Jana Wang Dengan Minat

Asmkm dan salam sejahtera..

Apa khabar Anda?

Kali ini saya masih lagi berkata tentang minat.

Dengan minat, itulah senjata terbesar untuk Anda menjana wang dari apa yang Anda suka buat. Saya akan terangkan di sini secara ringkas.

Contoh pertama, adik beradik KRU. Walaupun Norman, Yusry dan Edry kini tidak lagi berapa aktif menyanyi seperti dulu, tapi minat yang amat sangat pada muzik dan seni telah membuatkan mereka menubuhkan syarikat perniagaan dengan modal permulaan RM2,000 yang mengkhusus tentang perkhidmatan muzik, advertising, event management, syarikat rakaman dan perfileman.

Baru-baru ini CicakMan arahan Yusry mendapat untung bersih RM7 juta. Walhal, pada tahun lepas, Yusry diketawakan kerana membuat filem ’superhero bodoh’ yang dianggap kebudak-budakan, tapi oleh kerana pelancaran filem tu yang ngan-ngam cuti sekolah, filem CicakMan menjadi hit dalam masa yang singkat.

Sekarang, semua pengkritik Yusry dulu terlopong lalu membandingkan pencapaian diri mereka sendiri. Mereka tak mencapai apa-apa langsung. Jadi jutawan dan untung bersih RM1 Juta? jauh sekali.

Betul juga apa yang saya kata dulu, jika Anda mahu buat sesuatu yang belum pernah dilakukan oleh orang lain, pedulikan kata-kata mereka tu. Buat saja kerja Anda.

Mereka ni akan terus berkata, mengata dan berkata lagi tentang tindakan Anda yang tidak ngam pada mata mereka dan dianggap “bodoh” oleh minda mereka. They will always talking, talking and talking, but still do nothing.

Biar Anda berasa bangga dengan apa yang Anda lakukan, kerana hanya Anda yang melakukannya lebih baik daripada orang lain. Saya bangga menjadi usahawan Internet pertama dalam keluarga besar saya yang 80% daripadanya bekerja sebagai guru, walaupun mereka tak nampak cemana saya mengusahakan kerjaya saya yang asyik depan komputer aje ni.

Seperti yang Anda tahu, bapa, mak dan 2 adik perempuan saya jadi Cikgu dan saya seringkali dibandingkan dengan adik beradik saya, tetapi saya tidak pernah merasa jengkel, bahkan saya senyum saja, kerana saya bangga melakar sejarah menjadi Usahawan Internet pertama dan Motivator Online pertama dalam family saya.

Be brave. Be bold. Be Strong. Pekerjaan ini dah jadi minat saya dan saya takde sebab untuk buat kerja lain yang langsung saya tak minat. Cari kerja? dah setahun saya kerja sendiri.

Kata-kata yang negatif tidak akan melemahkan saya, kerana saya dah set minda saya supaya tidak mengendahkan kata-kata sebegitu dari sesiapa saja. Saya dah lali.

Bahkan, saya terima ia sebagai pembakar semangat utuk menjadi lebih maju ke hadapan!

Anda pula bagaimana?

Ok, back to point. Dari apa yang saya baca, Norman, Yusry dan Edry sangat obses dengan apa yang mereka lakukan. Ketiga-tiga mereka ni sangat meminati muzik dari umur semuda 6 tahun lagi.

Norman berpandangan jauh, mempunyai visi dan misi tersendiri untuk syarikat mereka. Saya heran, mereka tak kenal erti penat dan tak mahu berenti saja dari bekerja 13-15 jam sehari setelah berstatus jutawan muda.

Yusry pula seorang yang kreatif dan suka mencipta sesuatu yang lain daripada yang lain. Edry, pakar dalam hal teknikal. Bila digabungkan kepakaran ketiga mereka ni, tak mustahil ia telah menjadikan KRU Berhad kini mempunyai turnover RM40 juta.

