Ilmu Dulu Baru Amal
Dalam mengejar kejayaan, Anda perlukan ilmu. Dalam menyelesaikan masalah, Anda perlukan ilmu dan untuk memacu kemajuan diri, Anda mesti rajin cari ilmu (membaca, menelaah, mengkaji, melihat, bertanya dan mendengar).
Strategi orang yang ada ilmu takkan sama dengan orang yang kurang berilmu. Semakin banyak yang kita tahu, kita akan jadi semakin maju dan semakin hampir dengan titik kejayaan. Ini yang saya panggil sebagai “work hard in smart way”.
Sama juga dengan sebuah komputer. Ia semakin canggih dan pelbagai guna bila pelbagai software dan perisian di install ke dalamnya. Semakin banyak ilmu yang kita pelajari, semakin banyak yang kita tahu dan semakin kita menjadi orang yang pintar bekerja mencapai matlamat kita.
Namun, kenal pasti ilmu apa yang Anda mahu tahu, kegunaanya dan pelajari step by step. Jangan pula nak jadi orang berilmu, Anda pelajari semua sekaligus. Kesannya, Anda akan jadi buntu, bingung dan tak tahu nak mula kat mana.
Bila dah ada ilmu, tiba masanya untuk bertindak dan aplikasikan apa yang kita tahu. Orang-orang yang berjaya ada keduanya sekali, ilmu dan tindakan konsisten. Walaupun apapun yang Anda usahakan, perlu didahului dengan ilmu dan ilmu tu pula biarlah dipandu oleh iman.
Lepas tu, baru ada kemajuan!
Shueqry
blogger motivasi Malaysia
Tips Berkaitan
- Inspirasi - Lance Armstrong
- Mesti vs Mahu - Apa Bezanya?
- Study Hard atau Study Smart…
- Tiru Orang Cemerlang
Super Best Recomended By Shueqry
eBook Magnet Rezeki - Petua Menarik Kemurahan Rezeki
- panduan membangunkan kuasa minda menarik pelaris rezeki.
Klik Di Sini Untuk Maklumat Lanjut…
December 6th, 2007 at 5:27 pm
Setuju.
Adalah penting untuk mengenalpasti apakah ilmu yang kita perlukan dan juga kita perlu tahu bagaimana untuk membezakan ilmu yang baik dengan ilmu yang buruk.
December 7th, 2007 at 8:02 pm
Thanks,
rupanya nak kawal emosi juga kena ada ilmu, ye tak?
December 7th, 2007 at 8:03 pm
Saya suka artikel pasal Lance Armstrong tu, bersemangat tengok videonya..
December 28th, 2007 at 12:36 am
Ilmu first then practise…ilmu ptg dalam khdpn kt seharian…bagi yg berilmu pasti memiliki kejayaan. Tapi masy.yg berilmu realitinya lbh m’utamakan kejayaan dunia b’banding akhirat. Contohnya ilmu tentang larangan meninggalkan solat, saya yakin masy.islam tau solat itu wajib, meninggalkan solat dapat meruntuhkan tiang agama. tapi kenapa masy.islam yg berilmu ini masih lalai dari mengerjakan tuntutan agama yg murni ini. Ilmu itu nampak cantik dan indah seandainya kita iringi dengan amal dan perbuatan yg soleh.