PostHeaderIcon Motivasi Dr Fadzilah Kamsah sungguh meresap ke dalam hati

Selama ni saya banyak belajar dari Dr Fadzilah Kamsah ketika dalam proses mengkaji bagaimana dia berjaya dalam bidang motivasi. Sikapnya yang paling saya suka – dia sangat jujur, sangat rajin beribadah, rajin melakukan sunat disamping yang fardhu.

Dia seorang Muslim yang sangat baik.

Hatinya sangat bersih.

Mungkin itulah faktor utama yang menjadikan Dr Fadzilah Kamsah pakar motivasi Melayu yang paling berjaya di Malaysia.

Dr Fadzilah Kamsah ibarat seorang bapa pada saya walaupun saya cuma mampu menatap gambarnya di skrin laptop. Dek kerana minat yang melebih-lebih saya betul-betul terasa bagaikan dia ada di sebelah saya, bersentuh bahu dengannya, mendengar suaranya, mengikut tunjuk ajarnya, meresap bisikan kata-kata semangatnya yang membakar jiwa.

Bekerja bersama-sama dibawah bimbingannya, menulis blog motivasi bagi pihaknya apatah lagi bernaung di bawah satu syarikat dengannya menjadi impian terbesar buat diri saya. Mudah-mudahan impian itu dapat saya capai.

Kita akan jadi lebih bersemangat bila kita tetapkan siapa idola kita kemudian tahu apa yang kita nak capai dalam kerjaya kita. Ada seorang idola, kita akan terdorong untuk jadi macam dia.

Mungkin Anda juga ada seorang idola, mungkin Anda ada 7 orang idola.

Siapa dia? Mungkin sorang, mungkin lebih dari seorang. Mana tahu, idola kita sama.

9 Responses to “Motivasi Dr Fadzilah Kamsah sungguh meresap ke dalam hati”

  • Salam.
    Tuan mempunyai matlamat yang jelas dan mempunyai seseorang untuk kita contohi. Mungkin ianya adalah langkah pertama untuk kejayaan. Tahniah semoga berjaya.

    Tapi perkataan idola sangat tidak sesuai bagi seorang Muslim. Idol bermaksud berhala yang dipuja-puja. Manakala idola ialah seorang yang dipuja yang mana Allah dan rasulnya melarang perbuatan itu. Boleh jatuh syirik.

    Gantikan ‘term’ itu dengan perkataan lain contohnya role model…

    • ShueQry says:

      Syukrab jazilan Tuan..

      pembetulan akan dilakukan pada artikel yang kita sedang tatap ini.

      Inilah hikmahnya mempunyai seorang kawan, saling tegur menegur untuk kebaikan bersama. Thank you!

  • Assalamu’alaikum WBT. Sangat setuju dengan pandangan Mr proleadconsult. Perkataan yang tersilap pakai juga bisa mengundang musibah. Songsang tidak sepadan. Jom ‘ubah kata, bina sasar’. Supaya maksudnya sampai kepada matlamat.

    Saya juga mempunyai seseorang yang ingin dicontohi. Semoga kehebatan zuhud dan ibadah beliau menjadi panduan bagi saya mengharungi lautan kehidupan. Agar tidak tenggelam di tengah arusnya. Sebagai insan yang dhoif, tidak banyak, sedikit selembar yang termampu diteladani seperti.. dia Muhammad Habiballah~

  • donny says:

    saya belum ada role model buat masa ni..just ikut kata hati.. mungkin nilah masa untuk tetapkan ia. siapa agaknya yang sesuai arr..?tolong beri idea shueq..camne nak cari idola :)

    • ShueQry says:

      First -Donny kena tahu dalam bidang apa Donny nak berjaya.

      Misalnya, jika nak berjaya dalam bidang blogging, pilih blogger yang berjaya, pilih dia untuk jadi contoh ikutan, ataupun role model. Kat dalam Malaysia ni, saya ambik contoh LiewCF, Rohaizad, HongKiat.com.

      Jika bloggers dari negara luar, leh amik Amit Agarwal atau Peter Rojas sebagai role model. Saya nak berjaya dalam blogging walaupun mungkin akan melakukannya secara part time.

  • Dhana4 says:

    sy ada byk idola@role model, sbp stp idola sy tu mempunyai satu kelebihan yg sy nak tiru… cthnya klu nk berjaya, sy ada satu idola; klu nk cantik, sy ada idola yg lain, dan begitulah strusnya. sbp jarang btl dpt individu yg perfect yg semuanya dia ada kn??? jdi kena byk idola la… :D

  • wkk says:

    kalau lebih dari seorang,macam mana nak fokus?ade sape2 boleh bagi penjelasan?

    • Keperluan kpd multiskill dlm dunia sekarang adalah penting. Maknanya x cukup dgn 1 atu 2 kemahiran. Cuma bila nak buat apa2 perlu buat satu persatu.

      Nasihat nabi, bila bertemu diantara 2 perkara yg baik pilih yg paling mudah. Begitu juga dgn role model, tujukan pada perkara apa yg paling utama yg anda ingini.

      Just my 2 cents.

Leave a Reply

Sponsor
Artikel percuma ke email

Masukkan alamat eMail Anda untuk mendaftar bagi menerima penghantaran artikel motivasi percuma tiap kali ada artikel baru dikeluarkan

Khidmat pantas oleh FeedBurner

Subscribe RSS? Klik di sini

Statistik email + RSS Feed

Pembaca terkini
Himpunan artikel