• Kata-kata Motivasi #2| 1 Comment

    “When Love And Skill Works Together, They Will Produce A Golden Masterpiece” (John Ruskin)
    Kata-kata motivasi kali ni lebih kepada keseronokan bekerja.
    Bila love, passion dan keseronokan digabung bersama kemahiran, maka apa jua yang terhasil pasti berkualiti. Itulah yang dimaksudkan dengan perkataan “Golden Masterpiece”.
    Personally, passion saya adalah pada motivasi. Saya jadi cukup teruja, gembira dan melompat keriangan [...]

  • Petua Untuk Terus Kekal Bertenaga| 1 Comment

    Kita seringkali cepat penat, mengantuk dan kurang bertenaga tiap kali sedang belajar, bekerja atau membaca.
    Kesannya, pergerakan kita lambat, kurang produktif dan paling teruk, kurang semangat!
    Saya kongsikan 3 petua bagaimana untuk terus kekal bertenaga dari pagi sampai ke malam. Pertama, pastikan Anda selalu bersenam.
    Senaman ringan sudah memadai untuk melancarkan perjalanan darah. Jenis senaman yang saya [...]

  • Pekerja Kontrak Yang Bersemangat| Leave a Comment

    Salam pembaca iMotivasi, moga Anda memulakan hari ini dengan penuh semangat!
    Ketika berbasikal tiap hari ke tempat kerja, saya berjumpa dengan bermacam ragam orang. Melihat perilaku mereka membuat saya sering berfikir kenapa, sebab apa, mengapa dan bagaimana.
    Satu yang pasti mereka, mereka ada pekerjaan masing-masing dan sesuatu yang mereka usahakan. Di ini saya ternampak motivasi tersirat dalam [...]

  • Tahu Apa Yang Perlu Ditahu| 2 Comments

    Dalam usaha memburu kejayaan dan di kala kita perlu perform pada high level, seakan banyak yang perlu kita tahu. Bagaikan semuanya kita mesti tahu..kita terdesak nak tahu semuanya dalam masa singkat.
    Namun, kita perlu tahu dulu apa yang kita mahu tahu. Tahu yang perlu saja. Maksud saya, kita hanya gali ilmu tentang apa yang yang kita [...]

  • Harapan| 3 Comments

    Salam pembaca iMotivasi, kali ini saya mencoret sedikit catatan di ruang realiti.
    Jumaat lalu saya berjumpa doktor untuk scan kepala lutut. Cuma ada 2% kadar penyembuhan dari minggu lepas . Ligamen yang terkeluar di belakang lutut tu dah kurang membengkak, walaupun sakitnya masih membuat saya selalu mengalirkan air mata.
    Dalam tiga minggu lagi, lutut saya dijangka sembuh [...]

  • Bertenang Lebih Baik Dari Tertekan| 13 Comments

    Sebaik-baik cara untuk menangani stress adalah dengan bertenang. Sebab, dengan bertenang, minda dapat bekerja dengan lebih baik dan lebih efektif.
    Bila stress, fikiran menjadi buntu, bingung dan keliru. Anda takkan tahu apa yang perlu di lakukan.
    Kesannya, Anda cenderung melakukan kesilapan, lebih teruk lagi, melakukan kesalahan yang Anda kesali seumur hidup.
    Cemana nak bertenang? Anda hanya perlu mengawal [...]

  • Tak Ke Mana Menghilang| Leave a Comment

    Salam pembaca iMotivasi, moga makin bersemangat hari ni.
    Beberapa hari saya menghilang tanpa memberitahu Anda apa-apa. Dalam 3 hari saya tak masuk ke sini, jumlah feed subscribers makin naik, naik dan terus naik.
    Peti email tak putus-putus menerima kiriman email dari Anda. Kebanyakannya bertanya ke mana saya menghilang dan sebab apa saya tak nulis lagi. Saya cuma [...]