Mengapa mereka berjaya? kerana mereka buat apa yang mereka minat, muzik. Selepas itu, baru mereka “membisneskan” muzik. Saya rasa Anda sudah faham apa yang saya maksudkan.

Serupa juga dengan Google Guys, Larry Page dan Sergey Brin. Dari apa yang saya baca, mereka berdua ni sangat obses dengan teknologi dan amat berminat untuk memberi maklumat percuma sebanyak yang mungkin kepada masyarakat dunia. Google pada mulanya bukan untuk tujuan bisnes, tapi untuk membantu kita mencari maklumat dengan lebih baik di Internet.

Sehingga ke hari ini, dari apa yang saya kaji, duit berbillion bagaikan tiada makna bagi mereka, maksud saya, mereka bagaikan tak berminat dengan duit sebanyak tu, mereka bekerja 12 jam sehari bukan untuk duit, bukan untuk gaya hidup bermewah-mewahan. Jadi, untuk apa?

Kerana minat mereka berdua pada pembangunan teknologi. Sergey dan Larry minat sesangat bereksperimen dengan teknologi dan setiap hari mereka turun untuk menguji peralatan baru, software terbaru untuk digunakan pada enjin carian Google dan mengkaji cara terbaru untuk mengalahkan pesaing mereka, Yahoo dan MSN.

Google merupakan projek mereka berdua semasa masih bergelar student PhD di Stanford University. Dalam umur 31 tahun, Larry dan Sergey telah bergelar billionaire. Itu satu pencapaian yang saya dan Anda cuma mampu bermimpi.

Cara mereka dari apa yang saya kaji, Sergey dan Larry melengkapkan dulu teknologi, selengkap yang mungkin, selepas itu, baru jadikan Google satu bisnes. Sehingga ke hari ini, dengan pengguna Google yang mencecah angka billion setiap hari, Google menjana kekayaan melalui ruangan iklan. Bahkan, mereka memberi servis dan produk percuma, lihat saja YouTube, Blogger, Gmail, Google Image Search, GooglePack.

Semuanya percuma. Ia untuk menarik lebih ramai orang menjadi ahli Google dan kemudian Google menyewakan ruang iklan kepada syarikat-syarikat yang berminat. Inilah model bisnes Google. Ia serupa juga dengan Yahoo.

Banyak lagi contoh lain.

Kesimpulannya, buat apa yang Anda minat dulu.

Biar Anda sangat obses, jadi sangat teruja dengan minat Anda tu, tak kisah la apa dia, janji yang selari dengan ajaran agama dan tak melanggar moral kesopanan masyarakat Melayu.

Jika Anda minat bermain games, teruskan dengan minat Anda. Jika Anda minat membaca, teruskan minat Anda tu. Jika Anda minat berblog, tersukan juga minat Anda. Tapi, bagaimana minat boleh menjadi sumber pendapatan?

Ah ha… di sinilah rahsianya. Bila Anda sudah menjadi sangat minat pada sesuatu, Anda akan menjadi pakar dalam bidang tu, kemudian untuk menjana wang, barulah Anda “membisneskan” minat Anda tu dengan menjualkannya. Jual kepakaran Anda.

Misalnya, Azizi Ali sangat minat dengan hal-hal kewangan dan segalanya yang berkaitan dengan wang dan duit.

Bahkan, dia telah membaca 700 buah buku tentang hal-hal kewangan, pengurusan kewangan, pelaburan, apa saja yang berkaitan dengan wang serta jutawan. Ada diantaranya yang dibaca berulang kali untuk kefahaman mendalam sebab dah minat. Owh, gambar dia kat sebelah ni.

Langkah seterusnya, barulah pilih business model. Jika Anda minat bermain games, tuliskan cara nak kalahkan musuh Anda dalam games tu dan jualkan buku tersebut. Seee? Anda akan dianggap pakar bermain games.

Cara Azizi Ali, dia menulis pasal kewangan, hartanah dan caranya mencapai status Jutawan dengan 5 langkah yang digunakannya, semua terkandung di dalam buku Jutawan Ekstreme.

