iMotivasi

impianmu, inspirasiku…

Tidak sihat

Kebelakangan ni saya selalu tidak sihat.

Kurang sihat dan tidak sihat adalah dua situasi berbeza. Mungkin inilah maksudnya diturunkan sakit, supaya kita selalu mensyukuri nikmat diberikan kesihatan.

Jika dulu saya selalu berbasikal, berenang dan berjoging, sekarang ketiga-tiga aktiviti tu ditinggalkan habis start dari Disember 2009. Akibatnya, fizikal saya merana, termasuklah mental saya sekali.

Kerapkali saya diserang pening yang mencengkam, perit, sakit dan berdenyut-denyut di kepala. Kemudian, disertai dengan pandangan mata yang mengabur dan menggelap, mengakibatkan ketidakselesaan.

Rupa-rupanya saya mengidap penyakit darah tinggi. Dari pengaruh keluarga, sebab bapa saya dijangkiti darah tinggi. Saya kena terima hakikat saya sudah tidak sihat sepenuhnya seperti dulu, namun masih bebas dari sebarang alergi.

Sebabnya mudah, saya sudah tidak aktif . Kiraannya bukan sembarangan – 153/89. Satu ukuran tekanan darah yang amat tinggi bagi seorang lelaki kurus seperti saya.

Biodata Dr Fazley Yaakob

dr fazleyAnda nak tahu biodata Dr Fazley Yaakob? Ini dia:

nama penuhnya adalah Dr. Ahmad Fadzli Yaakob
sering menggunakan nama Fazley Yaakob sebagai nama glamer.
Lahir pada 18 April 1978 di Seremban, Negeri Sembilan.
penceramah motivasi bebas yang juga merupakan penyanyi, pelakon, penggubah lagu dan pengacara

Pengarah Eksekutif di Putra World Trade Centre (PWTC) KL.
Pengarah Urusan Seri Anjungseri Production.
Pengarah Eksekutif dan pengasas Fazley International College
Kolumnis tetap yang bertugas menghasilkan artikel-artikel motivasi untuk berbagai media cetak mainstream seperti E-Baca, Mangga, Skor SPM, Remaja dan Utusan Malaysia.

Memegang Diploma dari Taylor’s College
Ijazah Sarjana Muda dari Victoria University of Wellington, New Zealand.
memegang Ijazah Sarjana (Master) Pentadbiran Perniagaan dari United Kingdom,
memegang Ijazah Kedoktoran (Doctor of Business Administration) dari United Kingdom.

Kesan dari sikap bersangka baik

Siapa jua yang Anda fikirkan, fikirlah yang baik-baik saja tentang dirinya walaupun dia tu musuh ketat Anda atau dia pernah sakitkan hati Anda. Setiap hari kita akan berjumpa ratusan orang.

Ada yang membuat kita menyampah, ada yang membuat kita suka. Kekadang kita teringat orang-orang dari masa lalu, mungkin orang-orang yang kita lihat pada minggu, orang-orang yang kita berbual dengan mereka pada minggu lalu.

Biasanya, kita akan lebih mengingat perangai mereka yang menyakitkan hati kita. Haaa..hati-hati dengan sikap sebegini sebab ia adalah racun kepada fikiran positif Anda. Sikap tu membuat minda terlatih ke arah fikiran negatif. Untuk mengubahnya, fikirlah hanya yang baik-baik tentang sesiapa saja yang kita walaupun dia tak berapa ngam ‘tune’ dengan Anda.

Lebih banyak kita berfikiran baik-baik pada seseorang, lebih banyak kita ditemukan dengan situasi yang baik-baik, bahkan kita sendiri akan rasa seolah-olah kita ni bertuah sebab asyik jumpa situasi yang baik-baik.

Misalnya, mungkin tiba-tiba ada orang nak tumpangkan Anda naik keretanya, mungkin tiba-tiba ada seorang kawan belanja Anda makan tengahari, mungkin tiba-tiba ada seorang kawan muncul di depan mata Anda, menghulurkan sebuah hadiah yang Anda sendiri tak sangka-sangka.

Apa bakat saya – bagaimana untuk menggali bakat Anda

Bakat adakah kebolehan kita untuk melakukan sesuatu dan melaksanakan sesuatu, khususnya kemahiran. Bakat Anda berbeza daripada orang lain walaupun kadangkala serupa.

Bagi saya, bakat ni kita boleh pelajari kemudian asah menjadi semakin baik sehingga menjadi kecenderungan kita. Bakat tu cuma asas untuk Anda melakukan sesuatu dengan cukup baik pada peringkat permulaan.

Namun untuk berjaya dalam sesuatu bidang, bakat saja tak cukup. Kena rajin mempelajari benda baru dan memperbaiki kemahiran sedia ada. Kuncinya adalah, rajinkan diri belajar pastu rajin menambah baik kemahiran.

Anda ada bakat tersendiri, cuma Anda kena lakukan sesuatu untuk mencari apa bakat Anda. Ada. Memang ada! Cuma tersembunyi. Kita takkan pernah tahu selagi kita tak mendesak diri untuk tahu.

