iMotivasi

impianmu, inspirasiku…

Biru muka depan blogku

Cemana ngan rupa design yang baru ni? Reka bentuk sebegini agak simple, cuma ada 3 kaler – biru, kelabu ngan putih. Less is more!

Apa pendapat Anda tentang design ni? Lebih menyelesakan mata atau lebih menyesakkan mata?

Yang pasti, proses loadingnya jadi lebih cepat berbanding design yang dulu. Ramai pembaca imotivasi sukakan warna putih sebagai warna latar belakang – senang nak baca, macam kita baca buku.

Kaler biru saya pilih sebab ia lambang ketenangan. Ketenangan membuat kita cemerlang.

Biru adalah warna kegemaran saya sebelum saya serasi dengan warna kuning. Dalam hidup saya, saya banyak dikelilingi oleh warna biru, terutama warna Navy Blue. Saya minat kuning sebab itu warna fevret Dr Tuah, selain warna wajib bagi sesiapa yang aktif di dalam Lance Armstrong Foundation.

Tak semestinya warna keminatan saya menjadi penyebab Anda kena ikut rentak saya. Kan? jadi, saya meminta Anda untuk memberi pendapat tentang tema blog iMotivasi ni. Tema ni masih fresh lagi, saya masih belum ubah apa-apa kod CSS yang terkandung di dalam folder hostingnya.

Dalam kesempatan ni, saya mengucap ribuan terima kasih pada rakan di SempoiHosting.com kerana telah membelanja ruang tambahan sebanyak 1GB pada bandwidth blog iMotivasi. Kemarin, apabila muka depan iMotivasi di buka, Anda akan nampak laman ‘blank’ saja tanpa apa-apa isi. Bandwidth pada sebuah blog samalah seperti sebuah jalan raya.

Jika bandwidth sampai ke tahap maksima, itu samalah dengan jalan raya yang jem sebab sesak dengan kereta yang tak ketentuan arahnya. Tiap kali Anda nak lalu kat jalan tu, tak ada ruang sebab jalan jem, nak meyisip-nyisip pun tak boleh sebab sempit. Akibatnya, Anda tak sampai ke destinasi yang mahu dituju.

Begitulah dengan bandwidth mana-mana blog yang ada di internet. Hosting adalah ‘tapak tanah’ untuk blog wujud di internet manakala bandwidth adalah jalan untuk sesiapa saja datang berkunjung ke blog. Lebih besar jumlah bandwidth, lebih luas ‘jalan raya’ masuk ke blog tu.

Moga Anda faham dengan penerangan ini.

Cemana ngan design ni? Adakah Anda setuju kita pilih design ni sebagai design utama? Jika Anda kurang berkenan, saya akan tukar ke design lain dulu, pastu minta pendapat Anda.

Respon Anda: adakah iklan menganggu Anda?

Muka depan iMotivasi ada dua iklan, iaitu iklan dalam format flash dari Nuffnang. Satu iklan kat sebelah kanan, satu lagi iklan kedudukannya selepas artikel pertama di muka hadapan.

Soalan saya, adakah iklan-iklan ni menggangu pembacaan Anda?

Respon Anda penting untuk saya menambah baik blog iMotivasi terutama dari kelajuan proses ‘loading’ dan memperbaiki tahap keselesaan Anda ketika sedang membaca artikel-artikel motivasi kat sini. Jika Anda merasa kurang selesa dengan kehadiran iklan-iklan bergerak ni, beritahu kami ya.

Relevan tak jika iklan-iklan tu buang lalu digantikan dengan iklan berkaitan, misalnya iklan-iklan eBook motivasi?

Sebab, saya perasan iklan-iklan tu kurang berkaitan dengan kandungan artikel. Mari kita bincang, moga pendapat Anda dapat membantu saya dan rakan-rakan menambah baik mutu kandungan iMotivasi.

Kitorang tak nak amik untung dari iklan-iklan eBook motivasi, cuma nak mencadangkan produk yang sesuai dengan Anda, iaitu pembaca artikel-artikel motivasi. Kami berkira-kira mahu memaparkan iklan buku-buku dari StormReaders kat blog ni.

