Doakan Orang Lain

Sebenarnya perkara ni terlalu asas, tapi ramai dari kita yang melupakannya.

Dalam sehari, berapa kali kita mendoakan orang lain? Selain kita, mungkin kita mendoakan kesejahteraan mak dan ayah serta guru-guru kita, tapi adakah Anda berdoa untuk orang lain lebih daripada itu?

Sama ada jawapannya ya atau tidak, yang penting mulai hari ini, latih diri anda untuk mendoakan kejayaan dan kecemerlangan orang lain, lebih dari Anda sendiri. Lebih banyak kita mendoakan kejayaan orang lain, lebih banyak juga doa kejayaan yang kita dapat.

Dulu saya jarang mendoakan kawan-kawan saya serta Anda sebagai pembaca setia blog motivasi ni. Tapi, kesedaran timbul bila saya melihat orang lain yang lagi susah kehidupannya dari saya.

Lalu, tergerak niat di hati untuk mendoakan kesenangan hidupnya, walaupun dia tak pernah kenal saya siapa.

Hukum alam tak pernah silap. Bila kita banyak memberi tanpa mengharapkan balasan, maka akan banyak juga yang kita terima dalam jumlah yang tak disangka-sangka. Tak kisah sama ia dalam bentuk ilmu, duit, pertolongan mahupun benda.

Jadi, andai Anda banyak mendoakan orang lain, maka dalam masa yang sama, lebih ramai orang akan mendoakan kejayaan Anda. Lama-kelamaan, membentuk satu komuniti motivasi yang cemerlang dan berjaya!.

Mulai saat ini, latih diri Anda mendoakan kejayaan orang lain, sesiapa saja yang Anda kenali.

Doakan kejayaannya bukan saja supaya dia lulus periksa dengan cemerlang, tapi doakan supaya hidupnya sentiasa cemerlang, kerjayanya cemerlang, ahli-ahli keluarganya cemerlang dan kewangannya cemerlang. Doakan dengan ikhlas, seperti Anda benar-benar mahu melihatnya berjaya, secemerlang yang mungkin, mencapai kejayaan setinggi yang mungkin.

Rahsia kejayaan diri sendiri adalah dengan memfokus pada kejayaan orang lain dulu. Bukan saya yang kata, tapi Anthony Robbins yang kata.

Buktinya, Anthony Robbins berjaya menjadi motivator paling dikenali serata dunia kerana dia murah hati membimbing kejayaan orang lain dan membuat sesiapa saja merasa dekat dengannya, mendoakan kejayaan mereka walaupun pertama kali berjumpa dengan dirinya.

Buat mak dan bapa saya, doa untuk mereka tak pernah putus. Buat Ani, Farah, Azizi dan Fakhri, you all give me unlimited strength to go on unknown path. Blog motivasi ini takkan maju dengan adanya aspirasi dari kamu semua.

Mereka ni adik-adik saya. Walaupun saya berjauhan dengan mereka, nama-nama in tetap dekat di hati saya. Saya mendoakan kejayaan mereka setiap hari, bahkan setiap kali saya bersolat.

Buat Shida dari Dublin, thanks a million sebab menghantar sms dari jauh!

Thank You…terharu sungguh saya dibuatnya.

Ini pertama kali saya menerima sms dari Dublin, Ireland. Selalunya sms datang Brunei, Indonesia, Filifina, Thailand dan Mesir.

Sungguh tak disangka.. Shida selalu datang ke sini, setiap kali, berkali-kali dalam sehari. Sekali lagi, thank you buat Shida.

Saya dan rakan-rakan pembaca di blog iMotivasi akan sentiasa mendoakan kejayaan awak di sana..

Share This Post

6 Responses to “Doakan Orang Lain”

  1. shidashi Says:

    Salam..actually I am the one who should say thanks to u..thanks a million because your writings have changed me a lot..=)

  2. Shueqry Says:

    Wkslm Shida ..

    Terkejut saya lihat nama awak di sini, thanks for coming!

    Rasa semakin bersemangat, bila dapat tahu blog saya dapat memberi perubahan kpd awak.

    Shida, Thank You..Moga satu hari nanti, kita dapat bersua muka.

    -Shueqry-
    kota kinabalu

  3. Anonymous Says:

    Artikelmu sangat bermakna. Saya setuju kita perlu mendoakan orang lain. Selain belajar mencintai orang lain juga berguna untuk mengurangi keegoisan kita. Mwnurutku saat berdoa untuk orang lain atau membantu orang lain, alangkah indahnya kita melakukan tanpa mengharapkan balasan seakan-akan itu untuk Tuhan.
    chun-eng@blogspot.com

  4. zool Says:

    Ye lah.. kadang2 nak doakan diri sendiri pun lupa..
    Tq shueqry sebab subscribe ligakampung.com

  5. Shueqry Says:

    Zool,

    sama-sama. itu sebagai tanda sokongan saya pada blog Zool. Teruskan menulis.

    Chun Eng,

    terima kasih kembali, thanks for being here with all of us. Thank You.

    -Shueqry-

  6. Dik Mal Says:

    sentiasa mendoakan abg shueqry dari jauh! :)

Komen? Pendapat?