Cool Down Cara Mudah
Kekadang kita mudah nak naik angin sebab perkara yang sangat simple, misalnya, bila keyboard ngan mouse rosak, tayar pancit, battery handphone tak nak on, kita tetiba naik angin, rasa nak marah, meradang dan tak selesa.
Tapi, tahukah Anda, bila kita cepat naik angin, kita boleh cool down dengan cepat juga? Caranya, baca bahan-bahan motivasi ringkas yang menaikkan semangat Anda atau baca nota kecil yang bertulis kata-kata motivasi.
Kedua, menyanyi-nyanyi kecil. Bila kita menyanyi lagu yang kita suka, emosi tetiba berubah menjadi lebih positif, ceria dan lebih ‘cool’.
Ataupun, tengok video yang kita suka mahupun video lucu, konpom kita boleh bertukar emosi dengan cepat.
Tak caya? Buka You Tube, cari “funny video’ dan layann..
Selain YouTube, boleh pergi ke Daily Motion atau Metacafe.
Ketiga, pergi keluar, jalan-jalan, tarik nafas panjang, tahan dalam kiraan 7 lalu hembus perlahan-lahan dalam kiraan tujuh. Buat 3 kali. Kesannya, emosi Anda lebih tenang.
Untuk lagi tenang, lepaskan emosi nak marah tadi tu, let go, lupakan terus dan jangan layan. Ceriakan diri Anda dan pilih untuk jadi orang yang cukup bersemangat.
note : Anda boleh print artikel-artikel motivasi di blog ini untuk bacaan. Cemana nak print? Klik File - Print.
Boleh fotokopi dan share ngan kengkawan. Kalau nak guna keyboard shortcut, tekan Ctrl + P. Bila dialog box keluar, klik ‘Print’.
Cara lain, jika Anda ada komputer / laptop tapi takde talian internet, save saja. Caranya, klik File - Save, kemudian simpan di mana-mana tempat dalam komputer yang Anda senang nak capai semula, sama ada di Desktop, My Document atau folder lain.
February 27th, 2008 at 2:44 pm
Ramai member2 saya kata saya ni mmg berjiwa tenang. Hehehe..apa tidaknya, bila moto saya kena curi pun saya senyum jer..mmbr2 pulak yg sibuk mengelabah. Ada orang kata kalau ramai orang macam saya atas dunia ni, dunia ni mesti aman…hehehe..
Nak tau rahsianya? senang jer..ubah cara berfikir. Cth: Apa yg saya fikir masa moto saya kena curi? Camni “Nasib baik orang tu curi moto, kalau dia curi kete aku kan naya..Huhuhu” (sambil ketawa), takpun camni “Alhamdulillah, tuhan nak bagi pahala percuma kat aku!”
Hohohoho..dapatkah anda lakukannya? Belajar la pelan2..
February 27th, 2008 at 2:47 pm
Salam Shueqry,
Ini macam “instant cool”, mana sempat nak cari buku motivasi dan lain2 kalau tengah marah. Tapi sy faham maksud awak kita kena latih minda kita. Contoh beri gambaran yg mengembirakan, melucukan, meceriakan begitu juga gunakan perkataan yg bersemangat naikkan balik motivasi kita. Kalau tidak pun berlari lah maksud sy bersenam macam2 senaman boleh dilakukan. Semoga kita dpt balik tenaga yg hilang tu.
Terima kasih kongsi artikel ini.
Salam Ceria.
Miss Rass~
PS Terima kasih banyak membenarkan photocopy. Sampai tak tahu mana satu nak print. Semoga segala kebaikkan diberinya pd awak.
March 1st, 2008 at 8:28 pm
owh patut la ada shbt sy tu cepat sgt melenting tp cepat pulak dia cool down. tp kalo org yg jenis lmbat melenting tu adakah dia pun jenis lambat cool down bro?
anyway, salah satu jalan kalo tgh panas baran tu p mandi…
March 3rd, 2008 at 12:01 am
Salam,Shueqry. Memang betul, kalau tengah emosi tak stable, saya selalu baca buku motivasi sbb kalau citer kat org pun bukan sumer org faham. Tapi, kalau baca motivasi pun kena sesuai dengan tajuk… bagi saya, kalau time tu nak baca buku mcm Jangan Bersedih ker..mesti tambah sedih dan sadis pulak..
Tapi, kalau dah tensen tahap lapan tu, saya cepat2 pergi tempat lain. Baik dok jauh2 dari tempat/ org yang membuatkan kita tensen, kalau tidak, mau kena heart-attack lak klu lama2 kat situ.
Apepun ada baiknya kalau time tu kita ingat benda yg menyenangkan fikiran, ingat cerita2 lawak yg pernah terjadi sblm tu ke… Boleh gak senyum sorang2, takde la tensen sgt… Ini kira mcm teknik NLP, programkan otak sendiri untuk lebih positif dan optimis. Itu lebih baik bukan?
March 3rd, 2008 at 1:14 pm
saya pun ada nak kongsi gak.. dah tahu berguna baik bgtau kan..
selalunya kalau saya di timpa masalah hingga nak meletup, saya akan sedaya upaya memikirkan dulu penyelesaian masalah tu. so kalau dah dapat tu baru le boleh cool down.
Kalo x dapat gak penyelesaian tu, cube le fikirkan setakat mana boleh rasanya cover balik.
Dan yg paling mujarab sekalinye… sebelum kita mulakan apa2 pun bacalah bismillah DAN cubalah fikirkan dulu masalah sebelum ianya berlaku.- yg ni agak susah kena praktis dulu, so kalau berlaku apa2 kita dah sedia. so bleh la cool sket.
contoh :-(situasi) nak parking moto , pikir la dulu kalau kena curi ni kan problem. so pikir penyelesaian nye. -(penyelesaian) baik aku parking kat pak guard sana ape hal pun dia bleh tengok, kalau nak hilang pun nak buat mcmana, kena claim je le insuran.
sekian.
mcm ni ok ka explaination. x paham tanya la lagi k
October 16th, 2008 at 11:32 am
gud la…saya pon ari tu baru jer bengang n student.skarang ni da cool.20mnt ambik masa tuk sy cool down..coz fikir dorg ni tgh sronok beraya lagi.xpe la..pas tu masuk kelas senyum2 jer..time tgh marah tu pikir balik.bt pe la nak marah2 ilang awet mude..org y sentiasa t’senyum ni, org len sejup jer nak tgk.
November 16th, 2008 at 2:54 am
Salam kakeru..saya pun sependapat dgn awak,klu tgh tension,saya cari kata2 motivasi..nak cite dgn org bukan sume paham. Mujur ada Shueqry kan?