• War-warkan Blog iMotivasi| 6 Comments

    Saya meminta pada Anda supaya mewar-warkan blog iMotivasi di wajah baru berkaler oren ni.
    Beritahu kawan-kawan Anda, emailkan rakan sekerja Anda, smskan sesiapa saja yang Anda kenal, send mesej di Friendster atau Myspace Anda, atau heboh-hebohkan di forum Anda.
    Saya minta tolong.
    Tolong heboh-hebohkan alamat website blog saya "www.imotivasi.com" .
    Saya tahu Anda terkejut mengapa saya buat begini. Lebih-lebih [...]

  • Fokus Minda Pada Apa Yang Kita Mahu| 5 Comments

    Fokuskan minda pada apa yang kita nak, bukan benda yang kita takut atau yang membuat kita tertekan. Cara untuk fokus, fikirkan ia selalu.
    Untuk nak fikirkan selalu, gunakan teknik soalan seperti yang saya kongsikan di artikel-artikel sebelum ini. Tanya diri Anda bagaimana Anda boleh mendapat apa yang Anda nakkan, dengan cara apa Anda boleh berusaha memperolehinya, [...]

  • Bagaimana Mengawal Mood Anda Dengan Bertanya Soalan| 8 Comments

    Tiap kali Anda jadi kurang bersemangat, kurang bertenaga, sedikit tertekan atau gusar, Anda boleh gunakan soalan-soalan yang Anda tanya pada diri untuk menjadikan Anda bersemangat.
    Misalnya, Anda sedikit tertekan di waktu pagi saat mula masuk bekerja sebab bos Anda menegur silap Anda di depan kawan-kawan yang membuat Anda sedikit malu.
    Kesan daripada itu, mood Anda bertukar menjadi [...]

  • Bagaimana Melatih Diri Menanya Soalan Yang Memberi Power| Leave a Comment

    Pada artikel yang lepas bertajuk "Soalan Yang Memberi Power" , saya telah berkongsi apa dia soalan-soalan yang memberi power (empowering questions) dan sebab apa Anda perlu gunakannya untuk memberi motivasi pada diri sendiri.
    Kali ini saya berkongsi cara bagaimana Anda melatih diri menanya soalan supaya Anda berubah menjadi lebih power dari yang sekarang ini.
    Kita boleh gunakan [...]

  • Soalan Yang Memberi Power| 3 Comments

    Kata lain dalam bahasa inggeris, ia dipanggil dengan nama empowering questio n. Ia adalah soalan-soalan yang kita tanya pada diri sendiri, khususnya bila kita memikirkan tentang sesuatu.
    Bertanya soalan-soalan pada diri sendiri membuat kita fokus.
    Kita sellau down, jadi untuk nak berubah jadi bersemangat, kita boleh tanya diri sendiri apa yang boleh kita buat untuk jadi bersemangat, [...]

  • 10 Sikap Jutawan Berjaya| 4 Comments

    Kali ni saya ingin berkongsi sebuah buku, baru habis dibaca. Tajuknya “The Top 10 Habits Of Millionaires” tulisan Keith Cameron Smith.
    Dalam minggu lepas dua kali saya baca buku ni.
    Sebab bersemangat betul tiap kali baca semua bab-bab push saya untuk baca lebih dari sekali.
    Dalam buku ni, penulisnya tak menyatakan secara spesifik nama jutawan-jutawan yang dimaksudkan olehnya.
    Keith [...]

  • Maaf Sebab Buat Anda Menunggu| 16 Comments

    Maafkan saya sebab buat Anda tertunggu-tunggu artikel terbaru di iMotivasi.
    Suasana dah berubah, sedikit sebanyak cara menggapai idea juga berubah.
    Jujur dari hati, saya memilih blogging sebagai kerjaya sebab peranan saya sebagai anak sulung lebih diperlukan di sini, di Semporna.
    Mak saya keseorangan di rumah tiap kali bapa dan dua adik perempuan saya bertugas ke sekolah. Dah banyak [...]

