Harapan
Salam pembaca iMotivasi, kali ini saya mencoret sedikit catatan di ruang realiti.
Jumaat lalu saya berjumpa doktor untuk scan kepala lutut. Cuma ada 2% kadar penyembuhan dari minggu lepas . Ligamen yang terkeluar di belakang lutut tu dah kurang membengkak, walaupun sakitnya masih membuat saya selalu mengalirkan air mata.
Dalam tiga minggu lagi, lutut saya dijangka sembuh sepenuhnya. Alhamdulillah. That really gives me HOPE!
Sepatutnya saya kena menjalani sesi terapi di klinik, tapi bila doktor tahu yang saya selalu berbasikal (seperti dalam sesi terapi juga), dia menasihatkan agar tabah menahan sakitnya.
Katanya, sebaik-baik penyembuh adalah yang sakit. Baru saya fahami kini, segala yang pahit dan sakit tu sebenarnya ubat.
Sakit ini mengajar saya sesuatu. Ia mengajar saya supaya menjadi kuat setiap hari. Kuat fizikal, kuat di minda dan kuat di jiwa. Ia mengubah diri saya supaya lebih berprestasi dari yang sebelumnya.
I wouldnt be a strong young man, jika saya tak ‘bertemu’ dengan sakit ni. Saya berubah jadi lebih optimis, lebih berfikiran positif dan berimpian besar.
Saya percaya sakit ni hanya sementara. Ia akan kekal di badan saya bila saya tak buat apa-apa untuk mengubahnya. Saya jadi semakin bersemangat bekerja, menulis blog, membaca, bersukan dan mengusahakan apa yang menjadi matlamat saya.
Hanya ada 3 fokus saya bulan ini. Kerja, blog iMotivasi dan Adsense saya. Itu saja.
Perkara lain yang selain itu hanya sebagai ‘gangguan’ dan kurang penting. Tak semestinya saya menutup hati pada cinta, rasa berkasih dan berpasangan.
Time single ni, peluang terbuka luas,perlu dimanfaatkan dengan bekreja keras membina hidup yang lebih baik, lebih bagus, lebih berjaya. Dengan itu, saya dapat berkongsi yang lebih baik, dengan lebih banyak!
Bila si dia muncul, saya anggap sebagai peneman di kala sunyi dan menjadi salah satu booster motivasi. Saya juga mahu nikmati hidup bahagia, menikmati kejayaan dan keseronokan, terutama bila matlamat saya dah tercapai.
Saya akan terus menulis blog motivasi, terus bersukan dan terus berkongsi inspirasi, sebab ia dah menjadi passion yang menyeronokkan, lebih seronok bila apa yang saya kongsikan memberi kesan pada sesiapa saja, terutama pembaca blog saya.
Pada awal umur 20-an dulu, saya seringkali mempersoalkan mengapa saya dijadikan unik dari yang lain. Mata saya sangat rabun, kaki saya pendek, muka saya macam muka budak-budak dan saya suka berfikir sesuatu yang ganjil, yang takkan terfikir oleh kengkawan lain. Mengapa saya?
Saya seringkali di ketawakan sebab saya ‘lain’ dan cukup ganjil. Dari situ juga saya kurang bermotivasi, suka menyisih dan meminggir.
Tapi saya seronok membaca dan berenang sendirian. Kemudian saya bertemu dengan buku Membina Imaginasi Cemerlang, lalu beberapa minggu selepas itu saya berjumpa dengan banyak lagi buku yang hebat-hebat.
Juga dalam masa yang sama, kebetulan saya diterima masuk dalam kelab renang, hanya kerana coach melihat saya rajin turun berenang! Buku Dr Tuah tu selalu saya baca hingga ke hari ini dan ia telah banyak mengubah hidup saya.
Andai saya berjumpa Dr Tuah dan duduk satu pentas dengannya, saya mahu beritahu depan-depan dia yang bukunya itu dah banyak mengubah hidup saya, membentuk saya menjadi seperti yang Anda kenali melalui blog ini.
Apa jua yang melanda, kita perlu kuat semangat.
Be strong, sekuat mana yang kita boleh, setahan mana yang kita mampu, sejauh mana kita boleh bergerak. Kita takkan mengubah nasib, andai kita tak buat apa-apa nak mengubahnya.
Hijrahkan diri menjadi yang lebih kuat. Choose to be strong. LiveStrong!.
July 7th, 2008 at 3:10 pm
Tuhan sentiasa menguji org2 yg dikasihi…begitulah cara Dia memberi kifarah pada kita…utk dosa2 yg lalu yg mungkin kita tidak sedar….bersyukurlah…itu satu kurniaan besar..tidak sumer org pernah rasa sakit itu…nikmatkan..?
July 7th, 2008 at 6:44 pm
Tanpa Nama,
er, nikmat yang cemana tu?
Namun, rasa sedkit lega sebab Yang Maha Esa memberi pentunjuk dan kekuatan untuk terus ‘berlari’ mengejar mimpi.
Teringat lagu Berlari nyanyian Firdaus!
-Shueqry-
July 7th, 2008 at 7:38 pm
Semoga Shueqry cepat sembuh.
YOu ARE Strong!