  • Biasa atau Luar Biasa?| 5 Comments

    Orang biasa, sekadar melakukan perkara biasa-biasa kerana pemikiran mereka membuat mereka sanggup melakukan perkara biasa saja, bukan yang luar biasa. Mereka selalunya :
    1. Sentiasa mahu selesa, selamat, tetap.
    2. Sentiasa mahu senang dan bermalas-malasan
    3. Seringkali mencari jalan mudah atau ’shortcut’
    4. Mengelak dari kesakitan, kegagalan dan seboleh mungkin, tak mahu terlibat dengan perkara-perkara yang menggagalkan. Sebab mereka [...]

  • Minyak Naik Di Sabah| 2 Comments

    Salam pembaca iMotivasi, moga Anda makin bersemangat hendaknya.
    Balik dari kem Lok Kawi ke Kota Kinabalu saya tertanya sendiri kenapa jalan raya jem dan penuh dengan kereta berbaris panjang.
    Mulanya saya menyangka ada berlaku kemalangan atau any road mishap. Agak mencabar berbasikal time kenderaan sesak camni, sebab kebanyakan pemandu berada dalam emosi tertekan dan mereka mudah melakukan [...]

  • Membina Sikap Pemaaf Dengan 3 Langkah| 6 Comments

    Kali ni saya kongsikan 3 tips untuk membina sikap pemaaf dalam tiga situasi berbeza.
    1. Sebelum tidur
    Pada waktu Anda nak melelapkan mata, ambil masa 5 minit untuk melakukan teknik ini. Bayangkan kesemua wajah-wajah orang yang menyakitkan hati Anda dan yang membuat Anda geram.
    Selepas, itu, tarik nafas dalam kiraan 7 saat, tahan dalam kiraan 7 saat lalu [...]

  • Sikap Pemaaf Dalam Persahabatan| 6 Comments

    Seringkali dalam persahabatan, akan ada perselisihan faham, ketidaksamaan pendapat dan idea yang berlainan. Kesannya, timbul ketidaksefahaman, dingin hati atau rasa cuba menjauhkan diri perlahan-lahan.
    Masalah gini senang selesai bila adanya sikap pemaaf. Andai kedua-duanya panas baran, ego dan hanya mahu menang, persahabatan yang terbina akan bertukar menjadi permusuhan tegar lalu membawa kepada perang dingin berpanjangan.
    Tidak semua [...]

  • Benarkah Semua Blogger Pembohong Pada Pandangan Pemimpin?| 1 Comment

    Just nak berkongsi sebuah video yang saya temui di laman YouTube.
    Tajuknya YB vs Blogger. Klik Play untuk menonton video ni…

    Actually video tu diterbitkan pada musim pilihanraya beberapa bulan lepas.
    Di dalamnya ada mesej jelas, bahawa ramai pemimpin menganggap blogger sebagai ancaman pada keselamatan negara.
    Betulkah? Adakah blogger motivasi juga dianggap sebagai ancaman?
    Bagi saya, itu tandannya blog, blogger [...]

  • Angkasawan Reaching For The Stars| 3 Comments

    Akhirnya saya berjaya membeli buku motivasi idaman, Reaching For The Stars yang menampilkan kisah kejayaan Dr Sheikh Muszaphar bergelar angkasawan dan kisah perjalanannya ke International Space Station.
    Buku ni ada emosi nostalgik di dalamnya. Di saat kejayaan dalam genggaman, adik kesayangan pula dijemput ke rahmatullah.
    Hanya semangat yang kuat saja mampu menempuh dugaan hebat sebegitu. Saya benar-benar [...]

  • Mindset Anda Membezakan Boleh Atau Tidak| 1 Comment

    Kita semua ada mindset. Mindset terbina dari apa yang kita mahu capai dan apa yang kita mahu realisasikan dalam hidup ini mengikut jangka masa tertentu.
    Sesetengah orang percaya yang dia boleh buat apa saja, janji dia belajar lalu membuat apa yang perlu dilakukan, supaya dia dapat buat seperti yang dimahukannya. Sikap ini adalah salah satu daripada [...]

