertudung (saya tak sempat menyapa mereka), mungkin dari Semenanjung. Mereka terlalu sibuk menaip hingga tak sedar saya dah lama memerhatikan mereka dari kejauhan.

Satu perkara yang paling saya ingati, ketiga-tiga mereka mengupdate blog menggunakan platform Google Blogger. Sembil duduk berdekatan, mereka sempat berkongsi video melalui kamera digital dibawa oleh salah seorang daripada mereka. Inilah kali pertama saya melihat blogger membuat liputan ‘live’ untuk Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan.

Niat di hati mahu masuk ke Dewan Saadah, tapi kesesakan pengujung di dalamnya menghalang niat saya. Fikiran saya asyk memikirkan mengenai 3 orang blogger wanita yang saya lihat itu.

Mungkin untuk tahun depan, kita akan dapat membaca liputan dan melihat video terkini Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan dari sebuah blog!

Majlis Tilawah Quran 2010

Saya mengemaskini laman blog iMotivasi dari kemeriahan Majlis Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan, berlangsung dari 29 Jun 2010 hingga 3 Julai di Dewan Saadah, Wisma MUIS Kota Kinabalu.

Hari pertama MTQ (Majlis Tilawah Quran) amat sesak dengan orang ramai.Syahdu sungguh hati saya mendengar bacaan Quran. Sungguh menenangkan kalbu.

Upgrade ke versi 3.0

Wordpress sudah di upgrade ke versi 3.0.

Nampaknya iMotivasi akan melalui proses upgrading sekali lagi sebab blog ini menggunakan Wordpress sebagai perisian untuk sistem pengurusan kandungan maklumat (Content Management System – CMS)

Saya dan rakan-rakan berdoa moga proses kali ini lebih lancar dari yang sebelumnya.

Dulu kami melakukan proses upgrade di samping melaksanakan kerja lain. Kami buat dua kerja sekali dalam masa yang sama.

Akibatnya fokus bercelaru, mengakibatkan proses upgrade menjadi lambat sebab kami melakukan itu sedikit, ini sedikit secara berganti-ganti.

Dari situasi itulah kami belajar sesuatu.

Melakukan satu perkara dalam satu masa adalah lebih baik dari melakukan dua perkara dalam satu masa.

Fokus lebih bagus, kualiti kerja pun menjadi bagus.

Begitu jugalah dengan usaha kita.

Bila kita fokus pada satu perkara pada satu masa, hasilnya juga menjadi lebih bagus.