  • Bagaimana Orang Cemerlang Berfikir| 6 Comments

    Pernahkah Anda terfikir, bagaimana agaknya cara orang cemerlang berfikir?
    Adakah mereka ni selalu serius, dengan muka yang tak pandai senyum, dahi berkerut dan kening yang bersambung?
    Sebenarnya tak macam tu. Jadi, bagaimana orang cemerlang berfikir agaknya?
    Jawapannya ada di dalam soalan. Maksud saya, question is the answer.
    Orang-orang yang cemerlang, berfikir dengan menanya soalan pada diri sendiri. Bila terlihat [...]

  • 3 Sebab Utama Mengapa Penulis Buku Motivasi Terus Menulis Buku| 1 Comment

    Jika Anda perasan, sudah banyak buku-buku motivasi terbit di pasaran. Penulis buku motivasi yang lama terus menerbitkan buku terbaru.
    Ada 3 sebab utama mengapa penulis buku motivasi terus menulis, sedangkan sepatutnya mereka dah boleh berehat, bersantai dan menikmati hasil dari bayaran royaliti buku-buku mereka.
    Mengapa mereka terus menulis? Sebab..
    1. Seronok berkongsi ilmu Seperti guru yang seronok mengajar [...]

  • Cara Terbaik Memberanikan Diri Berdepan Kegagalan| 5 Comments

    Cara terbaik nak memberanikan diri berdepan kegagalan adalah dengan “buat saja”. Sebagai blogger motivasi, saya banyak kali ditanya bagaimana nak memberanikan diri berdepan dengan kegagalan.
    Tidak ada cara mudah. Untuk tahu apa yang akan Anda tempuhi sama ada gagal atau berhasil, buat saja.
    Seperti nak melompat dari atas puncak gunung, tutup mata, tarik nafas, pastu terjun! Buat [...]

  • Rahsia Kejayaan Datuk Stapa Omar Dalam Bisnes| 2 Comments

    Saya bersalaman dengan Datuk Stapa Omar pada pertengahan tahun 2006, bila pergi berjumpa beliau bersama seorang kawan.
    Datuk Stapa seorang yang sangat peramah, very humble dan boleh bergaul dengan semua orang, tak kira siapa pun.
    Waktu itu, dia masih belum bergelar Datuk dan isterinya dikenali dengan panggilan Puan Azlina Che Abdullah.
    Saya kagum dengan kekentalan semangat mereka berdua.
    Jasa [...]

  • Shueqry Di Sabahan Bloggers Gathering 2008| 16 Comments

    Ketika Sabahan Bloggers Gathering 2008 berlangsung di ‘rooftop’ Imperial Hotel Kota Kinabalu, saya tak bawa kamera. Oleh kerana saya ke sana berbasikal laju dari kem Lok Kawi, saya takut bila crash tiba-tiba nanti, kamera tu pecah atau rosak.
    Syukur alhamdulillah saya selamat sampai tanpa apa-apa kecederaan. Biasanya dalam kelam kabut begitu, apa saja kecelakaan atau kemalangan [...]

  • Belajar Dan Buat| Leave a Comment

    Tips motivasi kali ni, kita bercerita tentang belajar dan buat.
    Salah satu sikap orang berjaya adalah, mereka tekad tak berhenti belajar. Belajar bukan hanya setakat di bangku sekolah, tapi sehingga mereka menutup mata meninggalkan dunia ini.
    Dalam seminggu, membaca sebuah buku adalah satu perkara WAJIB yang mesti dilakukan oleh mereka. Jika seminggu mereka membaca satu buku, dalam [...]

  • Cool Down Dengan Meluahkan Emosi Anda| 8 Comments

    Pernah satu etika dulu saya berkongsi cara untuk cool down dengan pantas. Kali ni, saya berkongsi satu lagi teknik untuk Anda cool down dengan mudah.
    Setiap hari kita berdepan dengan berbagai keadaan yang membuat kita geram, tak puas hati dan marah. Misalnya, trafik jem, waktu yang terasa singkat, atau simple tekanan kerja yang bertimbun.
    Bila menghadapi semua [...]

