Harga Barang Naik Maknanya Usaha Kena Naik Juga
Start dari hari ni, buang rasa tertekan sebab harga barang pengguna semakin naik. Usaha keras mencari rezeki kena naik sama, kasi up, kasi rajin.
Sepatutnya, kita tertekan sebab tak ada punca pendapatan sampingan selain gaji atau sumber pendapatan sedia ada, bukannya tertekan sebab harga beras naik, harga minyak naik dan harga gas memasak yang akan naik.
Sebab, bila fikiran memfokus pada kenaikan harga barang, lebih banyak kenaikan kos barang akan ditarik oleh minda Anda lalu akhirnya menyusahkan diri Anda sendiri.
Oleh sebab minda menarik apa yang sering kita fikirkan, lebih baik fikir cemana nak cari sumber pendapatan kedua, jadi lebih banyak sumber pendapatan kedua ditarik datang pada Anda.
Masalah ramai orang, mereka tidak percaya pada kuasa minda. Pada mereka, ia remeh dan hanya budak-budak yang tahu mengenainya. Ada juga yang menganggap kuasa minda ni tahyul.
Tetapi, mereka sentiasa menggunakan kuasa minda tanpa mereka sendiri sedari, bahkan paling expert memanipulasi kuasa minda untuk menarik masalah, sebab mereka sering memikir masalah!
Anda kena ubah sikap, ubah pemikiran, ubah tindakan.
Fokus pada cara nak tambah income melalui kerja-kerja sampingan, jangan sesekali fokus pada rasa tertekan dek kenaikan harga barang.
Usaha kena lebih, supaya income pun jadi lebih!
June 5th, 2008 at 11:05 pm
salam…
betul tu… mungkin ada hikmah kenaikan harga minyak ni… supaya orang lebih berusaha dan lebih berjimat cermat… walaupun marah dan tak senang dengan kenaikan ni, tapi kita juga terpaksa berfikiran positif… kerana hidup perlu diteruskan juga…
June 6th, 2008 at 1:08 am
yang dah lalu. Jangan dilupakan.
Jadi, sekarang. Usahala lebih jika mahu lebih.
June 6th, 2008 at 10:18 pm
Salam Sejahtera,
Minyak naik.. dah naik nak buat macamana? Suara rakyat sapa nak peduli.. nak hidup kena teruskan perjuangan,nak kaya teruskan berusaha,nak senang bukannya senang.
Selagi ada jiwa, jagalah maruah.Marah tak kemana,diam tak berarti kalah.
Wassalam.
isman
June 11th, 2008 at 5:24 pm
tak ada hikmahnya..harga minyak naik, smua barang naik.bukan rakyat tak berjimat, kalau yang kaya tu yang tak berjimat, beli itu ini, beli rumah besar, kereta besar. tapi yang kita rakyat thp sederhana@rendah yang gaji pun cukup2 makan tetiap bulan.pkir2 la tambah2 yang ada anak, yuran sekolah, nk bagi keluarga makan, perbelanjaan rumah lagi.tambahan, bukan harga minyak jer yang naik, elektrik, beras n bahan2 keperluan pn naik.mungkin nampaki sikit tapi bila kita tambah-tambah kos penambahan yang terpaksa ditampung tu, tinggal kesan terhadap perbelanjaan kita..mungkin negara lain harga minyak dyorg lg mahal;sedikit tapi kita kn tgk jumlah gaji dyorg bekerja, cukai2 yg dikenakan lak..malaysia ni macam2 cukai ada..menteri xpe la, tol, minyak kita support guna duit kita yang dibayar sebagai cukai n lelain..dh la gaji tinggi,tu pun x cukup, ada lagi elaun yg dyorg dpt..
June 12th, 2008 at 11:04 am
harga tetap naik,,,,mahu tak mahu kita kena usaha lebih dan cari pendapatan tambahan.
October 26th, 2008 at 11:35 am
itu masalahnya orang kita. Suke menyalahkan orang lain dari diri sendiri.
November 6th, 2008 at 1:37 pm
Usah salahkan orang lain, by the end of the day, ia semua bertumpu pada kita juga. jadi, baik kita fikir diri sendiri dulu, sebab geram pada menteri, kos, minayk, harga barang sume tu, takkan dapat merubah apa-apa.
Ingat, yang penting adalah DIRI KITA dulu.
Perkara lain adalah perkara kedua.
November 6th, 2008 at 5:10 pm
Betul, harga barang yang naik disebabkan oleh pihak Penguasa yang menaikkannya tetapi apa usaha kita untuk mengelak supaya tidak terbeban akibat kenaikan itu? Selain memarahi mereka, adakah kita juga cuba berusaha untuk meningkatkan pendapatan diri kita? Dengan menyalahkan dan memarahi pihak Penguasa apakah masalah kita akan selesai? Kena tunggu pilihanraya akan datang lambat lagi. Marah pada mereka akan mengwujudkan Aura Negatif pada diri kita sendiri, apatah lagi apabila kita jadi sebahagian daripada Pengumpat!. Sudah pasti ianya membunuh minda positif kita untuk berusaha lebih. Mungkin kita boleh mengelakkannya…
November 17th, 2008 at 9:00 pm
Memang betul, harga minyak naik bermakna usaha kita pun kena naik lagi tapi adakah kita tidak terfikir bahawa beban kita sebagai pengguna pun akan naik.Pemerintah memang ada bantu untuk orang yang kerja dengan kerajaan.Adakah pemerintah tau yang rakyat nya yang bekerja dengan swasta mendapat pembelahan yang baik.Gaji orang kerajaan telah dinaikkan tapi orang swasta masih juga sampai sekarang menunggu dengan janji - janji pihak pengurusan.Sekarang harga minyak telah diturunkan dua kali daripada kenaikan harga yang lalu.entah apalagi janji pengurusan pada pekerjanya.Silap - silap tak payah bayar la.Begitu juga barang - barang makan masih juga di harga yang tertinggi.Kononnya telah dibuat pemantauan harga oleh pihak berkenaan,tetapi semua harga diturunkan semasa dibuat pemeriksaan.yang menjadi soalan berapa kerap kah pemantauan dibuat disesebuah permis dalam sebulan.
Banyak la yang perlu diperbaiki jika hendak dicakap kita sendiri boleh fikirkan.
Walaubagaimanapun kita berjuang untuk mencari jalan bagaimana hendak meningkatkan pendapatan harian diri sendiri dan khasnya untuk keluarga kerana tiada sesiapa yang akan bantu melainkan diri sendiri yang menyelesaikannya.Kalau dulu kita p kerja naik kereta terpaksalah naik motorsikal atau bas.Kalau dulu kita makan di kantin tapi sekarang kita bawa bekal dari rumah.Macam - macam lagi yang boleh kita buat untuk berjimat.