  • Ketahanan Mental, Fizikal, Jiwa| Leave a Comment

    Dari kajian sendiri, saya mendapati bahawa orang-orang yang berjaya mempunyai beberapa persamaan. Selain usaha yang berterusan dan mindset kejayaan, mereka mempunyai 3 ketahanan dalam diri.
    Apa maksudnya? Ketahanan mental, fizikal dan jiwa.
    Mereka bijak mengawal emosi. Dalam masa yang sama, mereka menjauhkan diri dari emosi-emosi negatif seperti kesedihan, kemurungan dan rasa tertekan yang melampau. Stress cemana pun, [...]

  • Domain Baru iMotivasi.com| 6 Comments

    Saya amat gembira hari ini.
    Makin bersemangat rasanya nak bekerja dan berkongsi tips-tips motivasi dengan Anda setiap hari.
    Web address asal blog saya http://shueqry.blogspot.com telah saya tukarkan ke http://www.imotivasi.com . Huruf “i” tu untuk “internet, ilmu, inspirasi dan informasi”
    Namanya juga agak catchy dan senang melekat di ingatan. Setelah saya gagal mendapat nama domain eMotivasi.com, nama iMotivasi.com saya [...]

  • In Person| 6 Comments

    Salam pembaca blog, moga Anda sihat sejahtera hendaknya.
    Maaf sebab lama saya tak update blog motivasi ni. Sedar tak sedar, jumlah subscribers saya dah mencapai 900 orang, thank you.
    Dalam banyak-banyak soalan yang ditujukan pada saya, lebih 80% bertumpu kepada personal, pasal hobi saya dan apa yang membuat saya bermotivasi. Saya menjawap sebahagian dari soalan tersebut di [...]

  • 10 Tips Kejayaan Donald Trump - Part 8| 2 Comments

    Petua kejayaan Donald Trump yang ke 8…
    “Money Was Never A Big Motivation For Me, Except As A Way To Keep Score. The Real Excitement Is Playing The Game”.
    Wang bukan pencetus motivasi bagi Donald Trump. Itu juga apa yang saya tahu dari kebanyakan orang-orang berjaya melalui buku mereka, tulisan mereka dan ucapan mereka.
    Wang menjadi perkara kedua.
    Ayat [...]

  • 10 Tips Kejayaan Donald Trump - Part 2| 5 Comments

    Ini tips kedua di dalam siri 10 Petua Kejayaan dari Donald Trump. Hari ini, tipsnya adalah…
    2. “Listen To Your Gut,No Matter How Good Something Sounds On Paper”
    Bak kata Andrew Matthew, Follow Your Heart. Naluri kita merupakan suara bisikan dari roh kita. Perkataan lain, ia dikenali sebagai gerak hati, intiusi dan deria keenam.
    Dalam apa jua yang [...]

  • Capai Matlamat - Tumpukan Pada Proses| 3 Comments

    Di tahun baru dan di bulan baru, mesti kita juga ada matlamat baru.
    Walau apapun bentuk perkataannya sama ada azam, cita-cita, target, sasaran mahupun matlamat, semuanya tetap memberi makna yang sama.
    Saya andaikan Anda sekarang sudah ada azam dan matlamat tersendiri. Saya tahu Anda juga dah selalu membayangkan matlamat Anda itu seolah-olah ia sudah dicapai. Caranya dah [...]

  • Petua Mengelak Dari Berfikiran Negatif| 2 Comments

    Salam pembaca iMotivasi, apa khabar Anda?
    Saat saya menulis artikel ini, saya menggunakan sebuah laptop. Walaupun pc saya dah lama saya jual tapi saya dapat menggunakan sebuah laptop.
    Ia bukan model baru, tapi sebuah laptop model lama menggunakan cip VIAC3 (bukan Intel) yang berjaya saya baiki semula, saya install dengan Windows Xp. Dengan kebenaran bos saya, laptop [...]

  • Petua Berlakon Menjadi Orang Positif| 6 Comments

    Anda dan saya adalah pelakon yang amat baik, kita boleh meniru sesiapa saja dan kita boleh meniru perbuatan yang berbagai rupa tak kira apa. Rajin berlatih membuat lakonan kita perfect, betul tak?
    Kali ini, bagi membantu Anda yang sukar nak merubah diri dari negatif kepada yang lebih positif, apa kata cuba berlakon jadi orang yang positif? [...]

Next Page »