Cubaan, Dugaan dan Cabaran
Asmkm dan salam sejahtera..
Phew! .. sudah lama tidak menulis di sini.
Biasanya saya akan meluangkan masa dalam setengah jam sehari untuk menulis post baru.
Idea takkan pernah kering, tapi sesuatu yang tak di duga sering berlaku pada saya yang ‘mengeringkan’ waktu kerja saya. Banyak cabaran ketika bekerja di rumah ni.
Ia bukan semudah yang disangka. Walaupun bekerja di dalam bilik sewa di depan komputer dengan memakai baju t-shirt sahaja, tetapi kita tetap tidak dapat mengelak dari kerja-kerja rumah yang lain.
Kekadang saya seorang yang kena bersihkan rumah sebab kawan-kawan serumah pergi bekerja dan ini sedikit banyak menggangu waktu kerja saya, tambahan lagi bila tuan rumah start bising, sinki kotor, dapur bersepah, peti ais berbau dan ruang tamu berhabuk.
Bila ada teman rumah yang off day, terpaksa saya korbankan waktu kerja untuk membantunya membersihkan rumah dan ini berlaku 4 kali seminggu!
Selain itu ada kawan sebilik yang nak tengok VCD kat pc saya, dan saya terpaksa bagi ruang walaupun senarai kerja yang belum selesai untuk hari itu masih ada. Tinggal serumah ni kena banyak toleransi. Ada juga yang time siang masuk ke bilik dan berbual-bual panjang.
Itu belum lagi masuk tetamu yang datang tanpa di duga dan banyak menganggu waktu kerja. Dalam kes saya, sepupu saya datang ke rumah dan mengajak saya berjalan-jalan, masuk hari ni dah hari kedua saya berjalan-jalan dengannya.
Saya terpaksa mengantar email dari cyber cafe ketika kami sedang berjalan-jalan di shopping complex. Senarai kerja saya yang ditangguh sudah semakin panjang dan saya sudah semakin ketinggalan, fulus yang masuk juga agak slow sebab saya jarang online.
Sungguh malang kerana pc saya di rumah tak dapat di bawa ke mana-mana. Kalau saya ada Laptop, boleh singgah di Starbuck atau McD dan online free dari sana untuk sejam dua, itu lebih baik dari tak buat apa-apa.
Sebelum ni, ada kawan-kawan saya yang datang ke rumah dan saya meluangkan masa sehingga 2 jam hanya untuk berbual kosong. Dalam hati saya berazam mahu ada pejabat sendiri satu hari nanti, bukan lagi ‘pejabat’ di sudut kecil bilik sewa saya sebab banyak ‘cobaan’ yang datang.
Kalau saya balik kampung, kena ulang alik ke pekan Semporna tu untuk online. Cyber cafe kat sana murah, RM2 sejam dan Internet agak laju. Saya menghabiskan RM10 semata-mata untuk bayar tambang kereta sapu dalam sehari.
Tapi nak amik public transport, saya kena jalan kaki ke jalan besar dari rumah sepanjang 1KM. Kereta pula diguna oleh bapa saya. Sebab itu saya jarang balik kampung, di Kota Kinabalu banyak kemudahan yang boleh saya manfaatkan termasuk kemudahan Perpustakaan Negeri Sabah yang agak dekat dengan rumah sewa saya.
Salah satu, kena tahan telinga kerana kawan-kawan suka membanding-banding kerjaya saya dengan kerjaya ‘koprat’ kawan-kawan lain yang duduk kat pejabat. Diorang tak berapa pandang bab-bab bisnes Internet ni.
Saya juga sering di sindir kerana banyak menghabiskan masa di depan pc dari pagi sampai ke malam, terceruk di sudut kecil bilik sewa saya. Tapi saya buat donno saja, janji saya tak kacau orang lain dan tak cari masalah.
Heran juga mengapa orang lain asyik memandang rendah kerjaya saya, padahal saya tak pernah berkata sedikit pun pasal kerjaya mereka yang kat dalam shopping complex sebagai Sales Assisitant, jaga kedai, promoter dan part time promoter.
They keep talking about me, my job and my pc. What is wrong with me?
Sabar hanyalah satu-satunya yang boleh saya buat dan jadikannya pembakar semangat untuk terus bekerja serajin yang mungkin, seproduktif yang mungkin.
Saya memang sengaja tak menampakkan segala yang canggih manggih, perabot lengkap dan talian Internet wireless sebab target saya bila dah ada rumah sendiri barulah saya lengkapkan semuanya, selengkap yang mungkin untuk memudahkan perjalanan bisnes.
Rumah sewa sekarang ini hanyalah sementara dan tempat untuk saya mengumpul modal. Saya sudah cukup bersyukur kerana rezeki sentiasa murah dalam beberapa minggu ni dan tuan rumah saya juga tak pernah minta caj lebih untuk talian Internet dan talian telefon.
Dalam time bujang ni, saya mahu berjimat dulu dan dalam masa yang sama gandakan income seganda yang mungkin, sebanyak yang mungkin dan semaksima yang mungkin.
Dalam Internet ada banyak cari untuk make money cara halal selain jual barang dan jual perkhidmatan. Sebenarnya ada lagi cara lain.
Paling penting, be creative dan berani mencuba sesuatu yang baru.
Pengalaman mengajar saya kekreatifan seseorang di Internet amat dihargai kerana ia menjadi unik dan lain dari yang lain.
Tapi kalau di dunia sebenar perkara sebegitu susah untuk diterima logik akal dan dianggap ’sasau’, gila dan sewel.. hehe ..
Lihat saja Alex Tiew, pelajar Universiti berumur 21 tahun dari Britain yang menjadi jutawan dalam masa 4 setengah bulan kerana menjual 1 juta ruang ikan dengan harga $1 setiap satu.
Dengan menjual satu juta ruang iklan itu, dia dapat untung bersih 1 juta ! Idea yang sungguh unik, kreatif dan tak pernah dibuat oleh sesiapa di waktu itu. Gambar dia kat sebelah ni.
Bila di tanya apa rahsianya, dia menjawap takde apa-apa yang rahsia, cuma perlu jadi kreatif, berani dan buat. Lihat website yang dibina olehnya di http://www.milliondollarhomepage.com
Akhir kata, kita hanya ada 24 jam dalam sehari. Selepas ditolak 8 jam waktu tidur kita ada 16 jam lagi.
Tolak ngan waktu kerja 8 jam, ada 8 jam lagi. Terpulang pada Anda untuk mengurus baki masa 8 jam tu.
Ia bukan setakat memanfaatkan masa, tapi berkenaan dengan skill mengurus masa.
Wassalam.
- shueqry -
all for one, one for all.
Baca Lagi:
2 Hari Menghilang
Sediakan Blueprint
Jangan Pandang Rendah Orang Lain
Bertangguh Cara Bijak
Komen Anda?