Elak Sikap Pesimis

Tips bagaimana membina sikap positif yang pertama ni bertajuk elak sikap pesimis. Untuk membina sikap positif, kita kena buang sikap negatif dulu.

Buang yang buruk-buruk, masukkan yang baik-baik. Ubah perangai lama, gantikan dengan perangai baru..Ubah diri Anda!

Sikap pesimis adalah sikap-sikap negatif, seperti suka bersangka buruk, suka berfikir yang bukan-bukan, pendengus, panas baran, tak menerima pendapat orang, ego, sombong dan hidung tinggi.

Kita kena berubah. Ambil sedikit masa kaji dulu diri kita ni cemana sebelum kita berubah.

Kaji dalam-dalam perangai kita ni dengan menganalisa tabiat diri. Cara paling bagus, ambil sehelai kertas kosong dan tulis perangai yang kita nak ubah. Tulis satu-satu. Jujur dengan diri sendiri.

Sebagai contoh, jika pada mulanya kita suka bersangka buruk, ubah menjadi suka bersangka baik.

Jika dulu kita suka memandang rendah pada orang, tukar perangai tu menjadi tabiat suka mengagumi orang lain dan selalu menghormati orang lain, walau siapapun dia.

Jika dulu ada sikit-sikit ego atau suka menunjuk, tukar menjadi tabiat suka bersederhana dan low profile. Sikap bersederhana lebih dihormati orang di sekeliling.

Bila dah berubah, cemana kita nak jadikan perubahan tu kekal, bukan sehari dua saja? Jawapannya, buat selalu dan lakukannya dengan kerap!

Seperti contoh di atas, selalulah bersangka baik, suka mengagumi kelebihan orang lain, hormati semua orang, selalu bersederhana dan selalu low profile. Amalkan kesemuanya selalu!.

Lama-kelamaan, bila dah terbiasa, sikap Anda berubah menjadi lebih positif akhirnya!

Share This Post

7 Responses to “Elak Sikap Pesimis”

  1. iedasa Says:

    salam,
    da tau pe yg positif pe yg negatif dlm dri tp nak istiqomah…fuh,satu cbrn lg tu!
    pe2 pn dont giv up tuk berubah jd lebih baik k…

  2. ruza Says:

    askm iedasa,
    Jalan ke syurga tu tak ditaburi oleh mawar yg mewangi tp penuh dgn onak dan duri.Tak ade jln mudah nak kesana selain mujahadahtunafsi.Kadangkala kita kena beli syurga tu dgn darah dan air mata spt yg pernah di lalui oleh para nabi dan para solihin.Dgn melakukan sesuatu itu kerana cinta pd allah,insyaallah kamu mudah utk istiqomah.
    Semuga allah beri kita kekuatan dalam perjalanan mendekatkan diri kpdNya.Amin

  3. Nordiana Sudin Says:

    Alhamdulillah.. tq atas perkongsian kata2 itu Ruza. Saya anggap sebagai tazkirah untuk saya pagi ini.

  4. ruza Says:

    Askm Diana,
    came-came.Allah kata,sesungguhnya manusia itu sentiasa dlm kerugian kecuali org-org beriman yg saling nasihat-menasihati kearah kebaikan dan kesabaran.Muga-muga kite sentiasa berada dlm golongan org-org yg beruntung.Amin…

  5. Shueqry Says:

    Ruza,

    thanks sebab berkongsi kata-kata tu .

    Benar, melakukan sesuatu kerana Allah lebih ada keberkatan, lebih berkualiti hasilnya juga..

    Diana,

    seperti tazkirah buat diri saya juga ..

  6. iedasa Says:

    trime kasih ruza…lillahita’ala…

  7. mahar Says:

    salam…
    saya dah lame ikuti imotivasi, alhamdulillah imotivasi b’jy memimpin saya jd lebih bermotivasi..thanx akh shueqry..respon pada komen iedasa: mmg nak istiqomah terhadap suatu perkara baik teramat payah.Bila kite dah paham dengan konsep keimanan, nak istiqomah dengan unsur2 keimanan mmg ssh, dan nak istiqomah dengan ilmu2 dan yang dah kita pelajari jgk ssh..nak istiqomah ni mmg memerlukan suatu mujahadah yang luar biasa kuatnya..jadi sama2lah kita renungkan..:-)

Komen? Pendapat?