Teknik paling baik untuk mengetahui apa bakat Anda adalah pergi keluar dan lakukan sesuatu yang baru. Jangan sekadar cuba, tapi buat terus! Dengan melalukan sesuatu yang baru, Anda akan dapat gali bakat-bakat tersembunyi.

Misalnya, jika sekarang Anda minat bermain futsal dan mahir menggelecek bola, apa kata join sukan lumba basikal atau sukan renang yang langsung tak melibatkan bola. Kedua-dua sukan tu mungkin baru pada Anda. Tapi biasanya benda yang baru ni mendatangkan keseronokan tersendiri sebab ada ‘thrill’ tersendiri setiap kali kita melakukannya.

Futsal adalah sukan berkumpulan di mana ia melibatkan kerjasama berpasukan manakala renang dan lumba basikal lebih banyak melibatkan kemahiran individu, iaitu Anda seorang. Kita takkan tahu kita kita boleh buat ke tidak selagi kita tak buat. Jadi, buat saja!

Jika Anda seorang gadis dan cukup minat memasak, apa kata join bidang perkomputeran. Amik komputer desktop tu, bukak satu-satu pastu kaji benda-benda di dalamnya dengan penuh rasa ingin tahu. Lama-kelamaan minat pada komputer tu pandai timbul sendiri sebab ia mendatangkan ke’syok’an tersendiri.

Bidang masakan dan perkomputeran dua bidang berbeza. Tak salah Anda terokai benda baru. Lagipun ia akan membuat minda Anda berkembang.

Buat permulaan, cara untuk mengetahui apa bakat Anda adalah dengan melakukan sesuatu yang baru, start mempelajari kemahiran baru di dalam bidang yang baru.

Beranikan diri buat sesuatu yang baru – cukup berlainan dengan bidang Anda sekarang ini.

Masalah akan selesai bila Anda fokus pada penyelesaian masalah

Kebanyakan daripada kita tidak tahu cara minda separa sedar bekerja. Kesannya, hidup kita seperti dikawal oleh fungsi ‘auto-pilot’ – kitaran hidup kita sama saja setiap hari. Kita mengalami masalah yang sama setiap hari, kita melalui situasi-situasi sama setiap hari.

Untuk kita merubah diri ke tahap yang lebih baik, kita perlu memahami bagaimana untuk mengawal minda separa sedar supaya dengan itu kita dapat mengawal hidup kita. Maksudnya, kita boleh memunculkan situasi-situasi yang kita mahukan, kita boleh mencapai apa saja yang kita nakkan bergantung pada kemahuan kita.

Lebih besar gambaran minda Anda, lebih lama minda separa sedar ambil masa untuk merealisasikannya. Lebih kecil gambaran minda Anda, lebih cepat minda separa sedar Anda merealisasikannya.

Contoh? Masalah.Ramai orang suka memikirkan masalah juga menggambarkan masalah. Masalah adalah gambaran minda yang kecil sebab masalah ada situasi yang kecil, berlaku di masa sekarang (bukan di masa hadapan).

Kita tak nak masalah muncul dalam hidup kita. Tapi, kita selalu berfikir tentang masalah, memikirkan masalah dan meratapi betapa malangnya hidup kita sebab dirundum masalah.

Masalah yang muncul dalam hidup kita sebenarnya berpunca dari fikiran kita sendiri, jadi kita kena bertanggungjawap atas segala kesilapan dan permasalahan yang dah berlaku.

Kekadang kita tak sedar yang kita suka membayangkan masalah bermula dari saat kita bangun tidur. Ada orang, tiap kali bangun pagi, terus terbayang betapa susahnya dia melalui hari itu – dengan kesibukan kerja, traffic jam, stress, dimarahi bos, jumpa kengkawan yang perangainya menyakitkan hati, ngan perangai orang rumah yang suka marah-marah.

Benda ni semua tak berapa besar, situasinya kecil-kecil saja lagipun ia mengambil masa beberapa jam yang akan datang, bukan beberapa tahun yang akan datang. Oleh kerana jarak waktunya yang pendek, minda separa sedar cepat merealisasikannya. Anda fikir saja, semua tu akan berlaku beberapa jam yang akan datang.

Maka, seboleh mungkin jangan memikirkan masalah ketika Anda bangun pagi. Sebab, pada ketika itu, suasana masih tenang dan minda Anda juga masih relaks.

Untuk kita mencetus kecemerlangan, fikirkanlah kecemerlangan start dari kita bangun pagi. Fikirkan hal orang-orang cemerlang, fikirkan cemana cara yang Anda boleh gunakan untuk Anda jadi cemerlang, fikirkan cara cemana Anda boleh jadi bersemangat dalam usaha mencapai kecemerlangan.

Itu lebih baik dari asyik memikir masalah.

Fikirkan cara cemana nak menyelesaikan masalah. Masalah akan selesai bila Anda start fikir cara penyelesaian, bukan memikir masalah tu sendiri.