Gemilang Sabahan Bloggers Gathering 2008
Kali ni dalam coretan realiti saya nak share ngan Anda kisah saya di malam Sabahan Bloggers Gathering, 2 Ogos 2008. Event ni di taja oleh Nuffnang dan Exabytes sebagai main sponsors.
Berbasikal dari kem Lok Kawi, saya menggunakan gear tinggi supaya sampai dengan lebih cepat, ikut jalan Kepayan - Lido - Lintas, akhirnya sampai dalam masa 55 minit 53 saat. Phew!
Saya kunci basikal berdekatan dengan Starbuck dari Warisan Square, selepas itu bergegas mencari washroom untuk saya menukar baju dan seluar. Ramai pengunjung Starbuck terpegun tengok saya yang berpeluh, pastu kelam kabut pula.
Ketika lalu di lorong tepi Starbucks, seorang gadis mat saleh tersenyum lalu melambai ke arah saya. Wow, that was a proud moment for me!.
Bila sampai di kaunter pendaftaran, rupanya ramai yang sampai awal. Kemudian, saya menyapa seorang lelaki bermisai dan berbaju kemeja biru, adakah ini kaunter pendaftaran untuk Sabahan Bloggers Gathering.
Rupa-rupanya dia adalah Gaman, Sabahan blogger yang amat saya kagumi.
Saya sengaja ambil tempat di hujung dan terceruk sedikit. Ketika itu saya perasan yang Gaman juga duduk berdekatan saya, tapi saya segan betul nak tegur dia. Hehe..last-last saya tegur juga!
Malam itu, ramai blogger yang datang kebanyakan penuh dengan stail masing-masing. Ada yang simple, tapi lebih ramai yang bergaya. That night was very fantastic.
Selepas simple speech dari wakil Nuffnang dan Exabytes, kami menjamu selera. Saya ambil banyak nasi, lapar bah. Aiskrim percuma menjadikan suara saya kurang clear. Sebab, saya jarang makan aiskrim.
Ini peluang besar makan di hotel antarabangsa. Time beratur ambik makanan, kebanyakan blogger sibuk ambil gambar, untuk dimuat nak ke blog masing-masing. Fuhh, amik lauk pun kena snap. Ada klassss!!
Ramai Sabahan blogger yang saya jumpa malam tu menulis blog personal, diari, design, artwork, family, dan photo blog. Cuma sedikit yang menulis dalam bahasa Melayu.
Dalam perbincangan dengan beberapa orang blogger, mereka berkata kebanyakan blog sekarang ni lebih kepada isu politik, pastu masuk blog hanya iklan yang banyak, konten kurang. Jika ada konten pun, kurang menarik dan lebih kepada iklan.
Mereka juga melahirkan rasa tak puas hati sebab tak ada blog yang ‘bagus’ isinya, semua blog kebanyakan melalut..bercerita tentang hobi, personal life, muzik, budaya dan hiburan.
Well, saya cuma tersenyum mendengar pendapat itu. I wish to tell everybody, you should be proud with iMotivasi because it was written by a Sabahan! hehe …
Tapi saya memilih untuk diam, sebab itu saat untuk saya ‘belajar’. Saya join gathering ni dengan niat mahu belajar dan nak melihat siapa Gaman depan mata saya. Syukur alhamdulillah, saya jumpa dia juga akhirnya.
Kemudian saya berkenalan dengan Lady Mariah. Cerita punya cerita, rupa-rupanya dia blogger yang punya kekuatan tersendiri, terutama politik.
Malam itu saja, habis 11 muka surat buku nota saya tulis dengan point-point penting!
Balik ke rumah, saya penuh dengan keazaman untuk mempopularkan lagi blog motivasi ni, supaya ramai tahu adanya blog pembinaan insani yang benar-benar power!
Kita kena belajar di mana-mana dan bila-bila masa.
Ilmu ada di mana-mana, kena bersedia untuk belajar dengan melihat apa yang tak nampak. Resepi kejayaan amat mudah, kerja keras dengan usaha yang bijak. Kata lain, work hard in smart way.
Ada blogger yang saya tegur, dah nulis blog sejak 2005 lagi dan menjana belasan ribu ringgit sebulan. Tengok pakaian, cincai saja!
Sebab dah lama tak speaking English, saya ajak dia berbual dalam bahasa Melayu. Time kat Astro dulu, tiap masa speak English. Saya kena asah lagi perbualan Inggeris saya.
Sampai di sini saja review saya tentang Sabahan Bloggers Gathering. Artikel ini akan diupdate dari semasa ke semasa, dengan gambar dan personal review dari blogger Sabahan yang lain.
Masa sudah tiba, untuk membuat iMotivasi lebih di kenali ramai.
Media coverage, is what i’m talking about.
August 3rd, 2008 at 10:15 pm
Salam, bestnya.
Good luck juga dengan blog motivasi ini…
August 4th, 2008 at 1:49 am
wow! seronoknya ber’networking’
btw, lupa plak nak ucapkan selamat datang ke … wordpress.
August 4th, 2008 at 1:57 am
Bro Azwan,
yup, i’m a Wordpress newbie
Emme,
thanks, kata-kata menyemarakkan semangat saya, tq!
August 5th, 2008 at 12:31 am
respect u la bro. boleh cycle jauh tiap tiap hari.
kena ada azam kuat tu…
August 5th, 2008 at 8:28 pm
Hi Shueqry..
Wow, ini lah baru dikatakan semangat! Punya jauh tu you cycle..
Ala.. terlepas peluang pulak utk berjumpa. Sebab pernah lah jugak terserempak dengan id “shueqry” ni..
Anyways, maybe next time ya? Lain kali, I’ll try not to be so malu2 to talk to other bloggers. hehehe..
August 5th, 2008 at 9:34 pm
Hye Shemah ..
Glad dpat kenal ngan kamu ..
Malam tu suara saya serak sebab makan eskrim .. tu yang buat saya malu mo tegur suma Sabahan bloggers.
Tahun depan, ada lagi tu ..
August 6th, 2008 at 5:41 pm
WOW! You cycled to SBG??? Terima kasih banyak2 kerana sudi hadir. Yang penting sekali, it was like you said a fantastic night! Sa dengan rakan2 organizing committee sekalian sangat gembira yang para bloggers had a really good time. See you at SBG 2009!
August 6th, 2008 at 7:56 pm
Impedius, ya ..
Saya berbasikal dari Lok Kawi, my work place.
Tahun depan, kita jumpa lagi
Sabah Bloggers Rocks!!
August 7th, 2008 at 12:43 pm
Aku,nasib jauh,,kalau laa dekat macam anda,,dah tentu naik basikal juga,,,
August 7th, 2008 at 1:18 pm
WOW… KO BARU LAH TERROR, BOLEH CYCLE SAMPAI SANA… TUMB UP FOR U…
August 10th, 2008 at 4:53 pm
BERBASIKAL BAGUS UNTUK JANTUNG… masa saya masih bersekolah tiap-tiap hari berbasikal. bila stop riding, berat badan makin naik da…