eMajalah Minda Sukses Ogos 2007

Bagi Anda yang mahukan eMajalah (ezine) berinformasi, penuh dengan artikel-artikel membina, mengandungi tips-tips mengenai pembangunan diri, minda dan Law Of Attraction serta semestinya PERCUMA, Anda ada dah ada lebih 3 sebab kukuh untuk download eMajalah Minda Sukses edisi Ogos 2007.

Muka depannya sungguh menarik dan professional sekali. Tahniah pada Nuraz, artwork yang begitu umpph! di dalam eMajalah ini Anda akan menemui seorang penulis berbangsa Cina yang menulis dalam Bahasa Malaysia, satu kelainan tersendiri.

Siapa dia? Namanya ada dalam eMajalah ni. Beri tepukan pada Raymond ! Anda perlu baca artikel Raymond untuk mengetahui keunikannya.

Saya rekemenkan Anda untuk membaca eMajalah ini (ezine) kerana ia simple, straight forward dan satu-satunya eMajalah bulanan dalam Bahasa Malaysia.

Muka Depan eMajalah Minda Sukses

Blog LinnComel.com telah banyak memberi inspirasi dan perubahan kepada saya. Selain itu, banyak juga tip-tip kuasa minda yang telah saya pelajari hanya dengan membaca artikel blog LinnComel.com .

Bagi rakan-rakan pembaca blog yang mahu mempelajari asas kuasa minda step by step, saya amat mencadangkan blog LinnComel.com, tips minda tulisannya simple dan praktikal . Ok, antara artikel-artikel yang terkandung dalam eMajalah Minda Sukses edisi Ogos 2007 adalah :

  • Adakah Minda Anda Merdeka?
  • Hukum Kepercayaan Yang Anda Perlu Tahu
  • Erti Sebenar Kebahagiaan dan Kegembiraan
  • Jejak 2 tokoh bisnes - Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari dan Kim Sung Joo

Klik di sini untuk download eMajalah Minda Sukses sekarang! Isikan form dengan Nama dan alamat email Anda lalu klik butang “Submit”. Selepas proses verifikasi, eMajalah tersebut akan dihantar terus ke email Anda secara automatik, kurang dari 7 minit ..

Jadi, ini menjimatkan tenaga Anda, masa Anda dan wang Anda. Download di sini sekarang.

Moga eMajalah ini bermanfaat untuk Anda.

- shueqry -
all for one, one for all.

Blog Recomended By Shueqry
SKOR Career.com
sumber maklumat pekerjaan, update peluang pekerjaan terkini dan info bidang kerjaya
http://skorcareer.com.my/blog/

Pendapat Anda?

Share This Post

8 Responses to “eMajalah Minda Sukses Ogos 2007”

  1. Raymond Says:

    Hai Shueqry,

    Terima kasih tak terhingga saya ucapkan atas puji-pujian yang diberikan.

    Nama blog ini dah tukar. Ia mengejutkan saya seketika apabila mendapati rss untuk blog Shueqry berkata dah hilang.

    Rupa-rupanya tak hilang, cuma tukar nama je. Syukur. Segala setting saya masih berada dalam keadaan yang baik. :)

  2. Raymond Says:

    Grafik Nuraz memang menarik.

    Mungkin saya boleh outsource daripadanya jika saya ada projek yang memerlukan grafik pada masa akan datang.

    Tak perlulah pergi elance dan rentacoder.

    Entah berapa caj Nuraz? :)

  3. norashady Says:

    Salam..Saudara Shueq, sekali lagi saya ingin bertanya..tapi saya dah malu nak ulang sekali lagi pertanyaan tu..huhuhu

  4. shueqry Says:

    Norashady,

    wkslm,

    apa yang nak ditanya?

  5. norashady Says:

    Hehehe..saya nak tanya, kat mana awak beli CD The Secret tu..Area KK kan ?? Dah puas saya cari..Saya sebenarnya berhajat nak berjumpa dgn saudara Shueq..Sudi ker tidak ?? mana tau Saudara Shueq bleh datang bagi ceramah motivasi untuk student² saya di Politeknik Kota Kinabalu ni.. Beli free bleh la inform saya ok.. 0199651789

  6. norashady Says:

    Awak dok kat Sinsuran tu ekkk.. Bley la saya belanja minum² kat Restore Sembulan tu…

  7. shueqry Says:

    DVD The Secret tu saya takde, cuma bukunya saja yang saya beli di Popular Centre Point. Harganya RM61.50.. kecik aje, warna coklat.

    Tapi, isi DVD dan bukunya lebih kurang sama.

    Kat bawah ruma saya ni ada restoran gak, namanya Bayu Bistro, just in case Norashady tersinggah kat sini time jenjalan, kat atas restoran tu rumah saya .. RestoranSempelang kat blok sebelah lagi. Rumah saya di ruang sinsuran 3.

    owh, lecturer Politeknik rupanya!

    insya allah, maybe ujung minggu baru saya free, sebab kalau Isnin sampai Jumaat ni sibuk sikit .. nak minum-minum ok juga, leh pekena kuih pisang goreng, hehe ..

    ok, terima kasih, saya dah save no hp Norashady tadi. eh, online dari mana, kat Politeknik ada Internet? atau Celcom 3G?

    tq :)

  8. shueqry Says:

    Raymond,

    ye, saya juga kira-kira nak gunakan khidmat Nuraz, maybe leh tawar-tawar sikit, hehe ..

    Nama blog saya dah tukar dari Shueqry Berkata, sebab ada pembaca blog yang keliru, jadi saya tuka. Tambahan pula, senang dicari di Google..

Komen? Pendapat?