Fokus Blog Saya.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar Anda? Shueqry here.
Kali ini saya akan berkata tentang blog motivasi ini, untuk menjelaskan kekeliruan beberapa pihak, saya akan menjelaskan fokus penulisan blog saya. Terlebih dahulu, tips motivasi yang saya tulis fokus kepada student IPT, golongan pekerja dan usahawan Internet.
Walaupun umum, saya lebih menumpu kepada pembangunan diri dan motivasi ketiga-ketiga golongan ini, saya sasarkan untuk pembaca dari yang bermur 19 tahun hingga 35 tahun.
Setakat ini saya belum lagi ada perancangan untuk membuat apa-apa ceramah atau seminar motivasi, kerana menulis artikel motivasi memberikan satu kepuasan yang lebih mendalam buat saya berbanding dengan memberi ceramah, seminar ataupun kursus pendek.
Tambahan pula saya masih terikat dengan komitmen lain, terutama sukan renang dan rutin pemasaran Internet yang mengambil 80% dari masa saya. Tapi, kalau ada jemputan untuk ke mana-mana sesi, insya allah saya akan berikan komitmen sebaik yang mungkin, semantap yang mungkin.
Artikel-artikel di blog “Shueqry Berkata” merangkumi aspek berikut:
- Motivasi Diri dan pembangunan diri
- Pengayaan diri (self enrichment)
- Kecemerlangan peribadi
- Pengurusan masa
- Kegagalan, bangkit dari kegagalan
- Keusahawanan muda
- Kecemerlangan dalam kerjaya
- Komunikasi dan kerjasama berpasukan.
- Law of Attraction
- Kuasa Minda dan segala yang berkaitan dengannya.
- Mengurus Tekanan, Stress dan kesihatan mental.
Di artikel akan datang saya akan berkongsi dengan Anda klip video dari Dr HM Tuah Iskandar, salah seorang motivator yang mengubah hidup saya melalui bukunya, Membina Imaginasi Cemerlang.
Buku tu dah saya baca banyak kali, sampai koyak-koyak dan dah agak buruk jadinya sebab saya bawa ke mana-mana saya pergi dan baca, dalam bas, tepi kolam renang, bawah pokok dan kat shopping complex.
Kekadang sampai bawa tidur! Sebab bila bangun pagi saya nak baca beberapa helaian sebagai ‘breakfast’ minda saya. Kesannya, saya sentiasa bersemangat dan ada saja idea yang timbul.
Terima kasih yang tak terhingga pada Raymond, Ktom, Kak Tini, Faz, Nur dan Anda khususnya yang menjadi pembaca ’senyap’ blog Shueqry Berkata.
Sokongan yang saya terima menyemarakkan lagi semangat untuk saya menulis dengan lebih rajin lagi di sini.
Saya lakukannya kerana di dorong oleh passion yang tinggi pada motivasi. Selain tu saya suka memberi kata-kata semangat pada orang lain dan mahu menjadi pencetus inspirasi kepada ramai orang, seramai yang mungkin agar mereka juga jadi bermotivasi.
Kita jumpa di artikel seterusnya.
Wassalam..
- Shueqry -
i do it all for one, i share it one for all.
Kenapa saya Lakukan Ini Semua.
Shueqry’s 7 Tip To Get Motivated Every Day.
Gapai Kejayaan Dalam 5 Langkah.
3 Ways To Deal With Failure.
Cara Najmi Bangkit Dari Kegagalan.
Berterima Kasih, Bersyukur dan LET GO.
Nak Yang Baik Atau Yang Buruk?.
Cabar Diri Untuk Berjaya.
Komen Anda?
July 28th, 2007 at 3:32 pm
Hai Shueqry,
Thanks for the love link.
Rupa-rupanya Shueqry mempunyai fokus yang terperinci.
Maksudnya juga, blog ini sesuai untuk saya
Saya hanya tahu blog saya tentang Law of Attraction je. Tapi tak tahu untuk golongan siapa. hehe…
Kena rancang lebih lanjut lagi.
July 28th, 2007 at 5:09 pm
Askm Shuq, terima kasih atas segalanya…hanya tuhan yang akan membalasnya.
Berkunjung ke blog Shuq banyak perkara yg Ktom dpt dan pelajari. Ianya sesuatu yg tak pernah diketahui sebelum ini walaupun kita tahu setiap yg berlaku mesti ada sebab nmusababnya serta jalan penyelesaiannya, namun kita tidak terlalu peka. Dgn itu apa yg dibuat tidak terarah.
Disini Ktom tahu ttg minda sedar dan separa sedar, tahu ttg mind setting, tahu ttg apa yg perlu utk pembnangunan diri.
Begitu juga dgn LOA. Disamping blog Shuq, Ktom fahami perkara ni dari blog Raymond. Terima kasih
July 30th, 2007 at 9:36 am
Oh, Ktom.
Blog saya cuma sekadar berkongsi apa yang saya tahu saja.
Kan baik kalau dapat bertukar-tukar ilmu. Blog Ktom tidak kurang baiknya juga.
Harap Ktom dan Shueqry hidup sihat sejahtera selalu.
August 4th, 2007 at 11:24 pm
blog saya takde halatuju …
heh
November 12th, 2008 at 3:24 am
3q audio splitter 2.1.1.1….
3q audio splitter 2.1.1.1….