Hikmah Allah Menurunkan Cabaran
Untuk tips motivasi Al-Quran kali ni, saya kongsikan ayat di bawah dari surah Luqman ayat ke-17.
“Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).”
Melalui pengalaman sendiri, saya berani berkata, hidup kita takkan pernah serik dari cabaran.
Namun, disebalik cabaran yang didatangkan pada kita oleh Allah, ada hikmah disebaliknya.
Sebenarnya Allah Yang Maha Esa mahu membentuk kita menjadi lebih kuat dari level kita yang sebelumnya. Kuat dijiwa, hati dan kerajinan. Ada banyak kebaikan bila kita menilai cabaran dari sudut positif.
Pertama, cabaran menjadikan kita seseorang yang baru, dengan mentaliti baru dan kesediaan yang baru.
Cabaran masa kini akan membentuk kita menjadi yang lain, jadi bersedia berdepan dengan cabaran lebih hebat di masa akan datang. Bila? Mungkin seminggu, sebulan atau tiga bulan dari sekarang.
Ketika kita bersabar menempuh cabaran, kita perlu terus memberbaiki diri sendiri. Kita kaji mindset kita, tabiat kita, perangai kita, perbuatan kita dan semua yang kita capai.
Adakah kita cemerlang dalam kesemua itu?
Kedua, Allah memahami setiap seorang daripada kita, walaupun kita berpuluh billion ramainya. Dia menurunkan cabaran semata-mata mahu mendidik kita.
Cabaran muncul, juga kerana kita sudah mula lupa menzikirkan nama-namanya dan memperhambakan diri lebih banyak dari yang sebelumnya. Atau, sekadar untuk membersihkan dosa-dosa kecil kita di masa lalu.
Jika Anda pernah gagal, pernah jatuh terjelengkup atau dihina kerana kegagalan Anda, mesti latih diri untuk bersabar. Takkan ada lagi pilihan lain selain dari bersabar lalu bangkit semula memajukan diri, mencemerlangkan diri kepada pencapaian yang lebih baik!
August 5th, 2008 at 1:50 am
Assalamualaikum
Setiap cabaran adalah ujian buat kita semua. Rahsia untuk menjadikan segala cabaran atau ujian itu menjadi motivasi kepada jiwa kita adalah dengan cara berSANGKA BAIK kepada ALLAH swt yang memberikan “anugerah” tersebut kepada kita.
Wallahua’lam.
August 11th, 2008 at 12:40 am
YA
STIAP INSAN DI DUNIA X
TIDAK KAN LARI DR CBARAN
CBARAN YG MEMATANGKAN SESORANG
CUMA TERPULANG PD DIRI KITA SHAJA UNTUK MNGHADAPI DAN MNYELESAIKANNYA…..
SEMOGA SAYA DAN ANDA SEMUA BERJAYA MENGATASI SEGALA CBARAN DAN DUGAAN DGN TABAH DAN SABAR…
ALLAH SWT MAHA MNGETAHUI TRHADAP SESUATU NYA…
AMIN….
August 11th, 2008 at 12:16 pm
Bersangka baik tiap kali berdepan cabaran, itu yang penting
August 12th, 2008 at 2:44 pm
yup!krn tdk Allah bebankan ssorg hamba melainkan menurut kemampuannye…