Download Percuma Majalah Internet Marketer Malaysia

Walaupun saya berehat sebentar dari internet marketing, personally saya rekemenkan Anda supaya download Majalah IM.

Majalah digital ni satu permulaan yang rakan-rakan pembaca yang bersemangat tinggi mahu menjadi usahawan internet, satu susunan ilmu yang takde pada zaman saya bermula dulu dalam bahasa Melayu.

Tambahan pula, ramai Internet marketer tempatan yang saya kagum berkumpul, terutama Galadriel, Syed Ikhwan, Irwan Dahnil, Tazilan dan Zamri Nanyan.

Teringat pada awal tahun 2006, saya lebih banyak menumpu pada pasaran US dan menjadi affiliate ebook sekali ngan software, then saya beralih arah menjadi freelance copywriter walaupun ketika itu English saya tunggang langgang.

Minat punya pasal, saya ‘kerjakan’ saja walau satu projek cuma dapat USD$11, dalam masa yang sama rajin menulis dalam bahasa Inggeris untuk memperbaiki skill copywriting.

Saya tak teruskan hari ni, sebab berpindah rumah dan memasang talian baru internet yang baru juga mengundang banyak cabaran. Pc saya dah jual untuk menampung kos, jadi memang out dah..

Majalah IM merupakan eBuku dalam Format PDF yang Anda boleh baca di skrin komputer atau print terus. Selain tu, Anda juga boleh attach melalui email lalu send pada kengkawan, keluarga mahupun rakan bisnes Anda.

Download Majalah IM di sini, anda perlu masukkan Nama dan alamat email dulu.

Selepas tu, log in ke email Anda dan klik link ‘verify’ supaya Anda boleh download Majalah IM dari link yang diberikan. Masuk ke bahagian inbox email Anda.

Link download diberikan sesaat selepas tu. Proses download juga cepat, tak sampai 2 saat.

Tabik pada Labanon, dia rajin memberi info percuma!

Anda boleh baca artikel berkualiti dari pakar motivasi Osman Affan dan blogger motivasi usahawan, Zul SmartUsaha.

Download cepat, selagi maklumat di dalamnya masih percuma.

Share This Post

2 Responses to “Download Percuma Majalah Internet Marketer Malaysia”

  1. ahib0205 Says:

    Tak lama lagi bro akan menulis di situ pulak :)

  2. Etavasi Says:

    Wow percuma majalah best lah :)

    Etavasi with
    Share Something 2 You

Komen? Pendapat?