Selepas itu, dia jual buku-buku tersebut dan menerima untung daripadanya. Tiada orang yang pakar kewangan lebih dari Azizi Ali, bahkan dia membina jenamanya sendiri dan menjadikan nama Azizi Ali sinonim dengan kewangan, bukan motivasi atau bisnes internet.

Teringat pasal pakar kewangan, muncul dalam kepala Azizi Ali. Orang lain? takde. Selain menulis buku, syarikatnya menganjurkan bengkel dan seminar, namanya Millionaire School.
Azizi Ali mengangkat moti “millionaires coach” sebagai trademarknya.

Selain tu, jika Anda minat berblog dan tahu selok-belok teknikal blog tak kira Blogspot ke, Wordpress ke, tBlog ke, Fotopages ke, Yahoo 360 ke, tulis semua yang Anda tahu mengenai blog, cara membina blog dan trick untuk membina blog yang cantik lalu jualkan buku tersebut.

Ia mungkin dalam bentuk buku fizikal, CD ROM, video Camtasia ataupun sebuah eBook.

Saya, minat amat dalam dengan penulisan motivasi, minda, pembangunan diri dan psikologi peribadi serta sanggup berbelanja untuk membeli buku-buku motivasi dan yang berkaitan dengannya. Ia saya lakukan kerana minat, bukan dipaksa-paksa atau terpaksa.

Inilah minat yang sama yang ada dalam diri Irfan Khairi, Dr Fadzillah Kamsah, Kak Linn, Zul SmartUsaha, Melor, DikMal, Dr Tuah Iskandar, Dr Fazley Yaakob, Dr Shukri, Zamri Mohamad, Zubli Zainordin dan Raymond. Banyak lagi yang saya tak dapat tulis di sini, tapi Anda sudah dapat lihat aura mereka.

Mereka ni semua sangat minat untuk memberi semangat pada orang lain melalui tulisan-tulisan mereka, ceramah mereka dan blog mahupun website mereka. Mereka melakukannya kerana minat untuk memotivasikan orang lain dan memberi inspirasi pada orang lain tanpa mengharapkan balasan dalam bentuk wang ringgit.

Mereka menulis, memberi ceramah dan membina website semata-mata mahu memberi khidmat masyarakat, bukannya untuk menjana duit sebagai tujuan utama. They do it with LOVE.

Selepas itu, barulah mereka memilih model bisnes, lihat saja Irfan Khairi, dia menganjurkan bengkel, Dr Tuah dengan buku-bukunya yang sentiasa best seller dan Dr Fadzillah Kamsah dengan ceramah-ceramahnya yang “fofuler” dari zaman sekolah saya lagi. Zul SmartUsaha pula dengan blognya yang berpengaruh itu.

Point di sini, renung diri Anda, nilai diri Anda.

Cari apa yang Anda minat sebenarnya. Jika dah ada, cari apa lagi cara untuk Anda menjadi lebih baik dari yang sebelumnya.

Asah minat Anda sehabis baik, curahkan segala tenaga, fokus dan masa untuk memperbaiki minat Anda tadi.

Selepas itu barulah Anda “membisneskan” minat Anda.

Saya dah berikan kuncinya, Anda dah dapat idea bagaimana untuk melakukannya.

Dah faham ek?

Apa lagi.. mulalah hari ini juga !

Rahsia Terbesar Saya
Diri Saya - In Person
Membina Kuasa Minda
“Menarik” Apa Yang Anda Mahukan
Bagaimana Melupakan Masalah
Emosi dan Minda.
Perkataan “Akan”
Jika Risau Sebab Duit
Komunikasi Dalam Diri
Motivasi Penggerak Diri - Part 2
Motivasi Penggerak Diri
Had Dalam Pemikiran

Motivator Lain:

IrfanKhairi
DikMal
Impax!
Linn
Tuah Iskandar
Bent
Zamri Mohammad
Zubli Zainordin
Raymond

Share This Post

Komen? Pendapat?