Cool Down Dengan Meluahkan Emosi Anda

Pernah satu etika dulu saya berkongsi cara untuk cool down dengan pantas. Kali ni, saya berkongsi satu lagi teknik untuk Anda cool down dengan mudah.

Setiap hari kita berdepan dengan berbagai keadaan yang membuat kita geram, tak puas hati dan marah. Misalnya, trafik jem, waktu yang terasa singkat, atau simple tekanan kerja yang bertimbun.

Bila menghadapi semua ni, cemana lagi cara kita nak coll down?

Pertama, luahkan perasaan dengan seorang kawan yang Anda boleh percayai. Ajak dia keluar ambil angin sebentar, dalam pada tu,luahkan apa yang anda tak puas hati.

Beritahu kawan Anda supaya dengar saja apa yang Anda katakan. Jika dia nak komen atau bersimpati, itu dah jadi satu bonus!

Anda pula, terus luahkan apa yang dah lama terbuku di hati. Luahkan seluah yang mungkin, sehabis yang mungkin sampai dah tak ada lagi yang tinggal.

Luahkan sehingga Anda benar-benar puas!

Selepas itu, Anda akan rasa lega. Ucap terima kasih pada kawan Anda kerana mendengar luahan hati anda dan kerana sudi menemankan Anda.

Sebagai balasan, apa salahnya belanja dia minum atau berikan apa-apa hadiah, tanda penghargaan dari Anda.

Kedua, kongsikan dengan ibu atau bapa Anda. Kedua-dua insan ini memahami perangai Anda dari saat Anda masih kecil, sehingga Anda sudah ada kerjaya dan memilih jalan hidup sendiri.

Berkongsi emosi saat ‘down’ dengan ibu bapa adalah terapi terbaik, sebab sudah tentu aura kasih sayang dari hati mereka akan meresap masuk ke dalam hati Anda. Kesannya, Anda akan merasa tenang selepas meluahkan perasaan pada mereka.

Walaupun kekadang nasihat mereka tak ngam dengan apa yang ada di fikiran kita, tetapi mereka sentiasa tahu apa yang terbaik untuk kita. Naluri mereka memahami apa yang berserabut di fikiran kita dan setiap perkataan yang terlontar bibir mereka ibarat satu doa.

Jangan pandang remeh perhubungan di antara Anda dengan ibu dan bapa, juga warga tua lain. Keberkatan hidup kita dan kejayaan kita ada dalam kesenangan hati mereka.

Kesimpulannya, untuk cool down cara mudah, Anda boleh gunakan 4 cara ni :

1. Baca artikel motivasi pendek atau cerita-cerita inspirasi, misalnya dari blog Dr. Inspirasi.

2. Menonoton video-video lucu, lawak jenaka dan lagu yang menghiburkan.
Terbukti, sebab video ‘funny’ dan lawak-lawak mendapat jumlah view yang paling banyak di YouTube, Metacafe, Myspace Video, DailyMotion dan Yahoo Video.

3. Cari seorang kawan dan luahkan perasaan Anda padanya. Minta dia supaya dengar saja.

4. Jumpa ibu bapa dan meluah di depan mereka.

Bila terasa mula naik hangin, gunakan 4 cara ni untuk ‘cool down’.

Cara 1 dan 2 adalah cara terpantas!

Share This Post

8 Responses to “Cool Down Dengan Meluahkan Emosi Anda”

  1. Fasiha Says:

    Meluahkan emosi….
    saya suka melauhkan ketika selpas solat, atas tikar sejadah dengan suara yang sdkt kuat kerana saya mampu luahkan hanya pada Dia ketika sahabat akrab jauh dari sisi….

    Paling teruk saya akan baling sesuatu ke dinding/lantai.. pun ketika sorang-sorang dalam bilik…

    Ganas tak?

    Saya paling sukar melauhkan emosi pada sebarang org kecuali org yg saya benar2 percaya dlm hidup ini.

  2. Shueqry Says:

    Meluah dan merintih pada Allah adalah yang paling ngammmm!!

