Dr Fadzilah Kamsah - Keseronokan Bekerja Bhg 2
Masih lagi kita bersama dengan Dr Fadzilah Kamsah dalam tajuk Keseronokan Bekerja. Pada video motivasi kali ini, Dr Fadzilah Kamsah memberikan beberapa tips untuk membuat kita seronok di tempat kerja.
Untuk menjadi seronok di tempat kerja, gunakan tips ini :
- Keseronokan dan keceriaan bermula daripada diri kita. Mulakan daripada diri kita, jangan berharap orang lain yang memulakan rasa ceria. Ceria tak ceria, terpulang pada diri kita.
- Jangan izinkan orang lain buat kita tak ceria. Jangan izinkan mereka buat Anda tak ceria dan tak seronok.
(tip untuk mengelakkan video ni tersekat-sekat - Selepas klik Play, klik Pause dulu dan tunggu hingga bar berwarna merah tu sampai ke hujung. Selepas itu klik butang Play semula, streaming video akan jadi lancar).
Selain itu, Dr Fadzilah Kamsah menjawap 2 soalan, satu dari En. Hafiz dan satu lagi dari Cik Liza. Bagaimana mahu menjadi seronok datang bekerja di hari Isnin, kebetulan pula dikala boss tengah bad mood pagi-pagi hari Isnin.
Ini jawapan dari Dr Fadzilah Kamsah :
- Kita masih berada dalam mood berehat pada hari Ahad dan Sabtu, bukannya mood bekerja. (jadi, ubah mood pada mood bekerja !)
- Jangan disebabkan oleh orang lain, kita jadi bad mood. Kawal mood kita sendiri.
- Boos bad mood, kita ceria, senyum, buat macam biasa.
- Doakan orang lain supaya mood mereka jadi ceria.
- Ceriakan orang lain di sekitar tempat kerja.
- Cara terbaik untuk seronokkan diri, seronokkan orang lain terlebih dahulu.
- Seronok biar bertempat.
Manakala jika kita bekerja sendiri (usahawan), bagaimana nak menceriakan diri di tempat kerja? Macam mana seronokkan diri sendiri bila kita bekerja sendiri?
Ini beberapa tips dari Dr Fadzilah Kamsah :
- Be your own boss, kawal emosi diri, kerana tiada siapa yang akan mempengaruhi emosi Anda di tempat kerja Anda.
- Berdoa supaya jadi seronok, terapkan mindset seronok.
- Ubah suasana kerja dengan terapi warna ceria, ubah warna dinding dan persekitaran kerja, seperti warna kuning, biru, pink, hijau dan oren.
- Cari sesuatu yang boleh di jadikan ‘momento’, sebagai kenangan situasi masa lalu yang pernah membuatkan Anda seronok.
Ade ke keseronokan ditempat kerja? Memang ada!
Bila Dr Fadzilah Kamsah cakap pasal makwe, saya takde gamba nak letak. Er, ada sesiapa nak bagi? Thank You !
- Shueqry -
all for one, one for all.
Video Motivasi Berkaitan
- Dr Fadzilah Kamsah - Wanita Menangis Bhg 1
- Dr Fadzilah Kamsah - Wanita Menangis Bhg 2
- Dr Fadzilah Kamsah - Wanita Menangis Bhg 3
- Dr Fadzilah Kamsah - Mengatasi Rasa Rendah Diri Bhg 1
- Dr Fadzilah Kamsah - Mengatasi Rasa Rendah Diri Bhg 2
- Dr Fadzilah Kamsah - Mengatasi Rasa Rendah Diri Bhg 3
- Dr Fadzilah Kamsah - Mengatasi Rasa Rendah Diri Bhg 4
Recomended !
MagnetRezeki.com
bagaimana memanfaatkan kuasa minda sebagai pemurah rezeki