Diri Sendiri Pendorong Kejayaan
Ini adalah post yang ke 444 untuk blog iMotivasi. Alhamdulillah, dengan usaha yang berterusan (meskipun banyak memakan usaha, tenaga dan masa) saya berjaya sampai ke level ini. Kejayaan ini amat bermakna buat saya…
Teringat kata Dr Tuah Iskandar, “pendorong utama kejayaan dan kecemerlangan adalah dari Anda sendiri”.
Semangat yang kuat di sertai dorongan dalaman berupaya membantu mencapai segala hasrat dan cita-cita yang diidamkan. Saya mengaku blog ini satu-satunya perkara yang menjadi fokus minda saya.
Selain tu, saya juga mahu blog ini menjadi semakin popular, supaya mesej-mesej motivasi di dalamnya sampai kepada lebih ramai orang di ruang internet Malaysia.
Secara default, memang kebanyakan dari kita senang mahu memandang rendah orang lain, apatah lagi kalau kita melakukan perkara yang ‘ganjil’ pada pandangan mata mereka. Terpulang pada Anda cemana, tapi bagi saya, saya buat ‘donno’ aje.
Saya tak kisah tu semua, janji saya terus berusaha mencapai target yang saya set untuk diri sendiri, dalam masaa yang sama terus rajin belajar. Terus terang matlamat yang saya set untuk blog ni masih jauh. Selama beberapa tahun kebelakangan ni, saya menjadi ‘goal oriented’.
Untuk mencapai target, saya memerlukan inspirasi supaya sentiasa bermotivasi. untuk mendapat inspirasi, saya banyak membaca kisah kejayaan orang lain, terutama kisah kejayaan Lance Armstrong dan Dr Sheikh Muszaphar. Setiap hari, saya juga banyak membaca kisah-kisah kejayaan yang banyak terdapat di internet.
Kesimpulannya, hanya Anda saja yang boleh mendorong diri sendiri untuk mencapai kecemeralangan. Anda ada orang lain yang membantu menaikkan semangat Anda, itu sudah di kira sebagai bonus!.
April 24th, 2008 at 11:02 pm
Wah, nampaknya semangat Shueqry menjulang-julang.
Tahniah sekali lagi atas kejayaan anda.