Hati Emas
Untuk nak cemerlang, kita perlu ada hati emas. Emas, warnanya berkilau dan disukai ramai orang.
Hati emas, maksudnya, biar hati kita terang berkilau dengan sinar ilmu, ketenangan, kemurahan, kecemerlangan. Biasanya, orang cemerlang adalah mereka yang cinta ilmu, sentiasa tenang dalam apa jua keadaan dan mereka murah memberi apa yang mereka ada, bahkan tak pernah risau ia akan habis.
Orang yang ada hati emas disukai ramai kerana akhlaknya. Mereka cukup menonjol kerana memiliki peribadi memikat, disenang semua orang, ibarat mendampingi sebondong emas. Orang cukup senang hati setiap kali bersama mereka atau tiap kali mereka ada.
Seperti emas yang sukar ditemui, begitu juga dengan orang yang ada hati emas. Mereka cukup sukar ditemui, mungkin hanya ada satu dalam seribu.
Pada pendapat Anda, bagaimana cara kita merubah diri untuk membina peribadi berhati emas? Di mana nak bermula, adakah bermula dari komunikasi, kualiti kerja, sukan atau pencapaian akademik?
Agak-agak, cemana cara yang difikirkan sesuai? Siapakah idola ‘hati emas’ yang boleh dijadikan contoh ikutan Anda?
November 9th, 2008 at 4:44 pm
[...] always change. But not many people can change people eyes. Anyway, our heart is gold [...]
November 9th, 2008 at 8:55 pm
Salam,
Untuk menjadi seseorang yg berhati emas, kita boleh mulakan dimana-mana saja.
Sesuatu yang baik dan memberi faedah kpd orang lain, tak perlu disembunyikan. Kongsikan seberapa banyak mungkin apa yg kita ada. Tak perlu risau, selagi ianya sesuatu yg bermanafaat bila kita berkongsi bersama insan lain, tanpa kita sedari kerahmatan dan keberkatan yang berlipat ganda akan kita perolehi dr yang Maha Esa.
“BUKA HATI, IKHLAS KAN JIWA DAN PERASAAN”
rgds.nizam
November 11th, 2008 at 2:08 pm
Hati emas…..bukan senang hendak dipraktikkan.
perlukan kekuatan hati …kerana bukan senang hendak jadi baik…selalu diuji.Kalau tak cekal
kita bolih berbalik jadi keasal.Kadang2 lebih jahat dari dulu kerana bilamana kita berbuat baik telah mendatangkan fitnah.
Syukurlah dengan berpandukan Allah sahaja melindungi kita melakukan pekara yang dilarang…..bertawakal sahaja padaNya,kerana dia sahaja yang mengetahui…..Hanya Dia sahaja yang bolih mengadili.
Kita insan yang kerdil ini hanya mampu berdoa agar dilidungiNya.
Itulah susah hendak cari insan berhati emas…..
Anda dah jumpa ke?
November 11th, 2008 at 4:19 pm
pendek kata sebelum dapat status hati emas tu,pastikan hati msti baik terlebih dahulu baru la level hati emas tu leh dicapai.
November 11th, 2008 at 8:55 pm
Salam,
Hati emas…emmm Jika saya punya pandangan la, hati emas ni nampak je cantik tetapi keras!
Kenapa? Hati yang jadi emas adalah keras seperti emas walau ia nampak berkilau…
Hati berjiwa emas… Haa, agaknya yang ni lagi tepat kot…
hairizal,
http://www.glowglokal.com