In Person
Salam pembaca blog, moga Anda sihat sejahtera hendaknya.
Maaf sebab lama saya tak update blog motivasi ni. Sedar tak sedar, jumlah subscribers saya dah mencapai 900 orang, thank you.
Dalam banyak-banyak soalan yang ditujukan pada saya, lebih 80% bertumpu kepada personal, pasal hobi saya dan apa yang membuat saya bermotivasi. Saya menjawap sebahagian dari soalan tersebut di sini.
Time bersendiri, saya suka membaca, berenang, main gitar, melukis. Kekadang saya seronok ‘melepak’ di kedai buku sorang-sorang.
Kedai buku Popular di Kota Kinabalu adalah yang pertama menjadi kegemaran saya.
Time ramai-ramai, saya suka menyanyi bersama kawan-kawan. Waktu di rumah lama dulu kami memang hantu karaoke, terutama kalau ujung bulan time kengkawan saya baru terima gaji, hehe..
Kalau datang gian nak main bola, saya join juga walaupun saya tak berapa nampak bola tu, sebab mata saya rabun jauh.
Time sekolah menengah saya suka dengar lagu rock yang memberi semangat macam lagu Bon Jovi, tajuknya Living On A Prayer. Minat tu masih melekat sampai sekarang, menjadikan saya cukup excited bila dengar lagu yang dinyanyikan secara ‘live & unplugged’.
Syukur bapa dan mak saya tak menghalang saya dengar lagu rock ni, sedangkan adik saya yang lain cukup minat dengan nasyid. Tapi, bila diberi peluang nanyi lagu nasyid, apa salahnya..
Selain Bon Jovi, saya meminati Sheila On 7. Buktinya? Semua album Sheila On 7 ada dalam simpanan saya. Saya cukup cerewet kalau orang pinjam cd Sheila On 7 milik saya, takut ilang!
Sekarang agak sukar untuk saya mencari masa nak membaca buku. Lagipun cyber cafe di bawah jagaan saya baru di buka, so banyak yang perlu di beri perhatian, terutama soal teknikal dan pemasaran offline. Dalam minggu ni, saya membaca buku John C Maxwell, tajuknya “25 Ways To Win With People”.
Dari sehari ke sehari banyak yang saya pelajari pasal komputer, networking dan cara handle virus. Walau memeningkan, berdepan dengan virus komputer memberi cabaran yang sukar diungkap dengan kata-kata. Susah cemanapun, saya tetap buat juga sebab saya tak puas hati selagi pc tu tak ok.
Sebenarnya saya online dari Kota Kinabalu, Sabah dan saya berasal dari Semporna. Saya bukan Melayu, tapi berbangsa Bajau.
Ramai yang terkeliru dengan hal ini. Bahkan, ada pembaca yang anggap saya orang KL! Wow!
Cemana saya bermotivasi? Saya berimpian besar mahu memiliki kehidupan yang lebih selesa, mahu ada banyak masa untuk keluarga saya dan meluangkan masa dengan orang yang menjadi teman hidup saya.
Keluarga adalah pendorong motivasi utama, walapun buat masa ni mereka menentang kerjaya pilihan saya. Sebab, kesemua adik beradik saya minat perguruan ikut jejak langkah mak dan bapa kami.
Untuk menjadikan diri lebih bermotivasi, saya banyak membaca kisah kejayaan orang lain.
Selain tu, saya tekad mahu mencapai sesuatu yang lebih besar, something big.
March 28th, 2008 at 7:21 pm
Hai Shueqry,
Nampaknya banyak “rahsia” Shueqry terbongkar dalam artikel ini.
March 29th, 2008 at 4:16 pm
Raymond,
ada banyak lagi rahsia yang belum saya bongkarkan.. hehe
-Shueqry-
March 29th, 2008 at 9:01 pm
Ye.. Saya bangga tengok rss reader shueqry mencapai angka 900..
Bagus2….
Blog saya nak cecah 100 satu hari pun susah..
APa2 pun keep up good work..
March 30th, 2008 at 12:04 pm
Miss Rass berkata
Salam Shueqry,
No problem tak perlu minta maaf kami tahu position awak sekarang.
Barulah saya tahu Semporna di mana thanks for the info. Tourist attraction tempat itu.
Semoga impian Shueqry tercapai jua, saperti kawan Shueqry tu bagaikan durian runtuh tuah orang lagikan tahu. Siapa dia jangan tanya dia ada disini. Semoga kalian berdua berjaya dlm apa jua bidang yg diminati. Salam kejayaan utk anda semua.
March 30th, 2008 at 2:49 pm
bro, mengantokk.. nk lelap jap..
anyway diri kita kalo takdak motivasi leh hancur!
so pepandai kawal diri… owh jgn lupa minum air masak byk2 ye bro.. cuaca tak menentu la ni
March 30th, 2008 at 7:59 pm
Miss Rass,
thanks for the lovely coments. Bersemangat saya membacanya…Thank You!
Ahib,
minum nescafe ilangkan ngantuk .. kalau selalu ngantuk time siang, tandanya tak cukup vitamin!.. hehe
Zool,
thanks sbb selalu datang ke sini. Saya pun dah jarang ke blog Zool.
Insya allah aktif semula memberi komen selepas ini .. jumpa di sana!
-Shueqry-