Dua Situasi Yang Mencabar Fikiran Positif
Bagi Anda yang telah berjaya membentuk diri sendiri membina sikap positif, tindakan positif dan fikiran positif, tahniah diucapkan. Terus positif!
Untuk kekal positif, terlebih dahulu kita perlu tahu bagaimana dan situasi apa yang akan kita hadapi nanti. Orang yang berfikiran positif sentiasa berdepan dengan banyak cabaran kerana setiap hari akan berjumpa banyak situasi yang kadangkala menyebabkan dia jatuh ke fikiran negatif, terutama ketika marah, stress, sakit hati atau cemburu.
Marah adalah sikap dalam diri yang menjadi pencabar utama pada fikiran positif. Sesetengah orang tak boleh tahan sabar, tak leh nak tahan marah, mesti meletup punya. Marah akan menyebabkan kita hilang pertimbangan logik, selain mendorong tabit suka menghambur rasa tak puas hati tanpa bertapis.
Apa nak buat bila Anda marah? Cemana nak berfikiran positif ketika sedang marah? Boleh buat ke?
Marah sifatnya api. Jadi untuk memadamkan api, kita kena cari air supaya api tu padam lalu menghilang. Air ni sifatnya sejuk, tenang, damai. Bagi kita manusia, kesejukan, ketenangan dan kedamaian ada dalam sikap pemaaf dan saat Anda meminta maaf juga ketika sedang berada di tempat tenang.
Setiap kali Anda marah, kawal diri Anda, kenal pasti bila Anda nak marah cemana. Saat mula marah, tahan marah tu sebab ia akan menjadikan Anda hilang kawalan.
Paling teruk, Anda akan hilang kawan, hilang saudara mara, hilang kasih sayang keluarga tanpa Anda sedari. Sebelum menyesal sendiri, lebih baik Anda fikir dulu sebelum naik marah atau naik angin tiba-tiba.
Bila sedar yang Anda marah, minta ampun banyak-banyak daripada Tuhan. Bagi yang Islam, ucap istighfar banyak-banyak daripada Allah swt. Rasa meminta maaf dari lafaz istighfar tu akan meresap jauh ke dalam sanubari lalu menerbitkan keinsafan, yang sifat sejuknya boleh memadam api kemarahan.
Minta maaf juga dari rakan-rakan, keluarga dan yang tersayang, mana tahu, ada yang terasa. Paling penting, Anda kena maafkan diri sendiri, kena terima kesilapan diri sendiri kerana tak mengawal sikap marah.
Tanamkan tekad yang Anda akan mengawal rasa marah lain kali.
Tanam tekad supaya Anda sentiasa jaga emosi Anda!
Stress, biasanya muncul dari kesibukan kerja, sebab kurang rehat, kurang tidur, kurang kasih sayang atau ketika dimarah atau diherdik dengan suara tinggi tiba-tiba. Seperti marah, stress juga sifatnya api kerana ia bagai membakar marak di dalam kepala sehingga kita jadi tertekan.
Cemana nak berfikiran positif bila Anda dah mula stress?
Lain orang lain caranya. Tapi, cara yang biasanya berkesan adalah dengan mencari tempat yang tenang, sunyi, damai dan sejuk. Lawan stress kena cari suasana yang bersifat sejuk. Sama seperti kita simbah api dengan air, last-last api tu padam.
Sesetengah orang suka berenang untuk kurangkan stress. Ada yang suka bergelak ketawa walau di hatinya penuh dengan stress yang susah nak diterangakan kepayahannya. Ada juga di antara kita suka meluah dengan rakan kerana berbuat begitu buat dia rasa lebih ‘ringan’.
Ada orang suka jalan-jalan untuk ringankan beban stress. Walau apapun cara yang Anda lakukan untuk mengurangkan beban stress, biar yang berkesan, sesuai dengan diri Anda. Buat dulu satu cara, jika masih kurang berkesan, ubah. Buat cara lain sampai terasa sesuai untuk melawan stress.
Jika berenang tak berkesan, cuba gelak ketawa. Ketawa dan terus ketawa, pastikan diri Anda sentiasa ketawa.
Jika ketawa masih tak berkesan untuk ilangkan stress, buat cara lain. Pergi berjalan-jalan, atau cari kawan untuk meluah stress Anda. Selepas meluah, Anda akan mula nampak aspek-aspek positif dalam semua yang Anda lalui, sebab fikiran tak lagi dikuasai emosi.