OK tak?

Respon Anda: Laju atau lambat loading blog ni?

Saya nak tanya pada Anda, cepat ke lambat proses loading blog ni time Anda bukak di komputer Anda? Kat sini saya cuma leh try dari siber cafe aje. Buat masa ni, proses loadingnya memuaskan.

Yang ni saya try kat kawasan Kota Kinabalu, saya nak tau respon Anda di kawasan-kawasan lain, misalnya kat KL ke, Kota Bharu ke, Alor Setar ke atau dari Kaherah sekalipun.

Saya faham, blog ni ramai pembaca senyap. Ada yang dari UK, New York, Brisbane, Filifina, Brunei selain dari ruang internet Malaysia.

Laju ke lambat blog ni keluar di skrin komputer Anda?

Secara purata, ia mengambil masa 5-7 saat untuk paparan penuh tapi ia bergantung pada setting komputer Anda dan kelajuan internet Anda. Sesetengah komputer yang menggunakan Windows Vista di set untuk menghalang imej flash dari terkeluar, di mana ia melambatkan proses loading.

Ha..siapa nak start dulu bagi respon?

Respon Anda: Buku motivasi apa yang pernah Anda baca sampai habis?

Dalam artikel kali ini, saya ingin bertanya 3 soalan:

1. Apa tajuk buku motivasi yang Anda pernah baca sampai habis dan siapa nama penulisnya? Sehingga ke hari ini, dah berapa buah buku motivasi yang Anda pernah baca sampai habis? Haaa…jawap, jawap!

2. Buku motivasi mana yang Anda suka baca – Melayu atau Inggeris?

3. Setujukah Anda bila saya kata buku-buku motivasi Melayu di Malaysia masih sedikit?

3 soalan ni tujuannya supaya saya tahu apa yang Anda mahu.

Kebanyakan dari kita mahu membaca artikel-artikel motivasi dalam berbagai tajuk. Dengan bertanya soalan-soalan pada Anda, saya dapat kenal pasti citarasa Anda juga gaya pembacaan Anda.

Sebuah blog motivasi berbeza sekali dengan buku motivasi kerana di blog motivasi, penulis artikel motivasi boleh berinteraksi terus dengan setiap rang pembaca-pembacanya, seperti interaksi di antara saya dengan Anda sekarang ini. Dengan kemudahan internet, kita boleh berbincang dan bertukar-tukar pendapat dalam masa yang singkat kurang dari sehari.

Oleh kerana saya yang bertanya, saya kena bagi contoh supaya Anda senang nak faham. Ada banyak buku motivasi yang saya dah baca sampai habis, jumlahnya dah masuk 300 buah, lum kira berapa jumlah yang tepat. Setiap minggu saya habis membaca 2 buah buku, satu buku motivasi dan satu lagi buku bisnes. Kekadang kedua-duanya buku motivasi.

Sebenarnya saya lagi suka baca buku motivasi berbahasa Melayu terutama buku motivasi Dr Tuah Iskandar dan buku motivasi Dr. Danial Zainal Abidin. Pakar motivasi kita pun hebat apa, setanding pakar motivasi Barat.

Saya suka pakar motivasi kita sebab pendekatan pakar motivasi Melayu lebih mengarah kepada motivasi berteraskan perspektif Islam, lebih-lebih lagi ramai di kalangan kita tercari-cari bahan bacaan motivasi dalam bahasa Melayu bersandarkan gaya hidup seorang Melayu yang beragama Islam.

Pada pandangan saya, buku-buku motivasi kita masih sedikit kerana bilangan penulis-penulis buku motivasi kita bilangannya masih amat sedikit. Dalam setahun, buku motivasi Melayu yang baru terbit bilangannya boleh dikira.

Sedangkan kat kedai-kedai buku setiap minggu ada saja buku motivasi Inggeris baru terbit dijual untuk bacaan umum. Saya takut lama kelamaan orang kita lebih mengangkat motivasi barat, bukan motivasi dari orang Malaysia sendiri.