Cermin Diri Untuk Jadi Bermotivasi

Tahukah Anda, diwaktu pagi, mood kita masih di tahap rendah dan di saat itu, minda separa sedar cenderung menerima apa saja perkataan yang Anda masukkan di dalamnya. Tapi, apa pula kaitannya dengan motivasi diri?

Ketika Anda sedang bercermin di waktu pagi sebelum ke luar rumah atau sebelum menerusakan apa saja kerja, tenung wajah Anda dalam seminit dua. Lihat warna anak mata anda, bibir dan akhir sekali, beri senyuman pada diri Anda.

Senyum dengan ikhlas… Katakan dalam hati yang Anda mahu jadikan hari ini hari yang terbaik buat Anda.

Kesannya, Anda akan rasa yakin selepas itu.

Sebab, bila Anda rasa senang dengan diri sendiri, Anda akan mula rasa yakin. Bila Anda rasa yakin, Anda akan jadi lebih bermotivasi, energetik dan lebih bersemangat!. Tips ini baik untuk membina keyakinan diri bagi Anda yang sering merasa kurang yakin dan yang kurang self confidence.

Ketika Anda sedang bercermin, cuba bisikkan kata-kata pembakar semangat pada diri Anda di dalam hati. Bila istiqamah melakukan teknik ni, Anda boleh jadi bersemangat tiap hari!.

Share This Post

6 Responses to “Cermin Diri Untuk Jadi Bermotivasi”

  1. Raymond Chua Says:

    Kata-kata yang positif pada waktu pagi dapat meningkatkan lagi keceriaan kita untuk sepanjang hari

  2. Shueqry Says:

    Lebih baik lagi bila ia ada sepanjang hari!

    -Shueqry-

  3. Luth Says:

    Kaedah ini sebenarnya cukup mudah dan sangat menyeronokan. Malah hasilnya amat mengkagumkan jika dijadikan sebagai rutin.

  4. Anonymous Says:

    PAK KOB.
    Pak kob rasa selain kita cermin diri kita sebelum keluar bekerja kita juga boleh amalkan mencium dahi isteri dan anak anak sebelum keluar kerana ianya memberi kesan yang mendalam terhadap tangung jawab kita terhadap keluarga dan ianya memberi ransangan untuk kita lebih tekun dan bertangung jawab sewaktu bekerja.

  5. laila_raihan Says:

    hmm menarik,
    sambil tgk2 cermin tue katalah
    ’saya sayang diri saya’

  6. sandra Says:

    motivasi membentuk diri menjadi lebih bersemangat untuk menghadapi hari-hari yang dilalui

Komen? Pendapat?