Itulah dua situasi utama yang selalu mencabar fikiran positif. Dua situasi ni juga yang menyebabkan ramai orang gagal melatih minda mereka menjadi positif, hanya kerana selalu marah-marah dan asyik tertekan.
Situasi-situasi lain akan ikut selepas rasa marah dan rasa tertekan. Jika Anda bertemu dengan dua situasi tersebut, ikuti langkah yang dicadangkan, sebab ia berkesan membantu Anda kembali semula kepada sikap positif, tabiat positif dan fikiran positif.
Nak sentiasa berfikiran positif, kena sentiasa bersemangat. Jika tak bersemangat, latih diri supaya sentiasa bersemangat.
Nak ada semangat, kena tekad.
Nak tekad, perlukan keazaman yang kuat!
October 14th, 2008 at 8:31 am
Salam…
Kemarahan tidak akan membewa kita ke mana kecuali kepada kehancuran jiwa.
Ubat paling berkesan adalah dengan bersabar.
October 14th, 2008 at 8:51 am
Salam,
Perasaan marah yang tidak terkawal akan membawa kesan dan akibat yang lebih buruk pada kita.
Bila dalam keadaan marah, kita selalunya dikawal oleh nafsu dan bukannya berlandaskan pemikiran yang waras. Hasilnya tentu tak elokkan…
Bila dah marah sangat, selalunya saya akan banyak beristiqfar, mandi lama-lama sikit biar badan jadi sejuk, baru rasa selesa dan tenang dan yang paling mujarab pergi sembahyang kalau belum sembahyang jika dah masuk waktu atau pun banyakkan membaca Al-Quran atau Yasin atau buat sembahyang sunat.
Insyaallah kemarahan itu akan reda kembali.
Tarik nafas dalam-dalam dan panjang serta lepaskan secara perlahan-lahan. Bila masa kita dalam keadaan marah, mengikut satu kajian, kadar oksigen sangat kurang didalam otak kita, kerana biasanya bila marah membuatkan kita bernafas tercungap-cungap dan bernafas dgn cara yg tak betul. Bila oksigen dah kurang, otak pun berfungsi secara tak normal. Saya dah pratikkan dan memang berkesan.. Selamat mencuba…
rgds.nizam
October 14th, 2008 at 10:46 am
Marah ialah satu sifat yang negatif.Jika dilihat kajian saintifik setiap benda is made of molecule.Bila marah molecule ini turut berubah.sy dah tengok molecule nie sgt buruk rupanya apabila kita marah.
Dalam mengelakkan rasa marah air is the best cure.Ambil segelas air dan minum.Sebelum minum niatkan dan beri arahn pada minda “aku tenang” sambil tarik nafas dalam-dalam.
Jika masih tidak berkesan anda boleh megambil wuduk bagi yang Islam.Untuk yang bukan Islam anda boleh basuh muka anda.
October 14th, 2008 at 2:01 pm
Marah?, Marah pada mereka yang melanggar perintah Allah adalah wajar, marah pada mereka yang tak nak laksanakan hukum2 Allah adalah wajar, iannya marah yang positif.
October 14th, 2008 at 4:36 pm
Memanglah kalau marah masing-masing tak ingat diri…masing-masing der cara tersendiri untuk mengatasinya…tp kadang-kadang bagi kaum hawa dengan meluahkan sahaja akan berasa puas dan tenang jika perkara tersebut bukan kesilapan dari diri sendiri.Siapa yang tidak akan marah..tapi kalau dalam situasi tersebut kita dalam keadaan tenang dan mood tengah baik kita tidak akan mudah melenting…
October 15th, 2008 at 6:40 pm
kawan saya baru ja kena buang kerja. saya ambil ikhtibar ni sendiri..selalu positive dlm apa ja
October 15th, 2008 at 10:15 pm
Tapi kan…kenapa nak marah lebih senang drpd nak sabar…kenapa kita mesti kena marah…kenapa marah akan lebih byk dlm diri kita…kenapa kita mesti alami perkara yg marah2 ni ek…kenapa org suka buat kita jd marah…
October 16th, 2008 at 11:18 am
Marah ada dua jenis; Pertama untuk mengajar dan kedua tiada kesabaran.