  3. mai Says:

    en.shueqry
    assalamualaikum

    saya mempunyai seorang kawan. boleh dikatakan tiap2 hari saya menjadi pendengar setia masalah dia. masalah dia bukan masalah biasa2 macam saya. bukan masalh remaja. jauh sekali masalah cinta. masalah dia masalah kepimpinan. anak buah yang tak mendengar kata. belot pada dia. masalah tanggungjawab pada keluarga. harapan keluarga yang terletak pada pundaknya.

    saya simpati. tapi saya tau dia lebih tau tentang masalahnya dari saya. selalunya saya hanya mampu jadi pendengar yang setia. mencelah kadang2.

    kadang2 saya boleh ketawa. saya anggap dia hanya membebankan saya dengan mslh dia. saya tau saya tak patut buat begitu. tapi kadang2 dia buat saya jadi negatif

  4. Shueqry Says:

    Mai,

    Saya faham. Somtime orang yang dok meluah masalah ni macam satu gangguan pada kita juga.

    Tapi, ingat pepatah ni.. kita tolong orang hari ni, Allah akan menjumpakan kita dengan orang yang boleh menolong kita tiba-tba, di kala kita pula dilanda kesusahan, permasalahan atau cabaran.

    Trust me, perkara ni dah berlaku pada saya.

    Maknanya ia boleh berlaku pada siapa-siapa juga!

  5. Brohamzah Says:

    Assalamualaikum, bagi saya apa yang dinyatakan oleh saudara Sheuqry ada benarnya. Namun bagi saya apa yang paling baik dan pratikal untuk kita lakukan sebagai seorang muslim, kita meluahkan dan mengadu kepada Allah SWT. Pergantungan kita sepenuhnya kepada Allah SWT adalah tanda keteguhan dan keyakinan kita kepada Allah SWT. Ujian dan cabaran adalah warna warni yang memberi pelbagai corak warna kepada lukisan kehidupan ini. Dengan meluahkan segala kekusutan dan kekecewaan kepada Allah SWT mempunyai kekuatan yang tersendiri. Ia merupakan satu kenikmatan dan kelazatan dalam kita beramal.

    Untuk teman-teman yang bergelar muslim, marilah kita mencari Allah SWT di celah-celah kehidupan kita dan kita menyayangi Allah SWT dengan segenap hati kita. Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk terus hidup dengan kekuatan dan motivasi dalaman yang kuat.

    Berdoa merupakan kekuatan jika kita TAHU apa itu berdoa dengan ertikata yang sebenar.Thanks Shueqry for this post..

  6. Fasiha Says:

    Shueq, saya minta izin utk menambah pendapat kpd Mai ye..

    Mai,
    Fahamilah konsep L.O.A., ia akan kembali pada kita….
    Satu ketika saya pernah bersedih… dlm bilik seorang diri selama beberapa hari dikala selesai maghrib dan tiba2 satu hari handset saya berbunyi menandakan ada mesej masuk. Alangkah terkejutnya mesej ini menulis ayat2 memujuk seolah2 tau saya sdg dlm tekanan emosi sedngkan saya tak bercerita kpd sesiapapun hatta ibubapa sendiri, tanpa diketahui jg siapa pengirimya. Slps beberapa hari hati saya berjaya dipujuk saya hubungi semula nombor itu, rupanya… hmmm kawan saya sendiri yg baru tukar nombor. Lagi satu kes, kawan baik saya masa di kolej dulu kami menghadapi saat getir menyiapkan projek akhir. Kala itu kerana terlalu sibuk kami terpisah tanpa disedari. Saya tak perasan bahawa dia menghadapi masalah yang lbh kritikal drpd saya dan tiba2 satu hari ada seorang hamba Allah dtg pada dia memberi pertolongan tanpa diminta2. Yang pasti hamba Allah tu manusia biasa juga cuma tak kenal saja.
    Itu semua kuasa tuhan kalau kita ikhlas menghadapi sesuatu dugaan sama ada dari manusia sendiri atau dari persekiran…
    Doalah… dalam doa itu ada L.A.O.

  7. iman Says:

    Assalammuaikum,

    Wow, 4 cara cool down yg berkesan.
    yg buat saya tertarik tu cara yg kedua;menonton video2 lucu.ini pernah saya alami sendiri masa kawan saya berpindah ke sekolah lain atas sebab pekerjaan ibunya yg membawa dia utk turut merantau ke negari lain.Di sebabkan terlalu sedih dan x da keje tiba2 mak saya syorkan tonton video lucu.So klu nak musclekan perut bukalah youtube search crazy singer ataupun 2 cinese boy. Mmg menghiburkan.

  8. aizalea Says:

    salam..
    yes iman..i did the same way too..the video of the 2 chinese boy singing is really-really entertaining..and it made me laugh too :D
    menontot video-video lucu adalah salah satu kemestian bagi saya untuk mendapatkan keceriaan yang instant ^^,

Komen? Pendapat?