Dilema Sebuah Blog Motivasi

Seringkali slogan saya adalah, hidup perlu kuat, perlu ada motivasi. Semua itu takkan ada jika Anda tak memulakannya dari fikiran terlebih dahulu.

Saya sering mencari-cari produk tambahan yang boleh saya rekemenkan pada Anda. Saya mengakui, setakat ini, ebook Magnet Rezeki masih tak ada penggantinya. eBook itu adalah satu-satunya produk digital terbaik dalam topik pembangunan diri untuk saya rekemenkan pada Anda.

Oleh kerana ramai pembaca blog iMotivasi mencari maklumat tentang motivasi diri, tips pembangunan minda dan petua menggunakan kuasa minda, saya berpendapat eBook Magnet Rezeki adalah pilihan paling ngam.

Tahniah buat kak Linn kerana menulis sebuah ebook yang benar-benar praktikal, senang diikuti dan semestinya berkesan.

Pada mulanya saya tak meletak link affiliate di blog sebab saya memfokus pada perkongsian artikel dan penambahan input-input motivasi sahaja. Namun, beberapa orang pembaca setia memberi cadangan supaya saya menjana pendapatan dari blog motivasi ni.

Sebab, kata mereka saya dah banyak berkongsi ilmu motivasi yang semuanya saya share percuma saja. Tak berbaloi kalau saya tak dapat apa-apa sebagai balasan di atas kerajinan saya membuat orang bersemangat melalui penulisan artikel motivasi di blog ini.

Kata mereka lagi, sampai bila saya akan menulis secara percuma? Saya dah banyak mencurah masa, kerahan tenaga bahkan wang sekali.

Blog iMotivasi satu masa nanti sampai ke tahap professional, maka penulisnya harus mendapat ganjaran setimpal, baru orang buka mata pada blog-blog motivasi!

Ujar mereka lagi, harus bangga kerana blog iMotivasi berjaya muncul sebagai satu-satunya blog motivasi popular, paling menonjol. Maaf, nama mereka yang menghantar email ni terpaksa saya rahsiakan.

Well, terima kasih pada pembaca-pembaca yang hantar email sebegitu. Masih berlambak email lain yang belum saya baca. Beri saya sedikit masa mempertimbangkan idea tersebut.

Bagi Anda yang masih baru dalam dunia blogging, sering di kejutkan dengan frasa ‘buat duit dari blog’. Mesti Anda tertanya kenapa tak ada walau seciput iklan di blog motivasi ni.

Saya hanya meletak iklan bersesuaian dengan topik motivasi. Walaupun saya pernah meletak iklan Nuffnang dan Advertlets diperingkat awal, iklan yang keluar lari sepenuhnya dari topik motivasi lalu pembaca melabelkan saya sebagai blogger yang nakkan duit saja.

Saya tak mahu begitu. Oleh demikian, lenyaplah iklan Nuffnang dan Advertlets dari blog iMotivasi beberapa bulan lalu. Tak ada advertiser yang sesuai untuk blog motivasi saya, pihak Nuffnang sendiri mengakui hal ini.

Iklan yang keluar di blog-blog lain seperti blog hiburan, politik dan blog peribadi turut keluar di blog saya, jadi tidak ada keunikan untuk blog motivasi saya di situ. Di mata pembaca, nyata yang saya hanya mahukan duit dari penayangan iklan!

Apa pendapat Anda? Patutkah saya meletak link affiliate disini?

Adakah patut saya menjana pendapatan sedikit dari blog motivasi kesayangan ramai ni? Walaupun saya tahu soklan ni soklan budak-budak, saya hanya mahu respon dari pembaca-pembaca blog motivasi saya.

Saya amat perlukan komen Anda. Cadangan di alu-alukan!.

SMS ke 016 834 0107.

Atau, tinggalkan pesanan di Yahoo Messenger saya (bagi yang belum add, letak ID saya shueqry@yahoo.com jika nak berchat seminit dua!)

Ataupun, reply email yang saya hantar pada Anda melalui khidmat FeedBurner.

Cara lain, hantar email terus ke alamat imotivasi@gmail.com

Paling senang, letak komen dalam ruang chat box di muka depan blog iMotivasi.

Saya bertanya, patut atau tak patut saya meletak link affiliate di blog ni?

Beri komen Anda…saya tunggu.

Share This Post

3 Responses to “Dilema Sebuah Blog Motivasi”

  1. arejae Says:

    Salam shueq, pendapat saya patut diletakkan. :)

  2. Anonymous Says:

    Salam Shueqry,
    Yg Tak Jemu Menanti berkata,
    Apa kabar, lama sy tak kesini mmg sy selalu sibuk. Tahu2 lawat disini dah banyak artikel sy ketinggalan membacanya. Walaubagaimana pun jutaan terima kasih kerna selalu berkongsi info yg berguna utk kami semua.
    Dah nak setahun lebeh dah sy ikuti perkembangan blog awak dan dah bermacam2 suka duka kita semua tempuhi. Ini lah soalan yg sy tunggu kini sy beri pendapat dan komen atau cadangan sy. Kalau hendak ikutkan Shueqry dah seangkatan dgn blogger lain maksud sy dlm hal finance. Soklan awak bukan soklan budak-budak, sy berpendapat utk long run seperti yg lain setuju yg mana, “Adakah patut saya menjana pendapatan sedikit dari blog motivasi kesayangan ramai ni?” Tentu sekali, bukan sedikit malah banyak jua pun boleh rezeki yg hak yg memberi, tak usah hiraukan pdpt negative. Rezeki depan mata Shueqry aje, Shueqry dah boleh upgrade in so many ways. Sebenarnya cari rezeki adalah ibadah jua. Kalau sy hendak beri cadangan berjela jela jadinya. Mithalnya dari artikel ini boleh dibuat buku, affiliate tentu sekali, iklan jangan cakap dan berbagai2 cara lain lagi.
    Tapi cakap sy bukan baru dah ramai dah beri cadangan. Tapikan tak siapa tahu apa dlm pemikiran Shueqry. Kenapa dia masih lagi berfikir kalau hendak kata offer jangan cakap ramai dah offer dah tapi masih lagi berfikir. Sekali lagi sy berkata nak ikutkan Shueqry dah sama dgn teman2 blogger yg lain dalam perihal finance. Rezeki yg anda perolehi ada lah hak anda pemberian yg hak utk anda terus maju dan membantu semua orang yg selalu ingin memotivasikan diri masing2. Itulah sy katakan Sheuqry ni unik hanya dia saja boleh kata dah sedia ke belum.
    Sorry ya Shueqry panjang tul komentar sy. Sy akan lawat lagi jika waktu mengizinkan dari masa ke semasa. Sy ucapkan semuga Shueqry berjaya dlm segala urusan yg diimpikan. Salam Hormat. Terima Kasih.
    “Yang Tak Jemu Menanti”/~(*_*)

  3. Thinkerich Says:

    shueqry,

    Letakkan link affliate..supaya ada seri skit..ibarat rancangan TV, kalau letak iklan baru tak boring…

    Salam kekayaan,

    THINKERICH

Komen? Pendapat?