Bagi keadaan yang pertama setengah orang hanya boleh diubah bila di marah. Kalau cakap baik-baik tak jalan.
Bagi keadaan kedua nafsu menguasai manusia yang sukar berfikir dengan waras apabila tidak kena dengan kehendak mereka.
Hanya bagi mereka yang sentiasa ingat kpd Allah dan sentiasa berselawat kpd Nabi Muhammad atau berzikir dapat menahan kemarahan kerana mereka ini akan sentiasa berfikiran positif.
October 17th, 2008 at 4:03 pm
Salam,
Terima kasih kerana banyak membantu saya yang berada dalam kekalutan ini..
October 18th, 2008 at 8:37 am
kemana menghilang…..tuan tanah.
motivasi baru..
October 20th, 2008 at 7:31 pm
Ingat….sesuatu yang positif tidak semuanya baik, dan sesuatu yang negatif tidak semestinya buruk..
October 21st, 2008 at 1:38 am
salam. dah lama sy tak berkunjung ke blog en. shueqry atas sebab-sebab yang tak munasabah. satu kerugian yang besar saya kira. sebab banyak motivasi baru yang tak saya baca. saya suka law of attraction tu. kepada en.shueqry walau dimana anda berada,semoga dlm kesihatan yang baik. teruskan menulis.all the best. u r truly an amazing person with great courage and determination.
October 21st, 2008 at 7:35 am
Lama shuery tak update blog ini.Apa sudah terjadi pada nya??
October 21st, 2008 at 6:32 pm
rase mcm da lame sgt shueqry x update blog..huhu..rindu2..baru2 ni saye kene marah dgn lecturer depan kawan2 saye..
malu sgt..sgt2 malu..sampai x lalu nak makan lepas tu sbb depress..rase mcm saye laa org paling teruk dlm dunia ni..kawan2 pon mcm pandang lain je kat saye..huhu..perit jugak nak hadapinye sbb mmg pikiran jd negativ 100% mase tuh..rase mcm nak nanges tp kene tahan sbb malu laa kan nak nanges depan kwn2..saye pon da besar..hanya Allah saje tempat saya mengadu kesedihan hati ini….
October 24th, 2008 at 12:42 am
BroHamzah, saya bermasalah nak connect ke Internet, sebab selama ni asyik pinjam Celcom Broadband milik adik saya. Tuan punya Celcom Broadband tu dah tak nak pinjamkan saya lagi, sebab dia pun sibuk nak pakai.
Untuk ulang alik gi siber kafe, bukan senang, mencabar sedikit sebab rumah saya jauh sangat dari pekan, dua kali naik kereta, itupun kena jalan kaki lebih kurang 1km dulu ke simpang.
Very challanging. I have to be brave, have to LiveStrong. Tak mudah berada di tempat saya. Leh tertekan dibuatnya.
SugarPlum, my friend, deepest apology to you. To be honest saya minta maaf banyak-banyak sebab membiarkan blog ini terbiar terlalu lama.
October 24th, 2008 at 2:57 am
kemana menghilang tuan shueqry
October 26th, 2008 at 11:20 am
satu blog yang bagus tentang motivasi. I like it!
October 26th, 2008 at 6:12 pm
Assalamualaikum
Syukur shueqry telah kembali….moga cabaran ke cybercafe untuk mengupdate blog akan memberikan idea-idea motivasi yg lebih hebat lagie..congratz bro.
http://www.kisahjutawan.blogspot.com
~Jadikan Mimpi Satu Realiti~
October 27th, 2008 at 9:03 am
wah…en shueq da balik…sukenye
October 31st, 2008 at 8:48 am
boleh katala, semua perkara senang ckp tp buat belum tentu… jika anda sering dimomokkan dgn kata panggilan, dipandang rendah, diperlekehkan dsb, mngkinkah anda +? stress? apakah tujuan be +? dlm byk keadaan, kita harapkan sipelaku negatif diambil tindakan/ dihukum.. namun sering tiada.. lbh jengkel jika doubkle std ie anda buat sesuatu, ia dianggap salah, dmarah & dihukum tp bila orglain, hal sama dianggap betul, dipuji& ganjaran… mcmana nak + jika saban hari hadapi keadaan gini? any komen…?