Hujan Yang Memberi Motivasi
Cuaca di kota kinabalu sekarang asyik hujan. Tiap kali saya balik jam 11.30 malam, mesti hujan turun.
Hujan memberi suntikan motivasi yang tersendiri. Hujan ibarat masalah dan cabaran yang muncul dalam hidup kita.
Ketika berbasikal balik, saya lihat ramai penunggang motor memilih untuk berteduh di bus stop menunggu hujan reda, sampai sesak bus stop tu. Terkasima saya dibuatnya.
Saya hairan, sebab dengan menunggang motor, mereka sepatutnya boleh memecut laju tanpa mengeluarkan peluh atau tanpa rasa penat seperti yang saya alami, walaupun basah sedikit sebab hujan. Tapi, mereka memilih untuk berteduh, tak mahu susah sebab jadi basah.
Sepanjang berbasikal tu, saya asyik berfikir mengapa. Ketika saya melintas, di wajah mereka saya terlihat riak tanda tanya kenapa saya yang menunggang basikal ni tak berhenti tapi terus meredah hujan, sedangkan mereka pula memilih untuk berteduh.
Kita tidak boleh asyik hanya mencari bus stop lalu berteduh menunggu hujan reda. Kita mesti GO ON, redah saja hujan walaupun ia sejuk, basah, membuat kita jadi kurang selesa atau mungkin membuat kita sakit.
Kebanyakan orang tidak sanggup berdepan dengan susah, masalah, cabaran dan dugaan, sebolehnya mengelak dari menempuh kesusahan, ibarat meredah hujan juga.
Seperti masalah dan cabaran dalam hidup juga, kita tak boleh asyik mencari jalan mudah atau berhenti sekejap atau mengalah, kita mesti menempuhnya, GO ON dan selesaikan, walaupun payah!.
Kita akan menemui kekuatan sepanjang proses berdepan dengan cabaran tu. Inilah hikmahnya Allah menurunkan cabaran dan dugaan, sebab ia merubah kita menjadi lebih kuat dalam proses menyelesaikan cabaran lalu memenanginya.
Ibarat hujan yang sementara, masalah, dugaan dan cabaran juga sementara.
Be strong, LiveStrong.
July 15th, 2008 at 7:13 pm
Tahniah,
Shueqry…
Perbandingan yang amat dan sangat bagus…
Salam kekayaan,
THINKERICH