Inspirasi Tercipta Pada 24 Julai

Kali ini saya mahu berkongsi satu lagi kisah peribadi saya. Imbas kembali ke tahun 2005, saya rajin melanggan banyak newsletter tentang pembinaan kuasa minda, salah satunya adalah dari Creating Power.

Orang disebalik website Creating Power adalah Kareem Hajee. Selepas selesai membaca buku Membina Imaginasi Cemerlang, semalaman saya tak dapat tidur.

Saya asyik berfikir tentang hidup saya, pencapaian saya sepanjang 25 tahun saya hidup dan apa yang akan saya lakukan untuk 25 tahun akan datang.

I was thinking, that i want to do something better, sesuatu yang saya boleh buat dengan lebih baik dari orang lain. Saya mahu berikan sesuatu yang add value dan memberi makna mendalam pada sesiapa saja.

I want to serve others! Tetapi, saya mahu ubah diri sendiri dulu dan belajar mengawal minda.

Timbul pertanyaan dalam fikiran saya, “apa yang aku boleh buat untuk mengubah diriku? Di mana aku boleh bermula? Apa yang aku kena buat? Apa yang mesti dilakukan?” Soalan-soalan ini berlegar di kepala saya semalaman. Saya perlu panduan!

Kesan dari semangat berkobar-kobar ni, saya tak sabar menanti tibanya waktu pagi. Jam 9 pagi, saya bergegas ke siber kafe. Saya buka Yahoo lalu menaip “create mind power”.

Lalu, saya ditemukan dengan website Creating Power yang pada waktu itu panjang berjela websitenya. Tanpa berlengah, saya sign up untuk menerima newsletter percuma yang ditulis oleh Kareem Hajee.

Sejak membaca setiap newsletter beliau, attitude saya berubah menjadi lebih positif, sebab dah mula mengerti tentang kawalan emosi, getaran energi dan kawalan mood.

Kali terakhir saya membaca newsletter beliau adalah pada tarikh 24 Julai 2005. Pada hari itu, dia menulis tentang Lance Armstrong dan bagaimana Lance membina kekuatan mental berdepan dengan kanser prostat serta perlumbaan Tour De France yang memeritkan.

Ya, pada hari itu bersejarah itu, Lance telah memenangi kejuaraan ketujuh Le Tour De France, sukan lumba basikal paling berprestij dan yang menyeksakan di dunia. Mula dari hari itu juga, saya benar-benar kagum pada Lance Armstrong hingga ke hari ini.

Saya tekad mahu menjadi dikenali ramai sepertinya, supaya saya dapat memberi saya lebih banyak, membantu lebih banyak melalui sebuah foundation yang digerakkan oleh saya.

Saya dah banyak berkongsi dengan Anda impian saya dan apa yang saya mahu capai. Menubuhkan fondation sendiri adalah cita-cita saya. Moga Allah memakbulkan impian itu.

Anda pula, apa impian Anda? Mari kongsikan bersama-sama di ruang komen blog motivasi ini. Saya beri sedikit contoh.

Maybe, Anda mahukan hidup yang lebih bahagia, karier yang lebih mantap, kewangan yang lebih stabil atau mahu banyak masa meluangkan apa yang Anda suka, misalnya memancing, bersantai bersama keluarga atau membaca.

Berkongsi impian dengan orang lain akan membuat Anda punya matlamat hidup. Dari situ, Anda akan rasa bersemangat, makin jadi lebih bersemangat lagi tiap kali membacanya! jadi, mula tuliskan impian Anda di blog motivasi ini, biar ia menjadi sebahagian dari sejarah kejayaan Anda!

Share This Post

12 Komen Pembaca


  1. salam shueqry,

    saya pun ada melanggan newletter Karim Hajee..True..very inspirational and helps me a lot in my down time 3 months ago..i use that to counter my sad and bad feeling after break up with my fiancee..Set kan target anda and insyallah with LOA and the oppurtny …grab it and your dream will come true.AMIN…

    Quote | Posted July 25, 2008, 9:36 am

  2. Inilah yang dikatakan dalam Law Of Attraction, Like Attracts Like!

    Quote | Posted July 25, 2008, 2:56 pm

  3. salam shueqry..

    kebahagiaaan ibubapa saya adalah target saya..
    senyuman mereka, penawar duka saya..
    mendengar tawa mereka, ilang sume penat lelah saya..
    nasihat mereka, membakar semangat saya..
    dan kejayaan saya hadiah untuk mereka..

    semoga bertambah seorang lagi pakar ekonomi dalam negara ini..
    n itu adalah impian saya..

    Quote | Posted July 25, 2008, 5:04 pm

  4. Nanako,

    jadikannya lebih dari sekadar impian, lebih dari sekadar mimpi.

    Tulis di atas kertas, lihat lebih 10 kali sehari dan tanya diri awak apa cara yang boleh awak gunakan untuk mencapainya!

    Dreams really come tru, when we truly decide to make it REAL.

    Be strong!

    Quote | Posted July 25, 2008, 6:28 pm

  5. Hi shueqry .. glad kamu terus menulis di sini ..

    I have a dream. I’ve searching for it.

    Thanks to Allah’ive found it in you…

    Keep writing for us!

    -Lis-

    Quote | Posted July 25, 2008, 6:29 pm

  6. salamz shueqry,

    berkenaan komen di ILuvIslam tue, kalo nak join under network saya tue bleh jerk.. :d

    Quote | Posted July 25, 2008, 6:39 pm

  7. Salam,

    Shueqry, kalau kamu ada impian harus laksanakan dengan segera. Jangan tahu cakap saja… :)

    Quote | Posted July 25, 2008, 7:18 pm

  8. salam..
    nampaknya kita berkongsi minat yang sama iaitu keajaiban minda. saya lebih memfokuskannya kpd ‘mind therapy’, hypnosis, meditation etc etc. buku2 oleh Jose Silva bnyak membantu.thanks n do visit my blog!
    http://www.rawatan-holistik.blogspot.com/

    Quote | Posted July 26, 2008, 2:29 am

  9. Zura,

    Saya dalam proses berusaha serajin mungkin merealisasikan impian itu. I want this blog to be well known, join a pro cycling team and work from home!

    Dr Hapizi..

    Thanks sebab berkunjung ke iMotivasi. Satu lagi bukti LOA, like attracts like..minat kita serupa

    Saya akan ke blog Dr Hapizi selepas ini.

    Quote | Posted July 26, 2008, 10:18 am

  10. salam..
    sy rasa sy dh dapat hobi baru yg berfaedah..alhamdulillah sy accidentally found ur blog.hopefully apa yg sy dpt di sini dpt membantu sy.thanks

    Quote | Posted July 26, 2008, 10:30 am

  11. salam..
    shueqry..everytime i read ur article..there’s a relief in me..sy slalu pikir i can’t do it. But when i read ur blog, it gives me strength..thanx to u and my fren amad how introduce this wbsite to me..saya ada impian untuk menjadi bakal guru yg cemerlang..walaupun thn dpn grad..hehe thanx.

    Quote | Posted July 29, 2008, 6:39 am

  12. Waalaikumsalam Yatie,

    Thanks a million to you.

    Giving strenght and share inspiration is a passion to me.

    Betapa gembiranya saya bila tahu, blog motivasi ini memberi kesan ada diri awak. Tiada apa yang paling menggembirakan saya, melainkan hal ini.

    Quote | Posted July 29, 2008, 4:02 pm

Kongsikan Komen Anda Selepas Membaca Artikel Ini