Debat Isu Harga Minyak Terkandung Satu Motivasi Tersirat
Saya ada menonton live streaming di Internet debat intelektual isu harga minyak di antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Datuk Shabery Cheek. Thanks pada Labanon sebab berkongsi laman web yang ada siaran live streaming di Internet.
Thanks juga pada pembaca iMotivasi, Shakeerah Sharif. Saya tak tahu yang debat tu ada siaran langsung.
Seperti Irfan Khairi, saya jarang membaca berita atau membeli suratkhabar. Berita yang berlambak di Internet saya jarang baca, sebab akan membuat saya berfikiran negatif.
Sambil chat dengan seorang orang pembaca iMotivasi, telinga saya menangkap isi debat. Kesnya di antara ekonomi global yang mempengaruhi kenaikan harga minyak dan nasib rakyat, terutama yang berdendapatan rendah.
Selesai saja debat tu, saya berfikir sejenak. Kedua-dua tokoh menghuraikan fakta, bukan sekadar cakap.
Lalu saya bertanya pada diri sendiri apa motivasi yang terkandung di dalam isi-isi debat yang saya dengar tadi.
Isu rakyat menderita kenaikan harga minyak menjadi fokus. Disebakan kenaikan harga minyak, banyak harga barang pengguna naik mendadak.
Kita sepatutnya sedar, bila harga barang dah naik, usaha mencari rezeki juga kena naik. Kasi up, kasi double.
Kita mesti kerja dua kali ganda lebih keras, dua kali ganda lebih rajin meningkatkan pendapatan kita. Tak boleh nak duduk saja meratapi kesedihan harga minyak naik.
Hidup takkan berubah dengan cara itu. Kita kena keluar dan bekerja dengan lebih pintar, dipacu oleh kesungguhan yang dua kali ganda lebih kuat.
Kita mesti bina sumber pendapatan kedua selain income sedia ada. Berhenti salahkan mana-mana pihak sebab harga barang naik, tapi lihat pada diri sendiri dulu.
Doublekan kerajinan menambah pendapatan, dengan itu, walaupun setinggi manapun minyak naik, kita tetap masih mampu membeli minyak.
Kita tak puas hati harga minyak naik sebab pendapatan kita terhad. Kos belanja pula semakin meningkat, tak terkawal oleh kita. Oleh sebab pendapatan dah terhad, maka kita mahu semuanya murah, jimat dan rendah harganya.
Bila apa yang kita mahu tak tercapai, kita mula tak puas hati. Tapi, kita tak boleh mengawal harga. Kita hanya boleh mengawal kudrat kita yang kita gunakan mencari rezeki.
Jumlah gaji kita pun kita tak boleh kawal. Kita boleh minta berapa jumlah gaji yang kita mahu, tapi BOSS kita yang menetapkan berapa dia nak bagi, jadi memang kita tak leh kawal income kita di situ.
Kita hanya boleh kawal minda kita, usaha kita, kudrat kita, tenaga kita.
Jadi, apa kata kita ubah diri menjadi kuat bekerja, lebih rajin dari kita yang asal dulu. Kan lebih baik camtu?
Bila dah tekad bekerja kuat, doa pada Allah kena ada, gabungan mindset dan matlamat juga kena ada.
Biar kita work hard in smart way, supaya apa yang kita usahakan benar-benar mendatangkan hasil.
Well, saya rasa saya tak layak nak berblog tentang isu harga minyak. Apa yang saya tulis ni adalah apa yang saya nampak, yang terbit dari fikiran seorang blogger motivasi.
Kata-kata di mulut kita, di fikiran kita dan di hati kita adalah doa. Apa yang kita doakan, itulah yang akan ditarik datang pada kita.
Allah sentiasa memakbulkan doa hamba-hambanya, tak kira cepat atau lambat. Minda separa sedar kita pula akan setiasa menarik apa yang difikirkan oleh kita. Maka, kita menjadi apa yang kita fikirkan!
Bila kita tak puas hati dengan kenaikan harga minyak, ibarat kita meminta harga minyak tu makin naik sebab dalam hati kita asyik merungut harga minyak naik. Ia dah menjadi satu doa dalam diam.
Tambah lagi, bila kita berbincang dengan kengkawan dan sama-sama merungut pasal harga minyak naik, maka bertambah-tmbah lagi doa supaya harga minyak makin naik.
Dari aspek metafizik dan spiritual, semuanya yang Anda katakan, lafazkan dan rungutkan, akan ditarik datang pada Anda.
Emosi Anda menjadi getaran energi atomik yang menarik situasi-situasi datang pada Anda. Semua akan terjadi secara kebetulan, secara tiba-tiba.
Kita kena berubah.
Dalam fikiran kita, biar penuh dengan idea-idea bagaimana nak menjana sumber pendapatan sampingan yang stabil dari perniagaan kecil-kecilan atau kerja-kerja part time.
Tangan kita pula, biar penuh dengan usaha sungguh-sungguh mencari rezeki dari sumber pendapatan kedua kita, supaya kita boleh hidup dengan lebih senang lagi, mampu membeli walau setinggi mana harga barang naik.
Percakapan kita, biar sarat dengan semangat membara mahu merubah nasib, mahu kewangan yang lebih stabil supaya kita boleh memberi yang lebih baik buat ahli keluarga kita sampai bila-bila, selagi kita masih bernyawa.
Sibukkan diri dengan kerja, elak dari menyibukkan diri dari bercakap hal ehwal semasa. Masa yang ada amat berharga!
Orang yang kuat bekerja, lebih bermotivasi dari orang yang kuat bercakap saja. Untuk jadi bermotivasi, banyakkan bekerja dari bercakap.
Usah gusar harga minyak naik, tapi gusar jika pendapatan kita tak naik-naik.
Kita kena berubah menjadi insan yang kuat berusaha, walau sesusah manapun rintangan yang melanda.
u are right shueqry
but naik terlalu cepat kot yang tu hangpa duk bising2
anyway Congrats for new blog. Baru tahu skang dah jadi iMotivasi. Nama techno cam iphone, igoogle etc
↓ Quote | Posted July 18, 2008, 3:49 pmurut sj lah dada, 2 hari ulang-alik kerja minyak sj rm50 belum masuk tol..lol lg.hihihi..
↓ Quote | Posted July 18, 2008, 4:42 pmwahhh byk tips la kat sini. hehe
↓ Quote | Posted July 18, 2008, 8:44 pmRuza,
Maknanya kena cari income sampingan la tu
KNizam,
Thank you. Selamat datang ke iMotivasi dot kom.
Meh join komuniti kami, dah lebih 1300 orang subscribers!
↓ Quote | Posted July 19, 2008, 12:07 am“you cannot change the direction of the wind, but you can adjust your sail”
↓ Quote | Posted July 19, 2008, 10:38 ambetul tuh shueqry.. Bila kita asik nak cakap pasal harga minyak naik - yang kita takde kuasa pun nak turunkannya.. Secara tak langsung fikiran kita asik rasa susah jer.. Bila dah fikiran kusut, buat apa pun tak jadi..
Apa yang saya lihat adalah ramai orang sibuk nak tengok kerja orang lain, tapi kerja sendiri langsung tak buat pun..
↓ Quote | Posted July 21, 2008, 1:10 am