  • Mentaliti Mahu Senang Dan Mahu Cepat| 3 Comments

    Mentaliti yang tak membuat kebanyakan orang berubah menjadi cemerlang adalah :
    1. Cepat mahu senang
    2. Hasil mahu cepat
    Mengejar kejayaan, tidak ada jalan singkat, tidak ada jalan sotkat (shortcut). Jika ada, mesti sudah di temui sejak zaman Napolen Hill dan sudah tentu ramai orang akan berjaya dalam apa jua yang di ceburi olehnya.
    Ada juga sesetangah orang, bila [...]

  • Gemilang Sabahan Bloggers Gathering 2008| 11 Comments

    Kali ni dalam coretan realiti saya nak share ngan Anda kisah saya di malam Sabahan Bloggers Gathering, 2 Ogos 2008. Event ni di taja oleh Nuffnang dan Exabytes sebagai main sponsors.
    Berbasikal dari kem Lok Kawi, saya menggunakan gear tinggi supaya sampai dengan lebih cepat, ikut jalan Kepayan - Lido - Lintas, akhirnya sampai dalam masa [...]

  • 1 Jam 43 Minit| 8 Comments

    Salam pembaca iMotivasi, moga bersemangat sentiasa.
    Hari ni sangat mencabar buat saya. Secara tak sengaja, lutut kiri yang dalam proses penyembuhan, sakitnya kembali lagi. Lagi teruk! Tiap kali nak melangkah berjalan, sakit betul di lutut sebelah kiri..
    Nak tak nak,kaki kiri saya terpaksa melangkah ‘keras’ macam kaki patung ke mana-mana, tak boleh nak melangkah laju. Maybe kura-kura [...]

  • Be Strong Dan Ada Motivasi Bermula Dari Diet Harian| 7 Comments

    Untuk tips motivasi hari ini, kita mulakan dengan soal sarapan. Lebih kepada sains ya..
    Ramai di antara kita mengambil sarapan yang agak ‘heavy’ di waktu pagi. Misalnya, nasi lemak, mee goreng berlauk telur goreng atau nasi goreng dengan secawan Nescafe, teh tarik atau Ali Cafe.
    Tapi, Anda tahu tak apa kesannya?
    Masuk jam 9 atau 10 pagi, Anda [...]

  • 5 Petua Menghepikan Diri Sendiri| 9 Comments

    Kita memang selalu down, bila boss marah kita, kengkawan nyisihkan kita, mak berleter ngan kita atau cikgu marah ngan kita.
    Kita juga makin kurang bersemangat bila perniagaan kita menurun, rakan sekerja kurang beri kerjasama atau buat donno saja.
    Bila dalam keadaan begini, apa nak buat? Mestilah ubah mood kita jadi hepi, ceria dan bertenaga.
    Cemana nak menghepikan diri [...]

  • Hikmah Allah Menurunkan Cabaran| 4 Comments

    Untuk tips motivasi Al-Quran kali ni, saya kongsikan ayat di bawah dari surah Luqman ayat ke-17.
    “Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).”
    Melalui pengalaman sendiri, saya berani berkata, hidup [...]

  • Sibukkan Diri Dengan Hal Yang Penting| Leave a Comment

    Terlalu ramai orang sibuk dengan hal yang kurang penting dalam memajukan diri mereka. Kita perlu ubah situasi ini.
    Untuk nak mengubah diri menjadi lebih maju dari yang sebelumnya dan lebih maju dari orang di sekelilling, kita perlu sibukkan diri dengan hal yang penting, misalnya, melaksanakan tugasan serta merta mengikut keutamaan, sanggup ambil overtime tanpa dibayar, sanggup [...]

  • Think And Grow To Success| 2 Comments

    Saya selalu berkata, apa yang kita fikirkan, itulah yang akan ditarik datang pada kita. Kesannya, kita menjadi apa yang kita fikirkan.
    Konsep ni sama dengan apa yang dicerita dalam buku Think And Grow Rich. Bila kita berfikir tentang kekayaan dan membayangkan kita kaya walaupun ketika itu kita bukan orang kaya langsung, serta merta kita akan berjumpa [...]

« Previous PageNext Page »