Fokus Minda Pada Apa Yang Kita Mahu

Fokuskan minda pada apa yang kita nak, bukan benda yang kita takut atau yang membuat kita tertekan. Cara untuk fokus, fikirkan ia selalu.

Untuk nak fikirkan selalu, gunakan teknik soalan seperti yang saya kongsikan di artikel-artikel sebelum ini. Tanya diri Anda bagaimana Anda boleh mendapat apa yang Anda nakkan, dengan cara apa Anda boleh berusaha memperolehinya, serta bila Anda mahukannya.

Lebih kerap kita fikirkan apa yang kita nak, lebih kuat daya tarikan minda padanya.

Elak untuk memikir benda yang kita takut, walaupun cuma seketika saja.

Ketakutan menghalang kita dari mula mencuba, akhirnya kita takkan ada kemajuan. Oleh kerana takut mencuba atau takut gagal, pencapaian kita tak ke mana.

Fokuskan minda separa sedar pada apa yang kita nak sahaja. Selain soalan, Anda boleh guna teknik vision board.

Share This Post

5 Responses to “Fokus Minda Pada Apa Yang Kita Mahu”

  1. nurhAYATI AINI Says:

    Assalamulaikum Dr.di sini saya ingin memberikan pendapat saya ttg artikel di atas dan minta komen sikit ttg masalah saya.saya amat bersetuju ttg kita perlu fokus apa yang kita mahu dalam hidup ini kerana saya fikir dan rasa ia nya dpt mengubah hidup kita ke arah yang lebih baik.Dr.saya mglami masalah di mana sehingga kini saya keliru memilih bidang yang harus saya ceburi.kalau ikut rahsia kerjaya saya mengikut zodiak saya sesuai jadi seorang ahli psikologi atau doktor.Apa komen Dr.kalau saya memilih bidang kejururawatan tp saya amt berminat dalam bidang psikologi.saya amt berharap Dr.dpt membalas komen saya ini.Terima kasih.

  2. nurhAYATI AINI Says:

    yang amat berharap.

  3. feza Says:

    mcam mane nak fokus????

  4. iedasa Says:

    nurhayati aini,
    juz giv an idea
    dari minat datang keseronokan n kesugguhan tuk wat sesuatu
    pe2 pn yg dilakukan ngn kesungguhan n care yg btol insyallah kan membuahkan kejayaan

  5. fiza amran Says:

    nurhayati aini.
    fokus pada apa yang anda mahu..yakin.. usaha.. dan tawakal..jika kita meminati sesuatu walau sepayah mana pun pasti dapat ditemui or dikecapi.
    pada pendapat saya tilikan zodiak hanya boleh digunakan sebagai pengetahuan untuk mengenali diri sendiri tetapi BUKAN sebagai panduan hidup anda.gunakan ia untuk memperbaiki kelemahan diri bukan sebaliknya.
    Kenali diri dan tahu apa yang sebenarnya anda mahu..jika bidang kejururawatan mampu membuat anda bahagia dan gembira then go for it!!
    All the best..

Komen? Pendapat?