Domain Baru iMotivasi.com
Saya amat gembira hari ini.
Makin bersemangat rasanya nak bekerja dan berkongsi tips-tips motivasi dengan Anda setiap hari.
Web address asal blog saya http://shueqry.blogspot.com telah saya tukarkan ke http://www.imotivasi.com . Huruf “i” tu untuk “internet, ilmu, inspirasi dan informasi”
Namanya juga agak catchy dan senang melekat di ingatan. Setelah saya gagal mendapat nama domain eMotivasi.com, nama iMotivasi.com saya pilih dek keringkasannya dan ke’simpel’an namanya.
Saya cuma terlambat sedikit, tetapi dalam dunia internet, kealpaan yang kecil mengakibatkan kerugian yang amat besar, berpanjangan pulak tu! Thanks pada SempoiHosting.com, saya benar-benar puas hati support dari mereka.
Selain blog motivasi ini, Anda juga akan bertemu dengan nama blog-blog motivasi Malaysia yang lain, terutama MotivasiKejayaan.com dan MotivasiBelajar.com kelolaan Osman Affan, salah seorang motivator yang saya kagumi.
Tak lupa, Kejayaan.net dan eMotivasi.com
Coming soon, akan ada MotivasiUsahawan.com dari saudara Zul SmartUsaha.
Sejak dari pagi tadi saya tak sabar-sabar nak menulis post pertama di domain yang baru. Oleh kerana keghairahan melampau dek excited yang amat sangat, saya hanya tidur selama 3 jam!
Jujur dari hati, Terima Kasih atas sokongan berterusan dari Anda.
Tanpa Anda, blog motivasi ini takkan teguh berdiri dan makin popular dari sehari ke sehari, dah tak boleh nak stop lagi dah.
Selain bilangan rss subscribers yang terus naik mendadak, jumlah pengunjung harian serta unique visitors juga semakin bertambah ke 600-1,500 orang sehari. Saya menggunakan tools dari StatCounter.com
Jumpa di artikel akan datang. Saya nak berkongsi dengan Anda satu lagi blog yang saya temui.
Ayatnya unik, puitis dan yang paling penting, menyentuh hati!
Blog siapakah itu?
April 3rd, 2008 at 1:36 pm
Tahniah dengan domain baru laman web saudara dengan nama yang menarik dan mudah diingati. Saya doakan semoga laman web saudara banyak memberi manfaat kepada kami pembaca semua. Tiada yang mustahil.
Ahmad Azal Afarok
http://www.binausahawan.com
April 3rd, 2008 at 8:12 pm
Tahniah Shueqry atas kejayaan yang dicapai.
Anda melangkah setapak ke hadapan lagi dan langkah ini merupakan langkah yang BESAR!
Semoga Shueqry terus berjaya.
April 3rd, 2008 at 8:47 pm
Tahniah Abg Shueq!
April 4th, 2008 at 10:39 am
yah.. congrats to u bro!
April 4th, 2008 at 12:38 pm
Miss Rass berkata..
Salam Shueqry,
Tahniah dan Syabas atas kejayaan anda ini. Terima kasih kami juga, tak terucap kerna berkongsi artikel yg telah banyak membantu.
Tidur 3 jam dah kirakan bagus tu kami faham.
Saya kira saya tahu maksud puitis tu kepunyaan siapa. Kalau tak silap ianya ada disini. Sama2 lah kita nantikan siapa kah gerangannya. Salam Ceria.
April 17th, 2008 at 4:39 pm
Tahniah shueqry. Semoga segala perkongsian ilmu di blog ni akan memberi manfaat kepada ramai orang.
- smartzul